Sabtu lepas kami ke Kuala Selangor untuk mengunjungi SYABAS, nak setelkan urusan x-house kami di Puncak Alam tu ler.. Jauh betul rasanya perjalanan dari Bangi-Kuala Selangor. Rasanya macam hampir sama jarak Bangi-Muar. Habis gak le minyak setengah tangki.
Setel urusan di Syabas, kami meneroka Bukit Malawati pulak.. Hujung minggu, pengunjung perlu naik TREM utk ke atas. Tak boleh drive keta sendiri. Tiket cuma Rm2.00 je..
MakBudak² mmg exited. Masa naik ok, slowly jer. Dapat la tgk pemandangan yg menghijau. Tapi masa turun (driver lain, budak muda).. Mak aih. Laju gila. Dah le turun bukit. Kat satu tempat ni, trem terpaksa buat u-turn.. u-turn pun dia bantai laju. Kurang waras punyer driver. Lupa pulak aku nak salin no plate trem dia tu. Mangkuk betul.. Jom la layan gambar.
Danial excited dpt jalan²..
Danish sekarang dah boleh duduk seat belakang. Dulu tak suker.
Nadhirah yang sentiasa nak berkepit dengan Mommy..
Mommy eksen baju F1 Sepang Circuit.. Ihsan dari Daddy :) Tenkiu!
Pakej lawatan ke Bukit Malawati.. Detail: Baca sendiri.
Pelbagai cenderahati dijual di tempat menunggu TREM
Mommy beli kipas.. Posing macam bagus. :P
Danial & Danish dpt kipas gak, kipas gula².. tapi On the way turun bukit, Kipas Danial tercicir atas seat TREM. Sian...
Ini la rupa bentuk TREM itu. Anak² i panggil ni KETAPI.
Posing di
kokpit Kepala Ketapi...
Mummy & Nadhirah.. Selebet tul anak dara aku sorang tu. Skrg ni mood dia asyik nak berbaju lengan panjang jer, takut kena gigit nyamuk katanya.. siang2 pakai camtu mana tak panas!
Daddy
ditugaskan menjaga hero² kami..
Alhamdulillah, berjaya sampai di atas.. posing di meriam. Nanti korang tak percaya pulak.. Susah betol nak suruh memasing tgk camera.. manjang nak buat aksi sendiri. huh!
Mercu tanda Bukit Malawati.. Rumah Api
Baitul Hilal.. tempat
skodeng melihat anak bulan
Masuk sini pulak.. Free jer. Yg bestnya, kamera dibenarkan berfungsi di dalam muzium ini..
Gambar di bawah..
Just wonder, camana depa buat ngan tangan aaa?
Gambar di bawah...
Hehe.. cam kelako jer kan.
Lagi daya penarik Bukit Malawati.. Unik la diorang ni punyer kaler. Tempat lain takder tau kaler camnih..
Susun galur pemerintah² negeri Selangor.. Klik utk lihat lebih jelas. Nama orang dulu² sgt unik.
Ini adalah pakaian polis pada zaman sebelum merdeka..
Danial & Danish takut betul ngan patung² nih.. Nampak jer, mencicit diorang lari.. Tula, kemain sgt berlari sana sini.. tau pun takut!
Senjata / perisai... Nadhirah berminat nak baca sumer detail kat situ. Tapi kitorang nak cepat, almaklumla.. hero 2 org tu dah macam lipas kudung.. tak bley diam. heheh
Selesai melawat muzium, kami ke Taman Ikan Air Tawar pulak.. Tiket cuma RM2.00 jer.
Kat sini anak² Mami-Sue sgt teruja dapat tgk macam2 jenis ikan. Tak terlayan semua pertanyaan diorang..
Danish ralit melihat ratusan ikan keli kat dalam kolam tu.. Kitorang tinggalkan dia sorang² kat situ, dia buat derkk jer.
Ikan yang takder ekor. Dah kena mkn ngan kawan dia agaknya..
Yew... belut. Korang penah makan belut? Aku pernah di offer utk mkn KEPEREK BELUT kat opis.. ish. Ntah mana la diorang dpt beli makanan eksotik mcm tu??
Sebelum balik, kitorang singgah makan dulu.. masing² dah kebulur lapo. Ternampak pulak kedai makan An*i S*up U*tara.. tgh buat promosi pembukaan. Semangkuk RM2.00. Ok le tu, sup mmg fav anak² Mami-Sue. Nadhirah cuma makan 1 suap jer, dia kata tak sedap. Tapi yg lain belasah sampai licin..
Hasilnya, sampai ke hari ini perut kitorang meragam.. sumer kena c*rit b*rit.. adoi! Nyesal betul mkn kat situ. Apa nak buat, nasib badan.. selama ni makan kat branch S.Alam okey jer.. isk.