Pages

19 May 2011

Jalan-jalan di Karnival Gelombang Biru

Salam.
Minggu lepas pulang ke Muar kerana menghadiri kenduri ‘tingkepan’ tangkap cipan lompat tingkap adik ipar. Aka kenduri doa selamat 7 bulan mengandung. Semoga Pn. Norena & En. Md. Noor akan memperoleh zuriat yang comel dan sihat.

IMG_5054
Dulu berdua, tak lama lagi ber-tiga…
^__^

Berkesempatan mengintai di Karnival Gelombang Biru yang di adakan di Bt. 15, Air Hitam, Muo. Ape itu Gelombang Biru? Gelombang Celcom kah? Gelombang Dacing kah? Heh.. paham2 sendiri sudah la…

IMG_5892
Jalan sesak dengan kereta yang parkir di kiri kanan jalan

IMG_5894
Terima kasih kepada Abang RELA yang rela menjaga kelancaran trafik pada hari itu.

IMG_5895
WGS, Danish, Danial, Nadhirah dan Addina (anak kakak)
Bergambar di kenderaan bomba. Kat tempat macam ni aje yang bole nak bergambar dengan abang BOMBA dan peralatannya.

IMG_5897
Hish, budak ni. Mata ke mana…

IMG_5907
Dari kejauhan…
Eh, macam kenal pulak yang bercermin mata tu…
Tapi di mana ya? hehehe

IMG_5909IMG_5912
IMG_5910
Antara bahan pameran yang dipamerkan.

IMG_5914
SPR pun ada buka meja di sini. Mana kami telah pun menukar tempat mengundi. Harap2 sempat la diproses sebelum pilihanraya akan datang. Tak nak dah lagi meredah trafik jem semata-mata nak pangkah kertas.

IMG_5922
Persembahan yang ditunggu-tunggu. Aksi kuda kepang dan barongan. Syiokk ooh layan…

IMG_5923
Dengar cerita, kepala harimau/singa tu seberat lebih kurang 50kg. Bukan senang nak bawak, letak atas kepala pulak tu.. hebat, hebat.

IMG_5928
Diikuti oleh persembahan silat Bukit Naning. Pandangan dari belakang je, sebab segan nak ke depan dengan kamera kompak. Orang lain semua pakai kamera belalai gajah. Isk.. kena mulakan tabungan untuk memiliki kamera seperti mereka…



No comments: