Di petang yang hening, cuaca yang sejuk, aku tengah tido2 ayam di sofa, tiba-tiba '”kelekuk” ada benda landing atas kepala. Berdenyut-denyut kepala aku time tu jugak. Adeh, terperanjat + sakit.
Tiba-tiba Nadhirah menjerit, “Eii… berdarah!!!”. Ah, sudah..
Rupa-rupanya Danial baling mainan dia, pastu baik punya landing atas kening aku. Tengok la rupa mainan kereta kat bawah ni, bersegi-segi. Camana la tak koyak kening aku.
Yang aku pelik, mana pulak dia dapat tali tu? Kemudian elok je pulak dia ikat kat belakang kereta tu. Aku bajet ni mesti dia buat ala-ala koboi, pusing2 mainan tu.. pastu terlepas. Huh, nasib baik kena aku. Kalau kena Danish atau Nadhirah.. lagi panjang ceritanya..
Tak nampak sangat lukanya sebab betul2 kat tengah kening. Tapi sakit berdenyut-denyut lain macam… Danial… Danial. Tak pasal2 nanti muka mak ko macam KOMENG pulak, berparut sana sini. Yang kat mulut ni dah tentu2 kekal forever. Ni tambah kat kening pulak. Kang orang ingat aku ni kaki pukul.. Err, pukul telor ada la. hahaha..
Dah le. Nak mula operasi dapur. Sakit, sakit jugak.. dapur kena jugak berasap. Harap2 dapat le anugerah ibu mithali tahun depan.. hahaha. Eh, gelak lagi. Tak relevan.
Sekian.
5 comments:
Bila tngok kete mainan tu aku tau kenapa Danial letak tali,ni mesti penangan cerita `toy story'..kan ada kete yg sambung wayar ala2 guna remote tu..aduh, kesian nya ko..tak pasal ada tregedi buah epel lak...jgn lak parut tu jadi kekal kat kening,mmg sah ko dpt pangkat komeng..bolehla ko pakai topeng mata cover sebelah je mcm lanun..hehe..apa2pun aku tetap simpati pada ko,Pengajaran dari tragedi ni kalau ko nk tido2 ayam,sila pastikan ko cover muka ko tu dgn tudung saji ke apa..jgn jadi mcm kes aku dulu..tngh syok2 baring kat ruang tamu,tiba2 kena `anak angkat' ksyangan aku yg tiga eko ni brgurau snda p langgar batang hidung aku,sudahnya sampai skg ada parut susah nk hilang..huhuhuhu,nasib2..
Kesiannya ami cue,confem dpt anugerah ibu mithali..mak et yg kasi..anak..anak..ajaklah en mamat bwk g klinik,takut merbahaya pulak..sabar yea..Lala sayang ami cue..pasni boleh tido ngn ami cue sebb dah berhenti t*t*k..hehehe..
Alhmdulillah..beruntung sungguh mami-sue sbb mak -eti nak bagi anugerah ibu mithali tahun depan..k.long pun teringin nak hadiahkn kalung darjah kebesaran iaitu TALI RAPIA.......hehehe,jgn mare ye mami-sue,nnt luka kat kening tu lambat baik.. p klinik nnt,jgn lupa cakap kat doc kasi trim skit bulu kening tu sekali.. :))
lala cayang ami cu ye, macih!! caaayang lala jugak. Bagusla dah benti nenen kat mama. Kak Nadhirah mulai besday dia pun, dah berhenti minum susu botol.. hehehe.
Oi, nak kasi tali rapia apekehal? takde faedah ok. baik ko kalungkan aku bunga yg banyak jual kat batu caves tu. cantik sket.
Alhamdulillah, tadi mandi tak pedih pun. Gabra yang lebih. lagipun, lakonan kena REAL baru la Danial insaf.. hehehe. Thanks all!
Kesian telor kena pukul...
Post a Comment