Pages

19 May 2011

Hari Ibu 2011

Hari Ibu telah pun berlalu. Macam-macam cara Hari Ibu diraikan.

Aku, awal-awal lagi dah bagitau WGS… “Hari Ibu adalah hari cuti dari segala mak nenek kerja-kerja rumah (memasak-mengemas-mencuci-mennyidai-menyental-menggosok dll).” Dan ianya telah pun diwartakan dan akan digunapakai secara automatik di masa akan datang. Hebat bukan, penangan seorang IBU. hehehe…

Pada hari itu, kami telah ke Pusat Sains Negara (atas desakan Nadhirah, Danial, Danish). Seronok juga. Banyak ilmu yang diperolehi, bukan sahaja untuk kanak2, tapi juga untuk mak bapak…. Eh, aisey… gambar ada dalam HP WGS. Tak dapat la nak share kat sini..

Balik dari Pusat Sains, kami terus ke Jusco Equine. WGS bagi RM150 sebagai hadiah Hari Ibu.. “Sukatiko le nak lenjan beli ape pun. Tapi, setahun ko tak boleh mintak apa2 dah…” yeeeeeha!! Kedai pertama dituju adalah Lady Like. Ada diskaun sehingga 70%.. bagus!! Dapat le rembat 3 helai seluar jeans pada harga RM30… best kan??

Rupanya di Jusco, Nadhirah dan WGS berpakat belikan Kad Hari Ibu. Jom tengok apa isinya…

IMG_5878
Dari Nadhirah. Bunga pelesu tu dia beli di sekolah pada keesokkan harinya. RM1 aje. Cantik.

IMG_5879
Penuh dengan sticker. Macam2 ada..  Biasala, budak pompuan memang terlebih kreatif.

IMG_5880
Alolo.. so sweet!
Tapi agak2 seram pada perkataan “binasa” tu.. huhuh.

IMG_5881
WGS tompang tandatangan aje.
Nadhirah pun dah pandai tandatangan sendiri tau. Cantik jugak. Takde la macam tandatangan Mummy. WGS kata tandatangan aku macam tulisan Tamil.. cis!

Ok, jom tgk kad Danial pulak.

IMG_5882
Pandangan hadapan kad Danial.
Suci murni. Jom tengok apa ada kat dalam pulak..


IMG_5884
Penjelasan Danial: “Ada awan, hari hujan, ada kilat sabung menyabung. Ada 2 orang budak nak masuk rumah.”
Hmm, ape signifikan gambar tu dengan hari ibu yer? hehehe… Aku anggap 2 orang lidi tu ialah aku dan Danial. Ok.

IMG_5883
Danial tulis: I LEVE U MOM
Mommy said: I LEVE U TOO DANIAL..
Saksikan orang lidi itu, ape yang sedang dilakukannya?

IMG_5885
Penjelasan Danial: Orang ni tengah tido, lepas tu dia mimpi dia kena campak. Beg dia pun kena campak sekali.
T-T

Aku perhatikan, Danial suka melukis. Tapi, dalam hampir setiap lukisan dia, akan ada aksi tembak menembak, tumbuk menumbuk atau aksi2 lasak yang lain.. Pernah juga dia lukis Masjid, and ada orang keluar dari Masjid tu.. tapi, ada pulak orang jahat yang tembak orang keluar dari masjid. Jenuh la pulak aku nak terangkan kat dia.. “Orang yang pergi masjid tu orang baik2, tak bole la tembak dia…  bla, bla, bla….”

Huh, 2 kali seram aku malam tu…. hehehe.

6 comments:

k.long said...

hahaha..mummy binasa yg tak tahan tu..mcm ayat cerita otromen je..Danial pulak mmg dh trbukti kreatif dgn watak lidi dia..aduh,sakit perut aku tngok dn pahamkn apa makna cerita d sebalik kad dia tu..mmg kelakar.. ;))

KaMi said...

sakit perut... sakit perut.. ceerita danial ke laut betul... hehehe

Hasbuna said...

Binasa...woah...seeeram tu!

HazlisaNoor said...

hehehe kelakar anak2 sue..bijak2 belaka.

Mami-Sue said...
This comment has been removed by the author.
Mami-Sue said...

Kaklong: Orang lidi pun, ganas tau.

Najwa: Masa baca kad tu aku tergelak-gelak. Danial marah aku, dia kata aku ketawakan dia. Pastu aku terpaksa berlakon serius. Takut dia merajuk, taknak tulis lagi. hehe

Kak Hasbuna: Ntah mana datang perkataan binasa tu. Mana dia dengar agaknya... musykil.

Kak Ieja: Kreatif sampai tak tercapai akalku... :)