Pages

01 April 2011

Pengalaman Yang Menyeramkan…

Kronologi kejadian:

27 Mac 2011 @ Ahad
Danish muntah2 seawal jam 3.00am, sehingga 5 kali. Doktor insert ubat punggung. Tak muntah lagi. Tapi dah mula demam.

28 Mac 2011 @ Isnin
Muntah dah takde. Tapi demam tinggi. Ubat makan tak jalan, terpaksa bagi supp-Voren. Badan dah mula keluar bintik2 halus @ ruam… seluruh badan, dari muka hingga ke kaki. Jumpa doktor sekali lagi, diberi ubat tahan gatal, antibiotik Azithromycin. Doktor kata kalau esoknya demam lagi, perlu buat ujian darah. Takut denggi.

29 Mac 2011 @ Rabu
Demam tak tinggi, cuma dedar aje. Selera makan minum macam biasa. Dah aktif semula melompat sana sini. Cuma ruam2 masih ada. Hari ni jugak, MKPJ datang buat spot-cek.. pasal ada jiran dah kena denggi.

30 Mac 2011 @ Khamis
Ke klinik utk buat ujian darah, memandangkan kes denggi dah ada. Jalan selamat, buat aje la ujian. Padahal hati memang kuat mengatakan Danish tak kena denggi. Keputusan ujian dapat petang nanti. So kitorang jalan2 ke Tesco. Habis beli belah, makan KFC.. doktor call. Bgtau yg Danish perlu dirujuk ke hospital sebab kiraan platlet cuma 89. Normal adalah 150-500. Masa ni rasa kaki dah tak jejak bumi.. antara nak percaya atau tak. Danish dah bising2 ajak pegi main bowling. Doktor lak suruh g spital… haiyo..

Balik rumah, kemas kain baju, susu, barangan mandian, nescafe 3 in 1. Juga satu beg mainan Danish. Supaya tidak keboringan di ward nanti.

Maka bergegas le kami ke KPJ Kajang malam semalam. Jumpa pakar kanak-kanak. Doktor pun pelik, sebab Danish nampak sihat walafiat. Cuma rashes yang masih ada. Jalan selamat, ambik darah sekali lagi… kalau masih rendah, terpaksa warded.. ataupun hari2 buat blood test sehingga dapat bacaan normal.

10.00 mlm, buat blood test. Keputusan dapat selepas 1 jam. Sementara tunggu keputusan, lepak dalam kereta aje. WGS yang pergi ambil result. Cer teka… cer teka.. berapa platelet???.



IMG_5305IMG_5306
Syukur…. kiraan platlet 440. Semuanya ok. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Danish. Semoga Allah menbalas jasa baik kalian semua.

Now kena habiskan antibiotik baru: Zinnat (Cefuroxime). Petang ni ada appointment dengan pakar. Harap2 lepas ni Danish sihat seperi selalu.

Seram tak? Kalo korang tak seram, aku memang sangat seram. Seram menerima khabar berita yg anak sakit.. seram menunggu keputusan ujian darah. Seram melihat pesakit keluar masuk Unit Emergency Hospital… Seram… Seram.. Seram.

Apapun, pengalaman mematangkan kita. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua. Kalau anak sakit, jangan berlengah.. jumpa doktor singa cepat2… dapatkan jawapan yang pasti supaya kita tidak tertanya-tanya sendiri.

Sekian.

5 comments:

Siti Indrawati said...

Alhamdulilah Danish x kena denggi..syukur!apapun jalan lupa abis antibiotik yer..

Dr Singa said...

hari yang sama?
platelet dari 89 jadik 440??
pelik tu!!

Sue said...

Mak Et: Thanx. Danish dah sihat. Now tangan & kaki tengah menggelupas. Bersalin kulit. Mungkin kesan rashes dulu tu..

Dr.Singa: Al-Felik bin Ajaib... Mungkin ralat ketika ujian darah kali pertama. Atau, mungkin khasiat jus kurma (blend sendiri) menambah bilangan platlet mencanak-canak naik tingginye.... hehehe.

Dr Singa said...

uih!!
salah satu mesin darah tu dah boleh kena campak dalam tasik tu!!

Sue said...

DrSinga: Jangan campak masuk tasik, jual kat besi buruk lagi bagus. $$$$.... :)