Sabtu lepas, temankan WGS study kat sekolah dia. Selalu jugak kitorang ke sini. Kawasan yang lapang dan tak ramai orang.
Lengang. Punyalah seronok mereke ber-3 dapat menguasai gelongsor dan buaian disitu. Buat macam rumah sendiri.
Lain kali datang nak bawak bola dan layang2.
Fav pic. Tak jemu mata memandang.
Dapat melihat ERL meluncur laju. Yang paling seronok dah tentu anak2.
WGS sedang tekun mengulangkaji pelajaran.
Sesekali Mem datang menyebok. Nak tolong buat assignment, tak reti. Jadi tolong tengok je la.
Susah betul nak suruh pandang kamera bila dah leka bermain.
Yeeha.. tak perlu berebut dengan orang lain.
Nak tonggang terbalik pun takde orang nak marah.
Apesal kaki bersilang tu, Danial? Spoil la..
Sorang anak Daddy, sorang anak Mummy. Kadang2 geng, tapi yang selalunya bergaduh... issk.
See? Memang anak Mummy. Mata, hidung, kening, dagu, mulut, pipi.. memang copy paste. Kulit je tak berapa nak sama.
Bila dah puas main, semua kacau Daddy. Ajak balik.
Sementara itu, budak 2 orang ni dah mula ‘buat kerja’…
Tu dia.. budak berdua ni kalau buat kerja terlarang memang hebat.
“Hish.. sebok aje lah Mummy nih! Jangan la kaco Abang!”
Sebelum pulang, singgah sebentar di kandang kuda UPM. Cuma Nadhirah yang berani bergambar. Danial takut. Sebab masa kecik dia ada pengalaman digigit kuda dah disepak oleh kambing. hehehe.
Di akhiri dengan gambar haiwan yang paling ‘kekekut’ ini.
=)
Sekian.
3 comments:
Cuti sekolah nnt kita p kat Gombak nak tak..ada kandng kuda dn kuda utk d tonggang..mmg bagus utk anak2 kita..nnt kita plan eh..
Gombak? Kat mana tu? Aku tak tahu pun tempat tu..
dekat dgn rmh abg nan daaa..nnt aku tagkan gambar tu kat ko..
Post a Comment