Sempena cuti Hari Wesak yang lalu, kami mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga. Dah lama juga tak layan budak2 ber-3 ni berbasikal di luar. Selalu pergi KUIS je, kali ni pergi jauh sikit… ke UPM @ sekolah WGS.
Nak angkut basikal, terpaksa la bawa kereta gemuk. (Kereta gemuk adalah panggilan Danish utk Innova). Selalu jalan dekat2 naik kereta biru je, laju dan senang mencilok.. heh.
Sebab apa ke UPM?? Apa yang best kat sana…?
Dapat tengok KLIA Express melintas….
Pemandangan yang cantik dan menghijau
Bunga ntah-ape-ke-nama-dia. Cantik.
Pemandangan pokok togel pun ada
Budak kecik ni kayuh lajuuuu je. Bila turun bukit, menggelabah kitorang kejar. Takut dia tak sempat brake, terus masuk tasik…
Budak suka bergayut. Tapi takut nak turun lompat sendiri. Budak gempak lebih… hehe
Danish meniru aksi koala bear.. Asal jumpa tiang je, mesti nak panjat. Nanti Daddy tanam pokok kelapa ye, senang korang bole prektis hari2.
Now senyum kena tutup mulot. Sebab pagar dah roboh… nanti lalat masuk.
Danish lumba lari dengan Daddy. Danial kalau lumba sekali, konfem dia yg kalah.. pipi berat sangat kot?
Huiiyo... Habis je lari, terus sambung pumping pulak.. Hebat betul Danish. Antara 3 beradik, dia yang paling ‘bertenaga’.
Layan jongkang-jongkit pulak. Best, takde orang.. jadi yang dewasa pun perasan jadi budak2 kejap… sapa la agaknya tu??
Oh.. ini la orang nya.
^_^
Sebelum balik, singgah kat pusat Ekuin UPM. Budak2 nak tengok kuda.. layan…
Danish tengah usap kepala anak kuda. Rupa2nya mak kuda tu tak suka. Dia keluarkan kepala dia nak gigit Danish. Nasib baik Pakcik Gafar sempat berundur… menggelabah jugak aku. hehehe… garang jugak kuda sebenarnya ye.
Sekian cerita hari ini. Esok2 cerita lagi. Jangan boring datang ‘rumah baru’ saya nih… kalau rajin, bole la klik2 kat iklan yang keluar kat atas tu. Lagi setahun dapat la aku RM50.. buat beli jajan. Hehe.
Selamat berhujung minggu.
2 comments:
aku klik ko nyer add, ko klik aku nyer add k...
hahaha.. roger.
Post a Comment