Alhamdulillah, semalam Nadhirah dah genap 7 tahun. Dah nak masuk darjah 2 pun. Sekejap rasanya masa berlalu.
Nadhirah lahir pukul 4.30am secara pembedahan. Sakit lama ohhh, semalaman. Siap induce. Pergh, azab nauzubillah. Hujung2 terpaksa operate sebab poor progress. Kalo tahu memang awal2 dah mintak epidural.. =). Tapi tu la kan, Allah nak test. Tahan ke tak budak Mami-Sue nih. Baru contraction dah menggelupur.. hehehe.
Masa pantang, agak mencabar jugak menjaga Nadhirah. Asal tengah malam je nangis, kul 3-4 pagi baru nak tido. Mummy & Daddy masa tu dah macam zombie kampung pisang. Dedua mata lebam tak cukup tido. Tangan pulak sampai naik lenguh menghenjut dia kat baby rocker. Taknak beli buai punya pasal…
Akhirnya surrender jugak. Beli buai + pengenjut letrik sekali. Fuh, itu rupanya yang dia nak.. Selamat le kitorang dari tragedi menjadi zombie tu.
Sepanjang tempoh membesar, Nadhirah tak banyak ragam. Dia cepat matang, mana taknya.. seawal umur 1 tahun 4 bulan dia dah ada adik (Danial).
Hari Sabtu (6 Nov), jiran kitorang merangkap ibu kepada bestfren Nadhirah telah menghadiahkan 10bj cupcakes pelbagai perisa. Alhamdulillah, murah rezeki kak Has.
Cantik dan sedap.
Esoknya pulak, Daddy belikan kek besar untuk Nadhirah. Beli kat kedai di BSP jer… Sokonglah produk tempatan. hehe..
Choc + Strawberry cake
Rasa yang tidak mengecewakan
The happy face..
Lebih kurang 4 bulan lagi, turn Danial pulak. Sabar ehh? =)
Hadiah? Dah bagi awal2. Nadhirah minta Daddy hadiahkan Magic Colour, White Board dan Marker Pen. Sonang baitu… hehe. Bagusla kakak, tak mintak Barbie @ Dora. Selamat poket Daddy…
Tu dia.. dah selamat digantung pun. Rumah kami sekarang tak ubah seperti sebuah tadika. huhuhu… Tapi bagus jugak ada whiteboard ni. Nadhirah selalu ajar Danial membaca & menulis disitu. Garang pun boleh tahan juga, cikgu Nadhirah ni…
Yang tak bestnya, kadang2 hasil kreativiti diorang tu bukan sahaja di atas whiteboard. Tapi melarat juga ke dinding.. dan karpet. Huwaaaaaaaaaa…….
08 November 2010
7 November 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
best la kak...
idea yang boleh ditiru bagi pasangan yang tatau nak belikan hadiah ape pada anak...
ibn mustakim, nak lagi best beli yang gergasi punya, macam yang kat opis tu. lagi gempaks.
Selamat Ulangtahun Nadhirah. Didoakan semoga panjang umur dan murah rezeki. Jadi anak yang solehah kepada ibu dan ayah. Ada bakat jadik cikgu ni...macam mami dia.
Amin... Terima kasih Kak Jay. Mami dia dah jadi cikgu pencen.. tak payah le tiru. hehe
ok..la tu dier pun ada talent nak jadi pelukis..mana tahu leh jadi pelukis terkenal..he..he
Amin.... bagus jugak. Dia boleh teruskan cita-cita mami dia yang tak kesampaian. :)
hepi birthday nadirah..sedapnyer kek..
Tenkiu Mama-Ieja. Dah teringin tu, nanti mintak Sani carikan ye. Sian orang kat dalam tu.. :). Due bila?
He..he..kek sy masuk blog awak!!!
A very useful birthday gift...brilliant idea. Nnti cuti sekolah boleh ajar Nabilah bahasa Arab...'cikgu Nadhirah'ye
Post a Comment