Pages

08 November 2010

Khusyuk Sangat…

Terima kasih kepada Daddy di atas idea beliau meletakkan meja komputer di ruang tamu. Tujuan asal nak buat tempat study, akhirnya yang lain semua tumpang semangkuk. Baru la best sikit nak online, tak terpengap dalam bilik lagi..

 


IMG_2902Danish. Kebolehannya bermain computer games tidak dapat disangkal lagi. Tangan dah cekap mengendalikan mouse. Setakat MS Paint tu, dia dah boleh melukis bentuk dan warnakan sekali..


IMG_2901Baik punya lentok? 


 
IMG_2903Ler.. tido rupanya.
Sebelah tangan siap landing atas keyboard, tu yg mahal.. hehe.
Tido pun kena ada gaya.



Selingan:

IMG_2904 
Tikar dah selamat kena conteng dengan marker pen. Suspect tidak dapat dikenalpasti. Kemungkinan besar adalah Danial, sebab Danish tak mengaku bila ditanya. Selalunya Danish tu, kalo dia yang buat pasal, tanpa segan silu dia mengaku.. even kalo terkentut pun dia cakap “Mummy, tadi Danish kentut busuk…”.

Danial pulak, bila ditanya dia tunduk jer, geleng2 kepala sambil sebut nama Danish.. Oh, takut nak tenung mata Mommy yer Bang? Macam menyembunyikan sesuatu jer…

Adeh, cuti sekolah belom bermula.. Mommy dah terasa bahangnya.

4 comments:

Siti Indrawati said...

Wow..syoknya dia lentok kalah daddy dia yg keja n study..hehehe

Sue said...

Hehehe.. apa nak buat. Kemana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi.

kak jay said...

Kusyuk sangat study sampai terlentok dibuatnya...Siapa punya jari yang cuba menekan2 tu?

Anonymous said...

Jari Abang dia la tu. Kalo jari mak dia, lebih gebuss.. :p