Pages

30 August 2012

Saya sayang Malaysia

 

Malaysia Tanah Airku


Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa


Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang


Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia


Malaysia negeri ku Malaysia
Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku

 

 

 

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55.

Semoga keamaan dan kedamaian yang kita kecapi hari ini akan berpanjangan sampai bila-bila. Amin.

 

 

 

 

*sumber image

29 August 2012

Cerita Raya 2012

Tahun ni giliran beraya di Selayang, setelah 2 tahun beraya di Muar atas sebab2 tertentu. Rasa bersemangat pulak sambut raya tahun ni. Siap tempah baju sedondon lagi.. Dah lebih kurang 6 tahun tak menempah baju, beli siap aje…

 

Alhamdulillah, my sis pun raya kat Selayang jugak. Meriah la sikit… mana taknya, adik beradik cuma 4 orang. Sorang dah beraya di Kedah.. tinggal la kitorang bertiga anak beranak beraya bersama abah.

 

Jom tengok gambar-gambar yang sempat di rakam

 

SELAYANG

 

 

P8200048

Anak buah yang semakin membesar. Paling tinggi tu, Hariz. Then, Safwan.. And paling comel (uhukkk,, bluweeek) Farahin. Semua ni anak kaklong. Agaknya masa pregnant Hariz dulu, kaklong mimpi jumpa hantu galah kot. Sbb tu Hariz tinggi mcm galah… hehe.

 

 

P8200053
Yang belakang tu, kakak ipar. Bisneswoman berjaya. Handal dalam aktiviti bakar membakar. Bakar roti, bakar biskut, bakar kuih.. bakar rumah aje tak.

Sila lawati blog beliau di  http://azurabakeryncookies.blogspot.com/

 

 

P8200062

Tuan tanah bersama ayahanda kesayangan ramai.

 

 

P8200064

OTW beraya ke rumah BFF arwah emak, iaitu Makcik Sham. Seronok pulak jalan kaki ramai2 macam ni. Tahun depan kita buat lagi ye. Boleh pergi umah Makcik Nab, Makcik Yam, Makcik Nah… eh??

 

P8200080
Makcik Sham. Dia lah pengubat rindu kitorang pada arwah emak. Mendengar dia bercerita membuatkan kami tidak kering gusi… Err, kain baju berlonggok tu adalah untuk perniagaan beliau. Makcik Sham meniaga pakaian/cadar bundle di pasar Ahad Stadium Shah Alam setiap minggu.

 

P8200081

bukan main khusyuk safwan mendengar celoteh makcik Sham ye?

 

 

P8200127

ohh.. ni waktu beraya ni kampung abah, di Jeram. with Azim and Arisya.

 

 

P8200049
Antara tetamu yang datang beraya.Punyelah ramai tetamu yang datang..  maka terpaksalah saya menjawat jawatan tetap pada hari itu sebagai tukang cuci… huhu.. Apapun, Alhamdulillah, tetamu kan pembawa rezeki.

Banyak agaknya duit raya yang Abah dapat hari tu.. hehe.

 

 

MUAR

 

P8230185

bersama mertua.

 

P8230191

with ipar duai dan biras. masing2 kontrol ayu

 

 

P8230197

alololo… hensem anak bujang mak.

eh, apesal JIM?

 

P8230202

mereka bertiga mempunya kamera canggih. tapi takde sorang pun yang upload gambar raya kat pesbuk. cisss…

 

 

P8230195

rekod terbaik, semua dapat berkumpul pada hari raya kali ini. 39.5 orang kesemuanya. (0.5 tu ada dalam perut ayu…) . dengan gelagat 39 orang ni la, setting tempat duduk je makan masa selama 30min. fuuhh…

 

P8230216

mertua bersama anak2 perempuan dan menantu hantu perempuan mereka yang gojes semuanya

 

 

P8230222

Abah datang beraya ke rumah besan. Yeayyy! Kemeriahan berganda

 

 

P8230226

lagak seorang YB membuat lawatan ke kebun yg sekangkang kera

 

 

P8230232

mereka dipaksa beraya di dalam kebun. kesian umairah, kene gigit nyamuk ye?  lenkali sebelum masuk kebun, lumur badan ngan minyak mastika dulu..

 

 

P8230234

memetik nenas di hari raya.

ko mampu?

 

 

P8230243

sebahagian hasil yang diperolehi

nenas yang manis, hanya di muar.

:)

 

P8230245

keberangkatan pulang ayahanda ke Selayang.

 

 

tamat

Tak dapat duit, point pun jadi

Assalamualaikum.

Kembali bersiaran setelah begitu lama menyepi. Hari ni baru ada semangat nak update… itupun setelah mendapat hadiah dibawah sebagai motivasi meng-hapdet blog.

memperkenalkan gadjet terbaru saya, Olympus VH-210 digital camera. Diperolehi dengan menebus point kad kredit en. suami. kata beliau “tak dapat duit, point pun dia belasahhh..”. keh keh. itu memang kehebatan wanita yang tidak boleh disangkal lagi.

 

apapun, terima kasih tidak terhingga kepada beliau… kerana, sejak kami bersama, beliau tidak berkesempatan langsung menggunakan point kredit kad beliau. semua licin saya kerjakan. jam tangan, vacum cleaner, tupperware, dvd player dan terkini kamera.

 

I like..

 

later kita story-mory pasal raya ye.

 

daaaa

01 August 2012

Rahsia GARAM


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah  memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.


Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Sumber: FB