Pages

28 September 2010

Trip Jejak Kasih: D’ Muara Marine Park

Masa balik kampung raya hari tu, FIL menyatakan hasratnya untuk mencari saudara mara di Kg. Tebuk Pulai, Sabak Bernam, Selangor. Kali terakhir beliau ke sana adalah lebih kurang 30 tahun yang lalu, bersama arwah bapanya.

Maka berangkatlah kami pada Jumaat mlm Sabtu yang lalu. Cuma bawa satu kereta memandangkan Wak Kojek tidak dapat menyertai ekspidisi ini kerana mempunyai komitmen lain.

IMG_2275 
Penginapan kami sepanjang berada di sana

 

IMG_2246
Pintu masuk ke resort

IMG_2319
Lobby

IMG_2326
Bilik di atas air turut disediakan. Tapi dah penuh. Bagus jugak tak duduk sini. Dikhuatiri hero Ben-10 dua orang tu terjun ke bawah. Sapa nak jawab.


IMG_2247 
Inilah apartment 2 bilik yang kami diami. Ingatkan bangunan setinggi 4-5 tingkat. Rupanya 1 tingkat je. Kereta pulak boleh park betul2 depan bilik. Syiok habis.

 

IMG_2271 
Ruang tamu yang agak selesa. Hero 2 orang tu pakai baju renang. Saje bawak, kot2 ada kolam renang. Rupanya yilek. Pakai aje la, buat lepas gian..


IMG_2268 
Inilah pemandangan dari hadapan bilik kami. Itu semua bot nelayan. Petang, kembali dari laut diorang akan turunkan hasil tangkapan disini. Geram melihat hasil tangkapan yang masih bernyawa. Goreng pun sodap.. apakandaya, takder dapor. Tengok aje la.

 

IMG_2279
Antara nelayan yang berjaya ditemubual. Sedang gigih mengasingkan hasil tangkapan mengikut jantina dan keturunan. Udang sama udang, ikan sama ikan..

 

IMG_2285 
Yang atas tu ikan sembilang. Sembilang buat masak asam pedas.. issk. Meruntun jiwa. Kegemaran aku sejak azali… Bawah tu pulak, ikan senangin ye adik2… sedap jugak tu. Buat goreng bodow je…

 

IMG_2284
Ketam dan udang lipan. Aku tak pernah makan udang lipan tu. Tapi diorang kata sedap. Kena try nih. Err, lalat tidak tergolong dalam hasil tangkapan ye.

 

IMG_2287
3 orang budak bandar yang sangat teruja. Masing-masing sebuk bertanya itu-ini. Tension je org tu. Dah le penat. Tadi kena interview dengan mak, now kena pulak interview dengan anak…. Nasib ko le bang.


IMG_2289
“Satu untuk ko, satu untuk aku. Dua untuk ko, dua untuk aku. Eh, apesal aku punya rendah macam bukit, tapi ko punye tinggi macam gunung? Ko nak kena nih….!” dan adegan tumbuk menumbuk berlaku selepas itu. Oh, aku tipu.

 

IMG_2308
Pemandangan pada sebelah malam. Gambar ni kena besarkan lebih sikit, sebab WGS yang ambil. Siap kutuk aku pulak tu,  kata tak pandai guna kamera. Cissss.


Antara hidangan kami pada malam tu.

IMG_2309 
Nasi lemak ayam


IMG_2310
Tomyam untuk kanak-kanak ribena


IMG_2313
Danial bersama Atok Salleh yang sedang khusyuk menikmati hidangan.

 

IMG_2316 
WGS bersama nasi lomak beliau.

IMG_2299
Err, kasi can tuan punye blog interprem sekejap. Kesian anak dara aku, beg plastik dibuatnya gelang. Ish.. buek malu mak ko je la.

 

Dah. Ini dulu. Nanti sambung bahagian yang seterusnya pulak. Tunggu…

 

 

 

3 comments:

kavinesh said...

kak, gambar pemandangan tu memang cantikk... hidup gambar tu... email la kat i... buat wall paper... heheheheh

Sue said...

Kavi, pic yg mana? Dekat entry ni or entry Kg. Tebuk Pulai? Nanti i email.

kavinesh said...

*Pemandangan pada sebelah malam.*
entry ni punya la kakk oooiii...