Pages

28 November 2010

Nadhirah yang Kreatif

Dragon and the circle
Diam-diam menghadap komputer, rupanya dia lukis benda ni. Siap save as nama “Dragon and the circle”.. dia lukis guna software MS Paint je. Hebat, hebat. Kalau Mummy yang lukis, tak jadi dragon, mungkin jadi gambar cicak kobeng..


Dragon with circle Ini lukisan yang terdahulu. Ntah bila masa dia lukis, aku pun tak perasan. Dragon ni sedikit feminin, warna pink. Dragon betina agaknya..hehe


Saya Conan Edogawa seorang detectiveIni adalah cubaan Nadhiran untuk melukis gambar detektif Conan. Bahagian rambut tu ada lah sikit.. Cuba lagi untuk hasil yang lebih baik yer, kakak!


anak matahari dan ibu matahari.
Saved as “Anak matahari dan Ibu matahari”… Anak ngan mak lebih kurang je saiznya. :)


Nadhirah memang berbakat melukis. Kertas lukisan, kalau satu blok tu sekejap jer.. Tapi adik2 dia pulak suka belasah kertas lukisan dia buat kapal terbang kertas… Adeh.

26 November 2010

Ehem…Ehem..

image

Hasil selepas lebih kurang 2 tahun menulis blog. Dapat le jugak RM55.46. Baru je cash-out, tapi $$ belum terima lagi.. hehehe. Sungguh bermakna RM55.46 itu di hujung tahun begini.. Terima kasih En. Nuffnang.

22 November 2010

Pertanian Adalah Perniagaan

IMG_3015Anak sawit yang perlu di kepung. Jika tidak akan menjadi santapan enak Encik Baji di kala malam hari.



IMG_3027 
Dapat le lebih kurang 100 pokok. Ada rezeki lebih, boleh tambah lagi. Mungkin pokok spesis lain. Durian ke, rambutan ke, balak ke.. over.




IMG_3017
Bakal petani berjaya.. insya Allah. Tapi anak beliau memakai sweater ke kebun? Apekehal?? Sangat musykil disitu..



IMG_3022
Dalam berpuluh batang ubi yang dicucuk ke tanah, cuma sepokok-dua sahaja yang hidup.. Jadilah, dari tak ada langsung.



Nak menyelit tanam nanas walau sepokok. Mesti syiok dapat mkn nanas yang ditanam sendiri.. Curi benih nanas kat kebun sebelah boleh tak? hahahaha… nanti Wak Giman saman.

Pekena Mee Bandung

Dalam perjalanan balik ke BSP, kitorang singgah makan mee bandung kat depan Sekolah Sains Muar. Nama kedai: Fuad Mee Bandung. Posisi : N2 03 50.5 E102 33 18.6.



IMG_3040 
Pandangan hadapan kedai


IMG_3041   
Kedai ini turut menjual perencah Mee Bandung. Seperti yang diiklankan itu. (klik untuk paparan lebih jelas)


IMG_3055  
Mee Bandung untuk WGS dan saya


IMG_3053
Mee Sup untuk Danial & Danish


IMG_3051
Minum elok-elok yer?!


IMG_3050
Huh! Tak boleh harap… Sukati le nak oi.
Asalkan korang dok diam.


Rasa? Ok-ok saja. Kalau dah lapar, sedap aje. Lokasi, mudah dicari. Parking, senang..depan kedai je. Tapi ada longkang besar yang tidak ditutup dan merbahaya kepada anak-anak kecil. Terutama yang sedang lasak umpama Ben-10.


IMG_3042
Longkang besar yang dalam itu. Betul-betul dihadapan kedai.

Aku rasa mee bandung kat warung kuning lagi sedap.

Sekian.

19 November 2010

Ibadah Korban

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
Riwayat at- Tirmidzi

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


Antara hikmah korban adalah:

1.

Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
3. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin. 



Antara fadhilat ibadah korban:

1.

Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2.

Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah.  "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3.

Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Sumber: http://www.islam.gov.my/

Alhamdulillah, kami berpeluang melalukan ibadah korban pada tahun ini. Pengalaman pertama yang mengujakan, walaupun sedikit ngeri & seram tatkala melihat haiwan itu sembelih. :) Syukur semuanya berjalan dengan lancar…




IMG_2964 
Beliau seakan telah memahami. Terbaring dengan begitu tenang sambil sesekali memejamkan mata.


IMG_2966
Kali pertama penulis berdiri sebegitu hampir dengan Encik Lembu ini.
akibat membesar di KAMDAR (Kampung Dlm Bandar). Kesian.


IMG_2967
Tuan WGS bersama dua orang putera beliau yang berani-berani takut itu. Yang baju merah, berdiri paling JAUH dari Encik Lembu itu.. hahaha. Penakut!


IMG_2985 
Selesai.
Kelihatan lelaki berbaju merah sangat teruja ketika gambar ini dirakamkan.


IMG_2995
Bukti. Tuan WGS adalah terlibat secara langsung dengan aktiviti korban ini.
Walaupun cuma tukang pegang kaki. Ia bukan satu tugas yang mudah ye, adik2. Err, Encik Kojek nampaknya hanya sebagai model disitu.. hehe


IMG_2988
Apa yang penting?
KERJASAMA!!!

Syukur… Tahun depan sapa nak join??

15 November 2010

Terima Kasih MakLong

Terima kasih Maklong atas hadiah yang Maklong bagi. Kakak suka sangat hadiah macam nih. Memang jadi idaman kakak. Sebab Mummy takkan belikan Kakak bekas makanan dan minuman Dora nih. Mummy kata, kalau Mummy beli untuk kakak, nanti Mummy kena beli lagi 2 set. Dora untuk Kakak, Ben-10 untuk Abang manakala Chuggington pulak untuk Adik… Mummy kata nanti dia KOPAK. Ape KOPAK tu Maklong? Kopak durian tu kakak tahu la..

Semalam kakak dah mula guna bekas minuman tu. Best! Danial pun same tumpang minum. Hari ni Kakak bawak bekal nasi goreng mamak dalam bekas makanan Dora. Yummy! (Err, nasi goreng mamak tu tapau dari kedai mamak malam semalam. Sedap! Mummy tak pandai masak macam tu.. hehe. Syyh, jangan bagitau Mummy ye)

IMG_2954 IMG_2960

I Love You Maklong, Paklong, Kak N, Abg Safwan, Abg Hariz dan Azim. Nanti datang rumah Nadhirah ye, kita bakar-bakar. Jangan bakar rumah Nadhirah pulak. Kita bakar la ayam ke, lembu ke.. sosej ke. Daddy kata tunggu Daddy habis periksa dulu. Tak tahu la Daddy tu nanti periksa nombor berapa.

Jumaat lepas, cikgu sekolah kebangsaan Nadhirah bagi kami air kotak 1Malaysia. Sedap! Saya suka.

IMG_2909 IMG_2912


Ok, itu sahaja. Nanti ada masa Nadhirah cerita-cerita lagi ye. Terima kasih semua yang bagi ucapan sempena hari lahir kakak hari tu. Kakak sayangggggg semua…!

11 November 2010

Mode: Tidak Mahu Di Ganggu

Salam.
Untuk pengetahuan, WGS kini sedang belajar sambil bekerja. Tiba-tiba mendapat hidayah dan semangat untuk menyambung pelajaran. Kini, merasalah semula keadaan pergi kelas, buat assignment, presentation (yang ni dah biasa sangat.. kat opis pun selalu kena present macam2… pejam mata je nih, hehe) , test, quiz dan final exam.

Banyak cabaran yang harus ditempuhi ketika bergelar pelajar dengan keadaan begini. Terutama sewaktu menyiapkan assignment. Antaranya:

1. Tak sempat save assignment yang telah dikarang semalaman, kerana keadaan notebook yang gila. Tiba-tiba shutdown sendiri. Misteri.

2. Menangkis serangan anak-anak yang kurang dapat menerima keadaan ayah mereka yang terlalu khusyuk study/membuat assignment. Danial je dah beberapa kali memporak-perandakan assignment WGS yang dibiarkan terpapar di skrin komputer.  Walaupun dah save siap2, tapi Danial tambah lukisan dan pelbagai corak geometri di atas tu dan dia pun SAVE SEKALI LAGI… Huaa.. pitam!

3. Menangkis serangan BINI yang ajak berjalan ke sana ke mari. Pegi Gi*ant la, Tes*co la.. Balik kampung la. Err, tengah adapt. Dulu senang je nak g sana sini. heheh..

4. Ahli kumpulan yang kurang memberi kerjasama. :(

WGS sedikit stress di situ. Tengok gambar-gambar ni sebagai bukti. Ini bukan lakonan. Dia sendiri pun tak sedar aku captured gambar nih. hehehe


 
image
Pikir-pikir-pikir.
Nak panggil bantuan Super Sleuth ke bang?



image
Uiii, tajam nya merenung.



image
Dah tersenyum sorang2 pulak. Bahaya nih..



image 
Aksi merenggangkan ketiak bagi memberi laluan udara. Semoga dengan aksi ini, idea akan datang mencurah-curah.



 image
Arghh.. tensen.
Tak paham ke, ape nih? Sori, I tak boleh nak tolong u. I dulu belajar sampai darjah 6 jer. U mintak tolong la dengan jiran-jiran kita ni yang kebanyakkannya pensyarah. Kot2 bole dapat kelulusan percuma..

Apapun keadaannya:

Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada Daddy, Semoga mendapat keputusan yang CEMERLANG.
We Love you…!





09 November 2010

I’m Injured… ouch!!

Di petang yang hening, cuaca yang sejuk, aku tengah tido2 ayam di sofa, tiba-tiba '”kelekuk” ada benda landing atas kepala. Berdenyut-denyut kepala aku time tu jugak. Adeh, terperanjat + sakit.

Tiba-tiba Nadhirah menjerit, “Eii… berdarah!!!”. Ah, sudah..

Rupa-rupanya Danial baling mainan dia, pastu baik punya landing atas kening aku. Tengok la rupa mainan kereta kat bawah ni, bersegi-segi. Camana la tak koyak kening aku.


IMG_2908
Yang aku pelik, mana pulak dia dapat tali tu? Kemudian elok je pulak dia ikat kat belakang kereta tu. Aku bajet ni mesti dia buat ala-ala koboi, pusing2 mainan tu.. pastu terlepas. Huh, nasib baik kena aku. Kalau kena Danish atau Nadhirah.. lagi panjang ceritanya..

IMG_2907
Tak nampak sangat lukanya sebab betul2 kat tengah kening. Tapi sakit berdenyut-denyut lain macam… Danial… Danial. Tak pasal2 nanti muka mak ko macam KOMENG pulak, berparut sana sini. Yang kat mulut ni dah tentu2 kekal forever. Ni tambah kat kening pulak. Kang orang ingat aku ni kaki pukul.. Err, pukul telor ada la. hahaha..

Dah le. Nak mula operasi dapur. Sakit, sakit jugak.. dapur kena jugak berasap. Harap2 dapat le anugerah ibu mithali tahun depan.. hahaha. Eh, gelak lagi. Tak relevan.

Sekian.

08 November 2010

7 November 2003

Alhamdulillah, semalam Nadhirah dah genap 7 tahun. Dah nak masuk darjah 2 pun. Sekejap rasanya masa berlalu.

Nadhirah lahir pukul 4.30am secara pembedahan. Sakit lama ohhh, semalaman. Siap induce. Pergh, azab nauzubillah. Hujung2 terpaksa operate sebab poor progress. Kalo tahu memang awal2 dah mintak epidural.. =). Tapi tu la kan, Allah nak test. Tahan ke tak budak Mami-Sue nih. Baru contraction dah menggelupur.. hehehe.

Masa pantang, agak mencabar jugak menjaga Nadhirah. Asal tengah malam je nangis, kul 3-4 pagi baru nak tido. Mummy & Daddy masa tu dah macam zombie kampung pisang. Dedua mata lebam tak cukup tido. Tangan pulak sampai naik lenguh menghenjut dia kat baby rocker. Taknak beli buai punya pasal…

Akhirnya surrender jugak. Beli buai + pengenjut letrik sekali. Fuh, itu rupanya yang dia nak.. Selamat le kitorang dari tragedi menjadi zombie tu.

Sepanjang tempoh membesar, Nadhirah tak banyak ragam. Dia cepat matang, mana taknya.. seawal umur 1 tahun 4 bulan dia dah ada adik (Danial).

Hari Sabtu (6 Nov), jiran kitorang merangkap ibu kepada bestfren Nadhirah telah menghadiahkan 10bj cupcakes pelbagai perisa. Alhamdulillah, murah rezeki kak Has.

image 
Cantik dan sedap.


Esoknya pulak, Daddy belikan kek besar untuk Nadhirah. Beli kat kedai di BSP jer… Sokonglah produk tempatan. hehe..


 IMG_2817
Choc + Strawberry cake
Rasa yang tidak mengecewakan


IMG_2826
The happy face..


IMG_2827 
Lebih kurang 4 bulan lagi, turn Danial pulak. Sabar ehh? =)


Hadiah? Dah bagi awal2. Nadhirah minta Daddy hadiahkan Magic Colour, White Board dan Marker Pen. Sonang baitu… hehe. Bagusla kakak, tak mintak Barbie @ Dora. Selamat poket Daddy…


IMG_2810 
Tu dia.. dah selamat digantung pun. Rumah kami sekarang tak ubah seperti sebuah tadika. huhuhu… Tapi bagus jugak ada whiteboard ni. Nadhirah selalu ajar Danial membaca & menulis disitu. Garang pun boleh tahan juga, cikgu Nadhirah ni…

Yang tak bestnya, kadang2 hasil kreativiti diorang tu bukan sahaja di atas whiteboard. Tapi melarat juga ke dinding.. dan karpet. Huwaaaaaaaaaa…….

Khusyuk Sangat…

Terima kasih kepada Daddy di atas idea beliau meletakkan meja komputer di ruang tamu. Tujuan asal nak buat tempat study, akhirnya yang lain semua tumpang semangkuk. Baru la best sikit nak online, tak terpengap dalam bilik lagi..

 


IMG_2902Danish. Kebolehannya bermain computer games tidak dapat disangkal lagi. Tangan dah cekap mengendalikan mouse. Setakat MS Paint tu, dia dah boleh melukis bentuk dan warnakan sekali..


IMG_2901Baik punya lentok? 


 
IMG_2903Ler.. tido rupanya.
Sebelah tangan siap landing atas keyboard, tu yg mahal.. hehe.
Tido pun kena ada gaya.



Selingan:

IMG_2904 
Tikar dah selamat kena conteng dengan marker pen. Suspect tidak dapat dikenalpasti. Kemungkinan besar adalah Danial, sebab Danish tak mengaku bila ditanya. Selalunya Danish tu, kalo dia yang buat pasal, tanpa segan silu dia mengaku.. even kalo terkentut pun dia cakap “Mummy, tadi Danish kentut busuk…”.

Danial pulak, bila ditanya dia tunduk jer, geleng2 kepala sambil sebut nama Danish.. Oh, takut nak tenung mata Mommy yer Bang? Macam menyembunyikan sesuatu jer…

Adeh, cuti sekolah belom bermula.. Mommy dah terasa bahangnya.

03 November 2010

Sesekali ku rasa teringin

IMG_9652kemarau

 
IMG_9654 banjir

 

Sabtu lepas beli 2 bungkus laksa. Oleh kerana dah kenyang makan macam2 maka simpan dulu laksa tu dalam petisejuk.

Hari Selasa baru teringat nak makan. Rupanya dah basi.. huhuhu. Sedih.

Sekarang sape volunteer nak masakkan laksa untuk saya??
Kepingin banget dong!

01 November 2010

Aktiviti Hari Sabtu

Sabtu lepas, temankan WGS study kat sekolah dia. Selalu jugak kitorang ke sini. Kawasan yang lapang dan tak ramai orang.


IMG_2682 
Lengang. Punyalah seronok mereke ber-3 dapat menguasai gelongsor dan buaian disitu. Buat macam rumah sendiri.



IMG_2684
Lain kali datang nak bawak bola dan layang2.


IMG_2692 
Fav pic. Tak jemu mata memandang.



IMG_2686
Dapat melihat ERL meluncur laju. Yang paling seronok dah tentu anak2.


IMG_2688 
WGS sedang tekun mengulangkaji pelajaran.



IMG_2690
Sesekali Mem datang menyebok. Nak tolong buat assignment, tak reti. Jadi tolong tengok je la.



IMG_2657
Susah betul nak suruh pandang kamera bila dah leka bermain.



IMG_2666 
Yeeha.. tak perlu berebut dengan orang lain.



IMG_2674
Nak tonggang terbalik pun takde orang nak marah.



IMG_2693
Apesal kaki bersilang tu, Danial? Spoil la..



IMG_2698 
Sorang anak Daddy, sorang anak Mummy. Kadang2 geng, tapi yang selalunya bergaduh... issk.



IMG_2711
See? Memang anak Mummy. Mata, hidung, kening, dagu, mulut, pipi.. memang copy paste. Kulit je tak berapa nak sama.



IMG_2713
Bila dah puas main, semua kacau Daddy. Ajak balik.



IMG_2717
Sementara itu, budak 2 orang ni dah mula ‘buat kerja’…



IMG_2720
Tu dia.. budak berdua ni kalau buat kerja terlarang memang hebat.



IMG_2721
“Hish.. sebok aje lah Mummy nih! Jangan la kaco Abang!”


IMG_2732
Sebelum pulang, singgah sebentar di kandang kuda UPM. Cuma Nadhirah yang berani bergambar. Danial takut. Sebab masa kecik dia ada pengalaman digigit kuda dah disepak oleh kambing. hehehe.



IMG_2729
Di akhiri dengan gambar haiwan yang paling ‘kekekut’ ini.
=)

Sekian.