Pages

19 November 2010

Ibadah Korban

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
Riwayat at- Tirmidzi

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


Antara hikmah korban adalah:

1.

Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
3. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin. 



Antara fadhilat ibadah korban:

1.

Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2.

Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah.  "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3.

Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Sumber: http://www.islam.gov.my/

Alhamdulillah, kami berpeluang melalukan ibadah korban pada tahun ini. Pengalaman pertama yang mengujakan, walaupun sedikit ngeri & seram tatkala melihat haiwan itu sembelih. :) Syukur semuanya berjalan dengan lancar…




IMG_2964 
Beliau seakan telah memahami. Terbaring dengan begitu tenang sambil sesekali memejamkan mata.


IMG_2966
Kali pertama penulis berdiri sebegitu hampir dengan Encik Lembu ini.
akibat membesar di KAMDAR (Kampung Dlm Bandar). Kesian.


IMG_2967
Tuan WGS bersama dua orang putera beliau yang berani-berani takut itu. Yang baju merah, berdiri paling JAUH dari Encik Lembu itu.. hahaha. Penakut!


IMG_2985 
Selesai.
Kelihatan lelaki berbaju merah sangat teruja ketika gambar ini dirakamkan.


IMG_2995
Bukti. Tuan WGS adalah terlibat secara langsung dengan aktiviti korban ini.
Walaupun cuma tukang pegang kaki. Ia bukan satu tugas yang mudah ye, adik2. Err, Encik Kojek nampaknya hanya sebagai model disitu.. hehe


IMG_2988
Apa yang penting?
KERJASAMA!!!

Syukur… Tahun depan sapa nak join??

No comments: