Pages

06 December 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong

Stadium Shah Alam

 

Kami (kecuali Nadhirah), Amer, Ghani dan Gafar. Stadium lengang, mungkin sebab perlawanan dibuat pada hari kerja.

 

PB150476

Pengalaman pertama menonton perlawanan bola sepak di stadium. Mula2 dulu terfikir, kenapalah orang suka sangat pergi stadium. Bersesak-sesak. Tengok kat rumah kan lebih bagus.

 

Tapi bila sendiri dah rasa, best pulak.. hehe. Seronok dia lain macam tau. Terutama sekali ketika upacara menyanyikan lagi Negaraku di pembukaan. Fuuhh, berdiri bulu roma. Boleh lihat aksi pemain di padang (yang tidak di captured oleh jurukamera tv). Gelagat penonton juga macam2, buat kita tak kering gusi. Selain dari tu, boleh jugak shopping kat stadium. WGS bengang je, sbb dia kata pompuan ni kat stadium pun boleh shopping. Nasibla kan.

 

Pergi pakai baju lain. Sampai sana, semua pakat beli baju bola and tukar. Baru best, seragam je semua. WGS beli juga, tapi dia malas nak tukar.

 

 

 

 

 

 

Piala Suzuki 2012 Malaysia VS Singapura

Stadium Bukit Jalil

 

PB260367

Pengalaman pertama Nadhirah. Sebab masa tengok bola sebelum ni, dia tak ikut. Dia dok kampung seminggu.

 

 

PB260358

Berbeza dengan perlawanan persahabatan dulu, stadium lengang. Tapi kali ni, stadium penuh. Tempat duduk yang view bagus, semua penuh sampai ke tangga. Maka duduk lah kami anak beranak di view yang tak berapa bagus iaitu di belakang gawang. Ok jugak, senang nak ber gambar-gambaran.

 

 

PB260370

Happy je walau duduk kat mana2.

 

 

PB260380

Punyalah ramai umat pada hari itu, sampai parking pun penuh. WGS terpaksa parking nuuun jauh ni depan TPM. Berjalan kaki beramai2 ke stadium. Seronok punya pasal, tak terasa penat pun. Gambar tu waktu balik dari stadium. Seronok je budak bertiga tu, dapat tiup trompet sesuka hati. Takde sape nak marah.

 

Masa kat stadium, ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Bilamana menyaksikan pasangan ibubapa membawa bawi kembar berusia lebih kurang 2-3 bulan ke stadium. Leher pun lembik lagi.. nangis ajeee baby tu. Mana taknya, bising kan… dengan asap rokok sana sini. Paling best, tangan kiri bapak pegang rokok, sementara tangan kanan kendong baby. Hebat lu, multi-tasking. Tapi otak letak kat lutut. Memang aku kagum sangat dengan diorang ni. Macam mana boleh terpikir nak bawak baby menonton bola. Ada sekali tu, budak2 yang duduk dekat dengan baby tu tiup trompet.. tapi kena tegur dengan penonton lain, cakap jangan tiup sbb ada baby (sambil menunjuk ke arah baby kembar itu). Adoilaaa… orang lain pun boleh pikirkan baby tu, tapi mak bapak dia buat muka sardin aje. Patut aku tiup trompet tu bebetul kat lobang telinga makbapak baby tu. Kasi sedar sikit.

 

 

Overall, pengalaman yang best. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

 

1. Keluar awal untuk mendapat parking yang dekat dan strategik

2. Bawa bagpack untuk memudahkan aktiviti penyeludupan jajan. Juga menyumbat hasil shopping di stadium.

3. Kuaci adalah jajan wajib ketika menonton bola.

4. Jika membawa anak2, sila pastikan wet tissue dibawa bersama. Tak payah keluar pegi toilet semata2 nak basuh tangan yang melekit. (Danial lah tu…. tangan dah comot sebab makan cheezles, kecoh ajak pegi toilet. Aku suruh jilat je, dia taknak. haha)

5. Sila bawak duit. Yela, nak beli tiket pakai apa kalo takde duit?? Duit2 lebih tu boleh la laburkan pada peniaga2 di luar stadium. Nak beli jersey ke, mufler ke, payung ke, rambut pelesu pun ada. Mari kita menjana ekonomi peniaga kecil.

 

Sekian.

 

PB150475

2 comments:

ida ibrahim said...

seronoknya g stadium sue...lama aku x g satdium tgk bola last aku g final AFF Suzuki 2010 malaysia lwn indonesia..syokkan kalau tgk kt stadium...bersorak ramai2...aku dl g naik tren star je...senang skit w/pn sesak dlm tren..

mmg kena bwk bagpack sbb utk letak telekung la, air & jajan la..hehehe..

sue said...

semi final stadium penuh. tak dpt bayangkan kalao masa final nanti. itupun kalo ada rezeki HM ke final la kan... kita doa sama2... ;)