Salam.
Untuk pengetahuan, WGS kini sedang belajar sambil bekerja. Tiba-tiba mendapat hidayah dan semangat untuk menyambung pelajaran. Kini, merasalah semula keadaan pergi kelas, buat assignment, presentation (yang ni dah biasa sangat.. kat opis pun selalu kena present macam2… pejam mata je nih, hehe) , test, quiz dan final exam.
Banyak cabaran yang harus ditempuhi ketika bergelar pelajar dengan keadaan begini. Terutama sewaktu menyiapkan assignment. Antaranya:
1. Tak sempat save assignment yang telah dikarang semalaman, kerana keadaan notebook yang gila. Tiba-tiba shutdown sendiri. Misteri.
2. Menangkis serangan anak-anak yang kurang dapat menerima keadaan ayah mereka yang terlalu khusyuk study/membuat assignment. Danial je dah beberapa kali memporak-perandakan assignment WGS yang dibiarkan terpapar di skrin komputer. Walaupun dah save siap2, tapi Danial tambah lukisan dan pelbagai corak geometri di atas tu dan dia pun SAVE SEKALI LAGI… Huaa.. pitam!
3. Menangkis serangan BINI yang ajak berjalan ke sana ke mari. Pegi Gi*ant la, Tes*co la.. Balik kampung la. Err, tengah adapt. Dulu senang je nak g sana sini. heheh..
4. Ahli kumpulan yang kurang memberi kerjasama. :(
WGS sedikit stress di situ. Tengok gambar-gambar ni sebagai bukti. Ini bukan lakonan. Dia sendiri pun tak sedar aku captured gambar nih. hehehe
Pikir-pikir-pikir.
Nak panggil bantuan Super Sleuth ke bang?
Uiii, tajam nya merenung.
Dah tersenyum sorang2 pulak. Bahaya nih..
Aksi merenggangkan ketiak bagi memberi laluan udara. Semoga dengan aksi ini, idea akan datang mencurah-curah.
Arghh.. tensen.
Tak paham ke, ape nih? Sori, I tak boleh nak tolong u. I dulu belajar sampai darjah 6 jer. U mintak tolong la dengan jiran-jiran kita ni yang kebanyakkannya pensyarah. Kot2 bole dapat kelulusan percuma..
Apapun keadaannya:
Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada Daddy, Semoga mendapat keputusan yang CEMERLANG.
We Love you…!
3 comments:
wah.. good luck... azab aku dah lepas..
insya allah 21hb nie konvo.... hehehe
Tahniah atas kejayaan ko menghabiskan study. Caiyok!! KOnvo kat ne?
ucapan GOOD LUCK utk WGS..semoga berjaya dgn cemerlang dan terbilang..hehe
Post a Comment