Pages

20 July 2010

Salam 1 Malaysia

Wah.. tajuk yang sangat patriotik.

Selamat pagi semua. Lama betul tak berhapdet blog ni. Sejak bateri kamera dah kong, kurang bersemangat nak update. Apelah sebuah entry jika tiada gambar.

Life berjalan seperti biasa. Dengan rutin harian, hantar-jemput anak ke sekolah. Memasak, mengemas, menyapu, mengelap, mengemop, melipat, dan segala me-me-me yang lainnya. Oh, adakala terasa seperti bibik. Tapi bibik modern, sebab bibik ni pandai main poker kat pesbuk.

Hari tu masa pergi kenduri doa selamat rumah jiran, Danial dan Danish dengan selambanya telah memetik buah mangga yang sedang ranum bergayutan di atas pokok tuan rumah. 6 biji ko… siap susun dalam bakul basikal.  Adeh, berpeluh-peluh haku nak meng-explain kat tuan rumah. Taubat, lenkali memang korang berdua tak payah ikut Mommy pergi kenduri.

Wiken ni adik ipar akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya. MIL awal-awal dah pesan mintak buatkan kek pisang. Takkan nak buat 1 adunan je kan, untuk kenduri at least kena la jugak bancuh 4-5 adunan.. Misi mencari pisang berangan akan berlaku sebentar lagi.. Doakan kejayaan saya ye.

Sekian update ringkas. Nanti saya cari kabel nokia, untuk transfer gambar dari hp. Ada kabel =  ada update. Takde kabel, bulan depan ajela baru korang bukak balik blog hakak ni… bye!

IMG_0423 Miss me, huh?

2 comments:

Sarima said...

patut la senyap ke sepupu aku nie...
dah lama x update..he..he aku mcm nak g rumah ko la tp selalu x kesempatan tp ada ura2 nak g ngan mak n bapak aku sekali..saja nak serbu..leh rasa shiela nyer air tangan..he..he

Syiela said...

sebelum serbu sila call dulu. takut nanti korang datang, kitorg takde pulak. terpaksa le korang rasa air tangan MAMAK.. (kedai mamak le). huhuhu