Budak kecik ni, kalau hari² makan pizza pun takpe. Bole kempis wallet kalau macam ni gayanya nak oiii…
Maka dengan itu, satu inisiatif telah diambil.
Beli ready made roti pizza di kedai, dan letak topping sendiri.
Ini le rupa roti tersebut. Mcam roti arab. Agaknya kalau guna roti arab aje pun bole….
Bahan-bahan:
Tomato puree (if guna sos Spaghetti lagi sedap), button mushroom, sosej, onion, capsicum, mozzarella cheese.
Letak tomato puree dulu ye adik²
Lepas tu, sukati le nak letak mana2 dulu. No rules! Last skali baru letak cheese.
Jom! Masukkan dalam oven…
Sebelom di bakar.
Hasilnya selepas dibakar.. Kekurangan cheese. Ni pizza edisi bajet. Haha
Ops, mana yang bikin sendiri punya???
Tada….! Menggunakan resipi crispy crust. Rupa agak menyedihkan. Rasa boleh tahan. Ni pizza le lempeng?? hahaha
Di hari yang lain, cuba resipi lain pulak.. Kali ni bikin crust yang tebal. Lembut dan gebu macam spongebob. Topping menggunakan bahan yg sedia ada dalam peti hikmat.
Hah! Kantoi, makan cheese aje ye??
Pizza sendiri bikin menambat selera semua. Walaupun rupa tak berapa cantik, rasa tetap meletop. Nak² kalau tengah lapar…
Sekarang ni, sana sini timbul isu tak halal. Nampaknya kena lebih berhati-hati jika makan di kedai. Dengar cerita, meatballs dah dikatakan sangat sedap itu, adalah tidak halal. Wallahua’lam..
Masak sendiri la… macam2 resipi ada di myresipi.com tu. Sila terjah sekarang.
^__^
No comments:
Post a Comment