Pages

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

19 November 2010

Ibadah Korban

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
Riwayat at- Tirmidzi

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


Antara hikmah korban adalah:

1.

Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
3. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin. 



Antara fadhilat ibadah korban:

1.

Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2.

Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah.  "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3.

Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Sumber: http://www.islam.gov.my/

Alhamdulillah, kami berpeluang melalukan ibadah korban pada tahun ini. Pengalaman pertama yang mengujakan, walaupun sedikit ngeri & seram tatkala melihat haiwan itu sembelih. :) Syukur semuanya berjalan dengan lancar…




IMG_2964 
Beliau seakan telah memahami. Terbaring dengan begitu tenang sambil sesekali memejamkan mata.


IMG_2966
Kali pertama penulis berdiri sebegitu hampir dengan Encik Lembu ini.
akibat membesar di KAMDAR (Kampung Dlm Bandar). Kesian.


IMG_2967
Tuan WGS bersama dua orang putera beliau yang berani-berani takut itu. Yang baju merah, berdiri paling JAUH dari Encik Lembu itu.. hahaha. Penakut!


IMG_2985 
Selesai.
Kelihatan lelaki berbaju merah sangat teruja ketika gambar ini dirakamkan.


IMG_2995
Bukti. Tuan WGS adalah terlibat secara langsung dengan aktiviti korban ini.
Walaupun cuma tukang pegang kaki. Ia bukan satu tugas yang mudah ye, adik2. Err, Encik Kojek nampaknya hanya sebagai model disitu.. hehe


IMG_2988
Apa yang penting?
KERJASAMA!!!

Syukur… Tahun depan sapa nak join??

17 December 2008

Di malam raya yang lalu...

Salam,

Di malam Hari Raya Aidiladha yang lalu, kitorang telah berjaya menyerbu rumah salah sorang geng KE kat Seri Pajam. Saper ek? Agak2 korang kenal tak saper yang dok kat Seri Pajam tu? Jom kita skodeng umah dia.. Jeng, jeng, jeng..

Pandangan hadapan rumah beliau


Lembaga kuning tu saper ekk? Uiks, siap ada tanduk lagi.. hahaha


Nyam-nyam, sedapnya kari ayam..


ni pulak rendang daging.. aiyak, terliur dah nih!!


Ni yang tak bley tahan, lembut, lemak berkrim disukai ramai.. Lemang!!! Mana ko beli aaa lembaga kuning!!?? hehehe


Adam tengah bz entertain tetamu yang pakar dalam bab sepahkan mainan..
Siap taknak balik lagi tu.

28 October 2008

Beraya ke rumah Upin dan Ipin

Salam.

Sidek dijemput menghadiri Open House Les Copaque Production pada hari Sabtu (25/10/08). Kitorang anak beranak harus le ngikut kan.. nak jumpa Upin dan Ipin lah katakan.

Sampai sana pun dah pukul 2 lebih. Nasib la makanan masih banyak lagi, sedap2 jugak. Kami mendapat layanan khas ala2 VIP oleh staff Les Copaque.. (perasan la pulak). Malangnya digicam aku ada masalah teknikal masa hari tu, so tak dapat lah bergambar sakan kat sana.

Dapat lah jumpa adik Fathiah (pemilik suara Upin dan Ipin). Comel je dia. Adik fathiah tu pemalu, sampai masa jumpa kitorang pun dia dah takmo cakap. Agaknya dalam hati dia "Ko dengar aje lah suara Upin & Ipin tu.. dah sah2 suara aku.. hampeh." heheh

Gambar2 yang ada kat bawah ni semua aku cilok kat internet, mekasih ye penulis blog. Mintak maaf le ambik tanpa kebenaran.

Yeah, kami datang!!

Comel aje katak kuning kat atas bangunan tuh.. Ini le opis Les Copaque

Maskot Upin dan Ipin. Err, kureng comel lah. Agak menakutkan.

Aku dan Nadhirah dapat bersalam dengan Upin.. Danial takut, dia tengok dari jauh je. Danish pulak dah nangis takutkan maskot upin dan ipin.

Nadhirah memang seronok sangat dapat beraya umah Upin dan Ipin katanya. Masa dalam kereta nak balik, dia cakap" Mummy, pas ni kita pergi beraya rumah Sponge Bob pulak yer?" ... Walahwei, kene naik kapal terbang tuh Nadhirah oii.. Lgpun sponge bob tu sambut hari raya ker...?? hehehe


24 October 2008

Jamuan Raya Bhgn Latihan INFRA

Salam,

Pagi tadi di adakan pot luck sempena Hari Raya. Semua bawa juadah masing2. Mine was puding karamel dan blueberry muffin. Yummy.

Nak order? Call lah saya.. Tokei muffin BSP.


Sebelum makan wajib posing dulu


Sebahagian juadah yang ada



Patugas jamuan bertungkus lumus menyediakan hidangan 'Tembikai diRaja". Sbb tembikai tu kaler kuning.. ampun Tuanku. hehehe


Majlis dirasmikan oleh Pn. Ruby


Mana satu nak pilih ni? Sumer nampak sedap jer.. Ish. Fenin lah.


Muka kenyang..


Kredit to Kak Anis, bertungkus lumus memastikan pantry bersih dan terkawal. Tocei..



Selepas kejadian itu...

Aik? Tinggal biji jer?? Rakus betul diorang ni kalo bab makan.. hehe


Sambal ikan bilis abes licin.. sedap! Fav BOS gak ni. Tak mkn yg lain dah. Nasi lemak je dia hantam.


Sekian..

20 October 2008

Thanx for Coming


Salam,

Thanks kepada anda semua yang berjaya menghadiri "Majlis Makan2 Tertutup Khas Sidek & Suhaila".. hehe. Cam poyo je pulak bunyi nyer.

First time buat makan2 utk kawan2. Gemuruh jugak le. Maklumla semuanya buat sendiri. Masak sendiri, hidang sendiri, basuh pinggan sendiri. Maaf lah kalau ada yang tak terlayan. Kalo masakan tak sedap, sori jugak. Semua tu adalah salah internet, sbb aku cilok resepi internet jer.. (cheh, sendiri yg masak tak sedap lagi nak salahkan orang lain ke? :P )

Thanks to Kak Ieja and Family. Budak2 tu nampak seronok dan tak puas main, kejap sangat. Lenkali kena overnight.. baru best!

Thanks juga kepada member2 x-UTMKL: Angah + Boboi + Ehem2, Wan, Zai + Ehem2. Juga kepada Najwa. Walaupun ko datang jauh malam tapi aku tetap hargai. Walau ko tak tolong basuh pinggan pun, aku suker... heheh.

Member2 husband yang dtg: Naza 1, Naza 2 and family, Wan Zawawi and family, Zaidi.

First trial nampaknya Ok. Lepas ni ada rezeki lebih boleh la buat lagi.. insya Allah. Kepada yang tidak dijemput, harap jangan berkecil hati yer. Sowi.. Nanti2 ada la lagi..

Jom layan gambar.

Nadhirah & Danial memang rajin tolong Mummy


Ni instant Pudding + Jelly


'Orang kuat' sedang potong nanas utk dibuat jelatah sambil diperhati oleh Supervisor Danial


"Rendang Daging Sukati Aku" namanya..heheh. Belom masak lagi nih.


Makan time...! Kak Ieja & family


Menung apa tu Aisy?? Teringat Si Dia ke?? Atau sebab aunty masak x cedap?


Sesi menghiburkan hati, jangan risau.. aunty tak marah punyer. Bilik tu kalau kemas memang pelik la.. tak logik.



Aku kah yang gumuk atau kak Ieja yang terlalu kurus...?? Tolong jawab. (Tutup telinga siap2..hehe)

Dari kiri: Ehem2, Zai, Wan, Angah, Ehem2 dan Boboi. Lupe la nama ehem2 korang tu.


Sapedek...!!!



Makaseh ya Pak, karena tolongin aku jagain anak2 sementara aku sibuk banget di dapur.. (sila baca dalam loghat Indonesia)


Sekian..

*Semlm aku g 5 open house, kesannya hari ini aku c***t b***t.. Korang ada sakit perut ke pas mkn kat umah aku??? Err...




07 October 2008

Beraya di Muar

Tahun ni giliran beraya di kampung Daddy di Muar.
Hari Sabtu kami dah bertolak balik ke kampung. Jalan ok, kereta banyak jugak tapi trafik ok, lancar.

Sampai kampung, terkejut tgk muka mother in law (MIL) yg kemerah-merahan seperi udang kena bakar. Semuanya gara2 demam chikungunya. Demam yang diakibatkan oleh nyamuk aedes. Maklumat lanjut, klik sini.

Rupanya MIL adalah mangsa ke 3 dalam keluarga. Teruk juga sakitnya, sampai tak boleh berjalan. Demam dah kebah tapi bisa2 di sendi masih terasa. Tekak pahit, tak lalu makan. Pernah terbaca artikel mengenai sup ketam penawar denggi. Cari kat Parit Jawa, takder. Parit Sulong, takder.. nasib baik akhirnya ada jugak kat GIANT Muar, tapi dah tak berapa elok.

Masakkan sup ketam utk MIL, dan nampak dia makan penuh berselera. Alhamdulillah, lepas je mkn sup ketam MIL beransur pulih. Muka dah tak merah lagi, selera makan dah ada, tekak pun dah tak pahit lagi. Apepun, yg menyembuhkan adalah Allah SWT jua. Namun kita juga perlu berusaha. Jadi betullah kata org, sup ketam penawar demam denggi.

Moral Story, jagalah kebersihan kediaman dan kejiranan kita. mencegah lebih baik dari mengubat. Untuk pengetahuan, nyamuk juga boleh bertelur didalam toilet bowl. Ini pengalaman sendiri, bila balik dari kampung haritu terlihat beberapa ekor jentik2 di dlm toilet bowl di rumah yang hanya ditinggal beberapa hari. Ish, kreatif sungguh nyamuk nih. Nampaknya kita perli lebih kreatif dari nyamuk. (Adakah perlu memakaikan kelambu pada toilet bowl itu? hehehe... )

Ok, citer pasal juadah raya pulak. Disamping kuih2 raya yg dibawa balik, juadah utama kami di pagi raya adalah:
  • Ketupat
  • Lodeh
  • Ayam Ungkep (masakan jawa..sedap!)
  • Daging dendeng (resepi internet.. kureng)

Mummy dan Danish



My happy family



Selamat hari raya aifdilfitri

Salam utk semua,

Rasanya masih belum terlambat utk ucapkan Slmt Hari Raya utk semua. Maaf zahir dan batin.

Pada raya keempat, (4/10/08) Kaklong buat majlis harijadi utk Azim. Kat McD Rawang. Meriah betul. Antar
a yang dapat hadir ialah:

1. Kaklong sekeluarga.. of course la sbb keluarga pengantin.. eh, besday boy.
2. Aku sekeluarga.. hehe
3. Abg ngah sekeluarga
4. Abah
5. Wanis sekeluarga

Ok, jom tgk gambar2 sekitar majlis berlangsung.

Kat pintu masuk dah ada nama azim.. kembang betul budak kecik tu. Bangga semacam.

ini adalah singgahsana besday boy. bapak besar nye kerusi dia... uiks..

Hi, sayalah besday boy itu. Nama saya Muhammad Azim. Lahir kat Amerika. Jangan tanya pasal tanda kat dahi saya tu tau, sensitif.

Ciwan tengah ajar Azim macamana nak post depan kamera. 

Sebelah kiri tu la Kaklong.. dan yg satu lagi tu tuan punya blog.

Aku dan Danish. Susah betul nak capture gambar Danish. Lariii aje dia.



dari kiri, Kak N, Adlee, Nadhirah, Ariesya dan Danial (muka nampak separuh je.. hehe)

"Bila diorang ni nak mula makan? Lapo dah nih.." kata Danial dalam hati

Abah yang setia menanti dan memerhati gelagat anak+menantu+cucu.


My doter, Nadhirah. Dia ni kalo bab posing bagi aje lah kat dia. 
Mentor dia adalah Kak N.

Wanis (anak buah abg D) bersama anak dan suami.


My lovely hubby.. ceewah.

Orang kuat majlis.. Ciwan (bertopi) dan Hariz (baju merah)


Azim dah tak sabar nak potong kek.
Makanan2 yg ada sikit pun tak menggoda beliau.


Masa ni Kaklong dgn Abg Ngah tgh main game rebut kerusi. 
Lawak habis. Abg Ngah adalah Raja Lawak utk hari tu.



Nadhirah menerima hadiah selaku juara game rebut kerusi kategori kanak-kanak


Ni pulak acara game kotak beracun. Danial excited betul. 


Final two, kotak beracun. Antara Nadhirah dan Adlee.
Pemenangnya adalah Nadhirah. Walaupun muka blurr je masa main game tuh. 


Danial.. 


Kek Azim. Sedap.. dekoration pun menarik. Harga pun okey. Bolehla kalo nak tempat utk besday party akan datang.

Yeah, mari letak lilin atas kek.. 
1, 2, 3, 4, 5, 6 lilin..



Danial dan Ariesya khusyuk melihat akak McD mencucuk lilin keatas badan spongebob.
"Sakitlah spongebob.. kesian dia" gerutu Danial dalam hati


Tutup air-cond siap2 sebelum pasang api..
Abesla, terbakar pulak kaki spongebob ni nanti.

Ariesya sedia menunggu arahan seterusnya dari akak mcD. Nadhirah macam dah tak sabar sangat nak rasa kek tu.




Akak mcD tengah bertungkus lumus mengukur panjang x lebar utk memotong kek. kasi sama rata, sama adil. hehehe


Humaira tak kisah langsung keadaan sekeliling dia. Yang penting depan mata dia mesti ada makanan. 

"Kalo dapat mcm ni hari2 kan best..." kata Humaira.


Semoga Azim panjang umur dan sihat selalu. Dah dapat banyak hadiah, jangan nak ke kedai mamak lagi yer?...