Pages

25 January 2013

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

@ Bandar Baru Bangi

 

 

mari belajar bahagian2 daging lembu supaya tidak tersilap ketika membuat pesanan

 

 

ini apa yang kami pesan:

 

WP_001193

Seafood Chowder in Boulla Bread

-danial punya. budak ni memang suka soup. dah dapat soup, makanan lain dia tak heran. letak la ayam golek ke, kambing golek ke… “aku aku kesah??”

 

 


pizza

-utk danial juga. danish & nadhirah ambik sorang sekeping

 

 

WP_001194

ceasar salad
-daddy punye. mem tompang makan sekali.daddy kata masa dia dok US dulu, hari2 makan salad ni. so, mummy pun kena la belajar makan salad. mana tahu nanti nak dok US, senang la sket. ntah2 daddy bawak pegi Ulu Selangor aje. haha

 

 

WP_001195

sirloin steak wt blackpepper sauce

-nadhirah punya. makcik ni memang peminat tegar blackpepper sauce. makan nugget pun nak cicah blackpepper sauce. nasib baik mummy dah tahu buat sos sendiri. terima kasih kepada google.

 

 

t-bone steak

-daddy punye. nadhirah kata sebab daddy orang jawa, sebab tu daddy order daging yang ada tulang. motif??

 

 

WP_001196

rib eye steak wt bbq sauce

-mem punya. tapi sauce tu tak sedap. manis. BBQ sauce brand Knorr yang jual kat pasaraya tu lagi sedap.

 

 

tenderloin steak

-danish punya. budak kecik yang selera besar. habis pulak tu dia makan sorang. kitorang dapat la tompang sorang sikit. malangnya, sampai rumah, habis dimuntahkan semua… pening agaknya. dah bukan rezeki, masuk perut pun boleh keluar balik.

 

 

padangan keseluruhan:

 

ok la, makan kat sini. servis cepat, takde masalah. menu jelas, senang paham. lagi2 ada diagram gambo lembu tu.  cuma sup sedikit masin.

steak danish paling sedap. yang lain ada bahagian2 yang liat.

 

sauce, ok la. biasa2 aje. tak de la sedap sangat sehingga teringat-ingat. tapi, BBQ sauce memang fail. tak sedap langsung. err,mengikut citarasa aku la. orang lain aku taktau.

 

kentang tak cukup lembut. dah sejuk pulak tu.

 

sapa2 nak datang sini, dipersilakan. tapi kitorang mungkin tak datang lagi, sbb dah pernah rasa steak yang lebih sedap daripada ini. =)

 

 

 

*sebahagian gambar adalah dari facebook WISH dan google.

 

 

 

 

 

 

18 January 2013

Yeay, we make it!

 
 
 
Funny Anniversary Card for Husband or Wife 
 
 
 



 
 
semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga

amin

07 January 2013

4 hari 3 malam yang awesome

PC230020

menaiki kapalterbang merah ke langkawi

 

 

PC230016

PC230018

budak 3 orang ni sangat2 teruja. maklmle, pertama kali..

 

 

PC230034

tak cukup makan maggi kat umah, nak merasa pulak makan maggi kat atas awan.

merasalah daddy kena bayar RM36 utk 3 cawan maggi dan 3 kotak milo.
syabas anak2 ku, bab mengepow bapak, korang memang hebat.

 

 

PC230050

urusan menyewa kereta di airport.
mahal betul rate kereta sewa masa cuti skolah.
RM100/hari utk wira. kalao nak kereta jepun, paling cikai RM150/hari.
kalau dah 4 hari? fuhhh, boleh beli set corelle mak.

 

 

PC250355

kereta sport kami sepanjang di langkawi. ekzos besar, mengaum macam harimau lapar.

dari dalam bilik dah boleh dengar bunyi enjin kereta ni. nasib baik la telinga kitorang takde masalah lepas balik langkawi. kalo tak memang aku nak saman je kompeni sewa kereta tu. minyak kuat pulak tu, RM45 utk 3 hari. gila. tagline yg sesuai utk kereta ni, “bunyik macam ribut, lari macam siput”.

 

 

menginap di Awana Porto Malai
hotel yang sangat selesa. kalao ada rezeki lagi ke langkawi, akan menetap lagi disini.
(WGS kalau baca ni, memang dia tensen je.. hahah)

 

 

PC230052

keadaan bilik pada hari pertama sampai, sebelum dikerjakan oleh hero2 dan heroin kami. satu katil king size dan sebuah sofa. ni konfem la ada yang kena tdo atas sofa tu nanti… tak muat katil nak tido berlima.

 

 

PC250405

rupa2ya sofa kat hujung tu adalah sofa-bed. yesss!

itupun WGS yang perasan. dia kata ada bunyik spring masa duduk situ.

selamat laaaaa, takde berhimpit2 kat katil.

 

 

PC240116

 

PC240102

aktiviti pada petang tu, cuma berendam dalam pool. best, takde orang.

boleh feeling berendam dalam pool di rumah sendiri.

 

 

 

malam tu dinner kat restoran thai kat pantai chenang.

again, daddy kopak kena kerjakan dengan danish.
danish order lobster & udang harimau.

anak2 makan sedap, mak bapak makan telur dadar aje la…

syabas anak2 ku… T T

 

 

PC240200

trip ke island hopping (tasik dayang bunting, pulau beras basah dan eagle feeding)

sewa bot hotel aje, Rm45/adult dan RM25/kid. dengar cerita harga ni mahal dari sewa kat luar. untungnya bot tak penuh, cuma kitorang satu keluarga dan sorang mamat iraq. and pemandu boat pun flexible, ikut masa kita. lama mana nak stay kat satu2 pulau, terpulang. mamat iraq tu pun nak taknak kena ikut masa kitorang jugak. hehe

 

 

PC240213

subahanallah, indah sungguh ciptaan Allah

 

 

PC240216

itulah dayang bunting nya. tengah baring. dari kanan, kepala, breast, perut dan kaki…

 

 

PC240229

sampai sudah.

 

 

untuk sampai ke tasik, perlu mendaki dan menuruni anak tangga yg agak tinggi.

mengah jugak la.. fuhhh.

sumber gambar

 

 

tasik dayang bunting darikejauhan

sumber gambar

 

 

PC240252

budak2 boleh mandi kat kolam kecik

 

 

PC240234

PC240248

mak bapak syiok berendam dalam tasik…

nak mandi kat sini kena pakai life jacket, sbb kedalaman tasik ni katanya melebihi 10m. life-guard pulak takde. sapa2 yg terer tu, taknak pakai life jacket takper (sbb kena sewa). tapi apa2 risiko tanggung sendiri la..

 

 

PC240280

ni kat pulau beras basah. tempat utk mandi manda.. pantai yang bersih dan cantik. sesuai utk budak2.

 

 

PC240281

budak ni sehari suntuk main air pun tak kisah.

 

 

PC240293

oleh WGS

I is malas nak tertonggeng2 menulis dalam pasir.

^__^

 

 

PC240269

ni masa bagi makan helang. tu yg putih tu helang la.. kamera tak bape nak canggih, camtu la. nak lebih canggih korang pena pergi sendiri. baru tahu…

 

 

PC260450

dalam perjalanan balik. kelihatan awan memutih…

sambil aku berangan2 nak ke langkawi lagi tahun 2013 nanti.

agak2 kalau kumpul RM50 sebulan cukup tak ye. tak cukup utk beli tiket atau bayar hotel, dapat beli selipar jepun kat chenang pun jadikla. sbb kat chenang tu serba serbi mahal… selipar jamban pun sampai RM20. gila kentang.

 

 

ok, nak mula menabung skarang.

 

 

 

*danish eksen.

 

daddy, lepas ni tak payah lah naik air asia lagi. tak best. kita naik la malaysia airlines pulak….

 

hua hua hua..

 

ini baru namanya anak bapak.

=)