Pages

18 April 2012

Menu

1. Roti Jala Brazil

 

Sebab apa Brazil? Sebab hijau kuning.
Kenapa bukan Kedah? Saje kasi intrnasional sikit.

image
Ada pulak yang kata, rupa bentuk roti jala ni macam penggulung rambut zaman dolu. Betul jugak. hehe

Cicah dengan kari sardin aje.

image
Sedap! Sehingga menjilat jari.
Sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.

Senang sangat membuatnya. Asalkan ada botol ajaib ni:

image
Sumber gambar dari watermark tertera. Terima kasih.

Kita beli botol tu di kedai bakeri RAKAN, Semenyih. Selama ni dok cari kat Daiso tapi tak jumpa. Tak sangka ada kat Semenyih je. Takyah susah2 nak pegi Jepun.

 

Resepi (Sumber dari MyResipi)

Bahan-bahan
  • 1. 1kg tepung gandum
  • 2. 1 tin susu cair  *Bole juga ganti dengan santan.
  • 3. 4 tin air (guna tin susu)
  • 4. 4 biji telur
  • 5. sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
  • 6. sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara
  1. Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
  2. Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
  3. Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
  4. biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.


*bahagi kepada 2 bahagian dan warnakan. Isi dalam botol dan kemudia boleh la menjala.

 

2. Kuih Jenifer Lopez

 

image
Sumber imej dari RASA
Macam tu le rupa kuih lopes, utk sesape yang tak tahu.

 

Tak pernah berangan nak buat kuih ni pun. Puncanya, terbaca update fb dari seorang rakan mengenai kuih lopez. Terus keinginan membuak2 nak buat. Tambahan lagi masa tu puasa ganti. Bila dah puasa ni, nafsu  makan dah macam bela jin aje. hehe.

 

Gigih meng-gugel. Jumpa satu resepi yang mudah. Sumber dari MyResipi.

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

image
Rupa sebenar j.lo ku.. hehe. Malap aje. Standard la guna kamera hp. Tapi rasanya sangat sedap. Tak tipu punya. Korang kena try, memang tak menyesal.
^_^

 

Insya Allah hari ni kita buat menu lain pula. Sedikit western mungkin?
Jumpa lagi…

No comments: