Pages

22 December 2014

Rindunya nak menulis

Lama pulak bercuti. Banyak benda berlaku tapi tak sempat nak stori mori.

Tadi skrol fb, jumpa gambar ni.





Tepat dan jitu sekali. Kiri aku, kanan asben.. tapi melampau la gosok guna spender tu kan. Mungkin budak2 laki masa kat asrama buat macam ni.

Pompuan memang teliti. Aku sendiri kadang2 shower gel tu ada 2 jenis. Sbb nakkan bau lain2. Pagi nak guna yg fresh, morning breez gitu. Malam2 pulak nak bau yg manja2, bunga2... ;)

Over eh.

Dulu asben selalu kutuk aku. Dia kata pompuan ni ngada2, semua nak matching. Lipstik matching dengan baju, dengan kasut. Kalau bole cadar ngan sarung bantal pun kena match dengan baju tido.

Tapi hari tu secara tak sengaja dia yg ter-matching baju ngan cadar. Dia pakai jersi Argentina, aku pulak pasang cadar Argentina (beli murah kat Sogo. Item piala dunia diorang buat clearance sale). Haha. Tu la, mengata dulang paku serpih.
Ok. Selamat berhari Isnin besok. Rasanya minggu ni kurang sesak sbb ramai yg sambung cuti krismas dan menghabiskan cuti tahun.

20 November 2014

Donut gebu gebas

Assalamualaikum...



Hari ni cuaca baik.. Panas terang benderang. Syukur, Alhamdulillah.

Sementara cuaca cerah ni, marilah kita mendonut. Panas2 ni kalau buat roti atau donut atau something yg menggunakan yis memang best. Sebab adunan cepat naik.. insya Allah gebu gebas nanti kalau betul resepinya.




Tu dia.. gebu tak macam pipi kak ton?

Aku tak rajin nak menguli. Dengan adanya breadmaker, kerja2 menguli kita sub pada dia je. Mudah kerja kak ton. Masuk bahan, tekan button. Siap uli nanti dia bunyi. Roll kan doh, terap dengan acuan donut. Setel.

Nah resepi:

500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
11gm Yis Segera
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan (penuh) Shortening
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

*Sumber resepi dari blog internet. Mungkin my resipi, blog hasue dan balog lain yg tak dapat dikenalpasti. Resepi ni dah lama tersimpan dalam hp. ;)

16 November 2014

Menyibuk menyelit bersama

Boss ada hal kat KL, dpt stay 1 malam kat Quality Hotel Jln Raja Laut. Dengan muka welfare aku kata, "nak ikut??".. maka dengan berat hati boss kata OK. Berat hati sbb anak2 terpaksa ponteng skolah besok (isnin).

Yeay, thanks boss! Maka berangkatlah kami ke sana.


Bilik kecik comel. Takpa, dah biasa. Tido himpit2 bertambah mesra. Sleeping bag ada 2, standby dalam kereta.

Apa yg best hotel di dekat dengan syurga beli belah. Mengimbau kembali zaman2 belajar dulu. Sogo, Pertama Complex, Medan Mara, Jalan TAR, Pustaka Minerva, Popular Bookstore.


Dengan budak bertiga ni, jangan mimpilah aku dapat ke Jalan Tar tu. Mungkin cuma ke Sogo aje. Jadikla.. daripada terperuk kat rumah menghadap gajet, mari mak kenalkan korang dengan suasana hiruk pikuk KL. Tempak apak ngan mak korang blind date dulu. Eh?




Macam biasa, kalau dah menumpang hotel boss, kena pandai2 nak isi perut sendiri. Makan provided hanya utk boss. Not a big deal, maggi ada.. munchys biskut ada, nescafe 3 in 1 ada. Dapatla bertahan sampai besok.. agak2 boring jom kita menapak ke Sogo.

Kawan2 Mak masa kat Bkt Keramat dulu suka nau menapau sushi kat Sogo. Taktau la ade lagi ke tidak skrg ni.



Aktiviti wajib kalau ke hotel. Ingatkan malas nak mandi, tapi kolam ni agak dalam juga untuk kanak2. Nadhirah dan Danial boleh berjengket, Danish memang tenggelam. Nak taknak terpaksa la join sekali berkubang bersama kanak2 ini. Mujur la tak ada orang lain. Takde la malu sangat nak berenang ala2 pandalelah rinong.

Kekenyangan. Baru lepas belasah maggi. Sememangnya maggi terasa 10x lebih sedap ketila di hotel di mana anda tiada pilihan makanan lain.



Pemandangan di luar. Haih.. sogo seakan memanggil2 aku ke sana. Nasib baik tengah bulan. Kalo ujung bulan alamat kempis wallet mak.

15 November 2014

Wadihana Steakhouse

Alhamdulillah, boss bermurah hati ajak lunch kat sini. Sayang boss banyak2.

Antara menu yang dipesan:


BBQ Beef Ribs
Daging sedap, tapi sos BBQ agak manis. Lebih enak dimakan bersama sos blackpeper.



Combo Avanza
Portion besar, bole makan 2 atau 3 orang. Sedap. Bole order lagi jika ke sini.




Pencuci mulut, Jelly Ice Cream.
Makan kongsi2, rebut2.. bertambah sedap. Agak mahal, almost rm10 kot. Bole dpt satu mangkuk besar airksrim kat kedai. ;)

Syukur untuk rezeki hari ini. Sehingga berjumpa lagi.

01 November 2014

♡ Berjaya Akhirnya ♡



Alhamdulillah, berjaya juga mendapatkan tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT menentang Pahang.

Semoga perjalanan kami ke stadium Bkt Jalil besok dipermudahkan dan lancar. Semoga cuaca baik2 sahaja. Semoga tiada sengeketa antara penyokong. Semoga Harimau Selatan berjaya membenamkan tok Gajah.. aummn.

29 October 2014

JDT VS PAHANG

Pukul 10am kejap lagi, bermula jualan tiket online perlawanan final JDT vs PAHANG. Tiket bole dibeli di www.tickethotline.com.my

Nak mencuba nasib, mana tahu ada rezeki, ke bukit jalil la kita Sabtu ni.
Aku bukan peminat tegar bolasepak, tapi sejak2 JDT dah glemer ni, seronok pulak tgk live kat stadium.

Penyokong2 semua happening. Dari awal perlawanan bersorak dan menyanyi sampai la habis perlawanan. Kita pun terikut2 sekali.

Paling best adalah part shoping di luar stadium. Banyak betul merchandise JDT yg dijual. Baju, seluar, topi, sticker kereta, payung dan mcm2 lagi la... hehe. Pompuan, ke situ jugak konarnya.

Selamat Datang

Salam.

Rumah baru,
Semangat baru.

Semoga semangat ini berterusan dan tidak berkubur di tengah jalan.
hikss

25 March 2014

Takziah MH370


Sekalung takziah diucapkan kpd waris dan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian getir ini. Kami iringi doa dari kejauhan, semoga mereka tenang di SANA.







14 March 2014

Skateboard

Salam..

Masih berkisar tentang besday Danial.
Asben offer nak belikan skateboard untuk dia.
Jom pergi Toy r Us!!

Dengar je nak pergi TOys r Us, tiga2 eksaited. Tesengeh aje sepanjang perjalanan.. aku dah tau, dalam kepala otak masing2 mesti plan pow daddy. Sebab dulu masa besday Nadhirah, Danial dan Danish pun dapat habuan sama. So, kali ni Nadhirah nak balas dendam le pulak..

Tapi, semua dengan syarat. Daddy yg pilihkan mainan apa yg sesuai... hehee. Tension je Nadhirah, sebab dia pun dapat skateboard jugak. Bertabahlah kakak.



Danial kalau pasal posing memang hebat.




Nadhirah dan Danish paling cepat dapat seimbangkan badan. Mungkin sebab badan diorang ringan. Sementara Danial sebaliknya...

Danial asyikla jatuh... dia usung skateboard ke sana ke sini. Dia sebenarnya memang tak minat outdoor actvities. Dia lebih suka permainan rekacipta, mcm main lego, assemle robot, plastesin, melukis... duduk 3 jam menghadap benda2 tu pun takpe.

Eh, tapi ada hati nak beli skateboard ye?? Maka terimalah kutukan dan provokasi dari emak ko ni... heheh.




Susah sangat, duduk aje laaaa...
Dah macam labu air, comel terletak je kat atas skateboard tu... ;)

Pernah dulu, Danial sibuk nak beli kasut bola. Jenis yg ada benda bulat2 kat tapak dia tu.. bapak dia layankan aje. Ujung2, bila main bola, dia boleh tengokkan aje bola melintas depan kasut dia. Nama nak kejar, sorry. Alasan dia, "abang penat la kena kejar bola...". Aduhaiii... hot2 chicken shit aje la dia nih.




Budak yg menangis taknak daddy belikan skateboard, akhirnya menjadi budak paling terer. Kembang kempis la dia bila kena puji.

Be Positif



Motif letak gambar pakaian di jemuran??

Musim panas masih berlarutan sehingga kini. Tiap kali menyumbat baju ke dalam dryer, terdetik rasa bersalah di hati.

Punya panas cuaca kat luar, kenapa tak ambil kesempatan mengeringkan baju secara konvensional? Bukankah dapat menjimatkan bil elektrik yang kadangkala (eh, selalunya) mencecah RM300 lebih sebulan?

Maka, semalam memaksa diri keluarkan ampaian dan hanger. Rasa seronok pula dapat sidai baju kat luar, di bawah terik mentari. Puas hati bila baju2 itu kering dalam waktu yang agak singkat.... ;)

Mulai saat itu, aku melihat cuaca panas dan kering ini dari sudut yang berbeza. Betapa ianya satu nikmat yang tidak kita sedari. Manusia sememangnya mudah lupa dan lalai untuk mensyukuri segala nikmat dari Illahi.

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah...

12 March 2014

11 Mac 2014

Hari ni Danial genap 9 tahun.

10 Mac 2005 dulu aku masih lagi memandu ke pejabat di Putrajaya. Driving alone dari Puncak Alam ke Putrajaya setiap hari. Hehe.. masa tu memang lasak. Kat opis aku borak2 dengan technician Odie, aku kata kalau boleh nak beranak besoknya (11 Mac) sebab nakkan keberkatan hari Jumaat. Dia kata, eh... boleh pulak macam tu ye? Boleh request2 pulak...

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Malam tu dah mula contraction, esoknya selepas sarapan terus ke Hospital DEMC. Since bersalin Nadhirah dulu aku operate sebab OP. So kali ni memang nak try normal. Doktor Norleen pun setuju... so marilah kita mencubanya...

Lepas doktor pecahkan waterbeg, sakit nya masya Allah... tak dapat digambarkan dengan kata2. Hehe.. nurse pulak offer utk ambik epidural. Asben pun bagi green light. Apalagi, seperti orang mengantuk disorongkan bantal..

Memang ajaib betul epidural tu. Sikit pun tak rasa kontraksi. Siap aku boleh tido sementara asben pegi solat jumaat kat masjid. Padahal graph contraction tu dah terlebih dari tahap max dia... hehe. Tak boleh bayangkan kalao takde epidural mcm mana...

Aku manja? Tak tahan sakit? Yela tu kot.. tak kisah apa orang nak kata. Badan kita masing2 tak sama. Pengalaman bersalinkan Nadhirah buatkan aku sedikit trauma. Di induce selepas maghrib, menahan sakit sehingga hampir waktu subuh.. ujung2 kena operate pulak sebab kedudukan baby muka ke atas (OP). Hah kauuu... hazabedah. Induce punye sakit memang mantop la... sape nak rasa silalah try.

Alhamdulillah, berjaya juga bersalinkan Danial secara normal. Walau penuh ranjau berduri. Push punya push, dia susah nak keluar. Rupa2nya terbelit tali pusat. Sampai doktor terpaksa vacum.

Bila dah keluar, dia diam pulak x menangis. Kepala pulak dah luka kena vacum. So Danial terpaksa ditempatkan di wad baby utk diberi antibiotik selama 5 hari. Dikhuatiri mendapat jangkitan kuman sewaktu proses kelahiran tadi..

Maka tinggalkan Danial di Hospital sementara aku dah balik rumah dulu. Hari2 pegi hospital utk susukan dia. Ada satu masa tu, otw pegi hospital, kereta terlanggar anjing. Radiator pecah, anjing punya perut pun pecah... hahaa. Drama betul la...

Oh, waktu hantar susu tu la, aku belasah makan pizza island supreme kat dalam kereta. Ade ke patut asben beli pizza bawak balik, waktu tu dah le aku tgh lapar sbb baru lepas susukan baby. Harusla aku ngap pizza disitu jua. Makan pizza selepas 3 hari bersalin.. ko mampu??? 7 hari lepas tu dah bawak kereta plak... ko hado??? Heheheh. Sila jangan tiru. Ape2 hal tanggung sendiri.

Alhamdulillah, Danial membesar bagai johan.



Tengok pipi la.. dah macam kuih pau.
;)




aku suruh asben beli kek SR 2 slice aje. Rupanya dia pegi kedai kek lain dah beli kek kecik2 yg rasa sama tapi icing je lain warna dan corak. Dia beli jugak pavlova dan red elvet cake. Hehe. Tenkiula daddy... sorry mummy makan 1 sudu je. Tak lalu nak telan semuanya manis2 belaka. I am sweet enough! Hehe..

Semoga Danial menjadi anak yg soleh. Yang sentiasa mendoakan mummy dan daddy, menjaga kakak dan adik, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Amin....

Eh, panjang rupanya entry kali ni.

10 March 2014

Flight Radar 24

Salam..

Bahang tragedi MH370 masih hangat diperkatakan. Sana sini bercerita isu yang sama. Aku hanya boleh panjatkan doa agar mereka semua dilindungi Allah SWT. Semoga keluarga mangsa tabah menerima dugaan yg hebat ini.

Ya Allah,
Jika mereka masih di langit, turunkanlah.
Jika di lautan, timbulkanlah.
Jika di daratan, tunjukkanlah.
Bantulah kami hamba yang lemah ini dalam misi mencari dan menyelamatkan mereka.@@ Sesungguhnya tanpa bantuanMu, kami tiada upaya melakukan apa-apa. Engkau menguasai seisi alam semesta, yang di langit dan di bumi. Kepada Mu kami memohon, kepadaMu jua kami meminta pertolongan. Kepada Mu kami berserah Ya Allah... Aaamin.




Apps flightradar. Menunjukkan perjalanan kapal terbang di seluruh dunia secara real time. Mula2 macam tak percaya, tapi bila semak balik flight status di web Malaysia Airlines, ternyata ianya benar... cubalah install. Boleh saksikan bagaimana sesaknya air traffic kat atas sana.

Aku rasa apps ni amat sesuai utk mereka yg bersuamikan pilot. Senang nak trace, dah landing ke belum... hehe.

http://www.flightradar24.com/2.99,101.79/7

08 March 2014

Kehilangan Pesawat MAS MH 370 KUL - BEIJING



Sehingga saat ini, misteri kehilangan pesawat tersebut masih belum terjawab. Pelbagai spekulasi berlegar di media sosial berkenaan tragedi ini. Berharap agar berita seperti yg dilaporkan Astro Awani itu tidak benar dan semua penumpang, pilot dan anak kapal akan ditemui selamat. Kepada Mu Ya Allah kami memohon, Kau tempat kami berlindung.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Tiada Tuhan selainMu, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya, kau peliharalah keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang, juruterbang dan anak kapal yang terlibat. Kau lindungilah mereka dari sebarang keburukan, bencana dan marabahaya. Kau jauhkanlah mereka dari segala ancaman malapetaka yang zahir atau yang tersembunyi. Amin ya rabbal alamin."

06 March 2014

Online shopping



Untuk sekian kalinya, membeli belah didalam talian. Setakat ni hanya lazada je yg aku berani. Sebab semua yg dibeli selamat sampai ke rumah.. siap boleh cash on delivery lagi. Place order online, bila barang sampai, bayar kepada courier man.. gituu. Semudah abc.

Tapi aku beli barang kecik2 je. Harga 1 barang tak pernah lebih RM200. Ape yg pernah aku beli:

1. Pressure cooker (brand butterfly)
2. Happy call double pan
3. Garment steamer

Oh, pressure cooker tu beli 2 kali.. satu utk diri sendiri, kedua beli utk orang..

Alhamdulillah, lazada tidak pernah mengecewakan... customer service pun baik aje.

www.lazada.com.my

Dipersilakan membeli belah di dalam talian. Khidmat pesanan masyarakat dibawa percuma oleh mamisue. Saya prihatin, anda bagaimanaaaaa?

Terjun tiruk

3 ekor lampam jawa disahkan mati selepas bangkainya ditemui orang awam di sekitar kolam. Menurut saksi, ketika ditemui ketiga-tiga ekor ikan itu sudah keras tidak bernyawa.


Keadaan mengsa yang bergelimpangan

Punca kejadian tidak diketahui. Kemungkinan besar mangsa menjadi 'lauk' dikalangan ahli jemaah kolam senior yg telah lama menghuni kolam tersebut. Adakah Lan Todak terlibat? Kita tunggu siasatan dari pihak berwajib...



Tiada pengenalan diri dijumpai pada badan manga.

Sekian laporan dari bilik berita.

*nasib ko cuma 60 sen je sekor, bukan 6 hingget. Fuhhh...

05 March 2014

Ahli jemaah kolam

Ahli jemaah bersilih ganti. Terlalu banyak kes kematian mengejut berlaku. Tau2 je dah timbul ataupun tinggal nyawa2 ikan.

Maka, marilah kita meriahkan semula ahli jemaah kolam ini.



Beli tadi, anak ikan rm3, anak udang rm2, ikan lampam jawa 10 ekor. Jawa jugak yg dicari.. hehe. Bukan apa, sbb ikan tu yg murah.. cuma 60 sen sekor.



Amanlah dikau di sana.. ditemani koi, tiger barb, sword tail dan kepoh...



Kolam ni dah lama tak cuci. Dulu2 memang kitorg rajin cuci. Tapi tiap kali cuci mesti ada ikan yg mati. Jadi sekarang ni, kalau takde masalah, selagi tu la air dalam kolam ni tak berganti. Cuma top up je kalau dah berkurangan... lagi2 musim panas mcm skrg ni.

Eh, musim2 panas ni tengok kolam ikan pun bernafsu. Nafsu nak terjun kolam, sejukkan badan.. sabar.. itu yg terbaik. Yakin dan redha dengan segala percaturan yg Allah telah tetapkan. Insya Allah hujan akan membasahi semenanjung Malaysia tak lama lagi..

03 March 2014

Selamat berhari Isnin

Mulakan harimu dengan senyuman..





Selamat menjalankan tugas kepada semua. Lakukan tugas dengan jujur dan ikhlas agar rezeki yg diterima mendapat keberkatan dari Nya..

Amin...

25 February 2014

A.Q.I.L aka G.R.U

rindu pulak dekat budak kecik ni..







please aqil.. jangan cepat besar. 
stay cute n healthy ya..

20 February 2014

Legoland

Assalamualaikum...

Trip yang tidak dirancang. Biasanya memang macam tu. Sbb tuan besar tu sangatlah sibuk, nak plan cuti pun payah, takut2 ada mesyuarat penting. Maka kebanyakkan trip perjalanan hanya dirancang pada malam sebelumnya. Lagi hebat kalau dirancang sejam sebelumnya... 






Kebetulan cuti panjang sempena CNY dan hari Wilayah. Pagi Jumaat 2hb Feb 2014 booking hotel, dan kemudian terus bergerak ke JB. Last min booking, dapatlah Hotel Selesa yang selesa lah jugak. Selesa ye, selesa aje. Takde la kebabom. Takat selesa aje la. Eh, panjang pulak eksplain nama hotel, sesuatu sungguh.


Hotel lama di tengah bandar JB. TV pun tv lama. No flat screen, tapi tv empat segi seketul tu. Macam kelakar pulak bila tengok tv tu. Dah tahap barang antik. Tapi boleh la kan buat ada-ada. Bukan nak lepak kat bilik sangat pun.



Swimming pool hotel ni terletak di tingkat 11. Ada kolam dewasa dan kanak2. Angin bertiup kuat betul. Yela, tempat tinggi kan. Air kolam sejuk ya hampun. Mcm air dalam peti sejuk. Betul2 sejuk. Ha, dah bape kali aku ulang perkataan sejuk? Patutla budak2 ni masuk pool kejap, lepas tu lari keluar selubung badan dengan tuala. Aku mula2 pelik, apehal pulak budak2 ni. Selalu kalo dah masuk pool bukan main susah nak suruh naik. Ni aku pulak bising suruh diorang masuk pool. Tapi sekali aku rendam kaki dalam kolam tu... perghh. Sejuk tahap cipan. Surrender terus aku. Tak jadi masuk... hahah. Nadhirah tensen je, dia ajak aku mandi sama2. Sorry la nak, mak ko ni kumur ngan air sejuk pun dah gigil. 

Besoknya baru bergerak je Legoland. Perjalanan lebih kurang 30min. The best part is, aku bawak kamera yg dah  abes bateri. Lepas tu charger kamera pulak tertinggal. Bagus betul. GPS kereta boss pulak problem, jadi kitorang guna google maps kat note 3 dia. Sampai2 je kat Legoland, bateri Note 3 tu pulak tinggal 16%. Guna GPS punya pasal. Syabas... Memang takde harapan la nak bergambar-gambaran kejap lagi. Terpaksa la guna hp cap ayam aku  nih.





Beratur nak main ni punye lama, lebih setengah jam. Tapi mainnya sekejap aje. Alahaiii.. sabar aje la. Utk mereka yang sukakan kelajuan, ini bukan pilihan yang baik. Mainan ni utk mengajar kanak2 memandu cara berhemah. Patuhi lampu isyarat. 





Ada tempat yang disediakan lego utk kita main. Itu je yang mampu mummy buat. Kerusi n kuda/kucing/anjing. Or ape sahaja binatang yg korang nak panggil. 


Ada banyak binaan haiwan daripada lego. Comel2 belaka. 










Malas pulak nak letak caption. Biasala, taman mini legoland. Ada banyak binaan lego yang ikut sama serupa dengan tempat2 yang terkenal. Angkor Watt, Taj Mahal, KLCC dan banyak lagi. Tak rajin nak ambik gambar banyak2 since kamera cabuk gambar pun hampeh.

Ape permainan yang kitorang main kat sini?

Macam-macam. Most rides safe for kids. Ada la satu dua yang extreme.  Roller coaster pun Danish boleh naik. Cuma mak je yang malas nak naik. Bukan apa, segan. Nanti kang orang lain rilex je main gelak2, tapi aku sorang dah histeria kat atas tu. Contoh macam rides kat bawah ni. Ala2 solero shot, tapi utk kanak2. Tak tinggi mana pun..

Kitorang semua naik ni, duduk sebaris. Aku duduk tepi sekali, dekat dengan audiens. Ceh, audien konon. Aku memang gayat dengan ketinggian and hempas2 ni. Naik buai laju2 pun gayat. Lagi la naik menatang enjut2 mcm ni. Sekuat hati aku jerit kat atas tu. Memang orang ketawakan aku, Siot betul la. Tak boleh kontrol beb. Pedulik la, aku pejam mata and tiap kali dia turun2 aku jerit. macam bongok pun ada. Malu jugak la, tapi apa boleh buat... hadap aje la kegedikkan melampau aku ni. Turun je rides ni, laju2 ambik beg dan lari menyorok. Malu kot... 10 min selepas turun dari rides tu, tangan aku masih menggigil. Hebat tak? Boss gelak aje sambil menahan malu masa aku histeria kat atas tu. Aku konfem la, lepas ni mesti dia taknak paksa2 aku naik rides macam ni lagi dah.

Orang sangatlah ramai... dengan cuaca yang panas berdenting. Kesian kat family yang datang dengan baby. Untung anak2 aku semua dah besor, boleh jalan sendiri.  Tapi tu la kan, orang ramai. Beratur nak main lebih lama dari main rides tu. Beratur 30 min, main 5 min je. Boring betul.

Bagus nya pegi masa CNY ni, Legoland buat pertunjukkan bunga api malam tu. Sebelum tu staff legoland edarkan cermin mata 3D utk tgk bunga api. Rupanya setiap cahaya yang dilihat akan nampak bentuk lego brick. Tengok youtube nih..


Video dari youtube. Kepada owner, pinjam sekejap ye.


Sekian cerita legoland. Gambar yang diambil kurang dari 20 keping je kot. Takpela, yang penting the moment we spent with familia. Gambar2 semua terpahat di memori aje la. Di hardisk ade la sikit...