Pages

Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

25 May 2011

Thank You, I Lap You.

Peringatan: Segala gejala dan akibat yang anda alami setelah membaca entri ini, tidak ditanggung oleh penulis.
Al maklumla. dah petang² ni, sejuk pulak tu… perut mulalah buat irama pop-rock. Ehehe..

Ntah ape hal semalam, semangat ke dapur hilang. Dah cari semua tempat, bawah meja, atas lemari, dalam peti ais, tapi tak jumpa… (Ok ke alasan camtu, kalo rasa OK korang bole la tiru)

SMS kat WGS, bgtau ayat keramat ni:
”Adoiiii…. tak tahu nak masak apa…”

Dia balas:
”Nak makan kat kedai ke? Pizza Domino nak?”

ngeh ngeh ngeh
Senyum sampai ke telinga. Pucuk dicita, ulam mendatang.

Maka dengan ini, tataplah hidangan makan malam kami malam semalam…

IMG_6124
Kotak sempena promo X-Men

IMG_6125
Chicken Papperoni

IMG_6126
Vegie Galore

IMG_6123
-tak tahu model apa-

IMG_6128
Chick Wings

IMG_6127
Onion Rings

Kalo agak² ngences (=terliur) sila terjah Domino berhampiran anda. Dijamin puas hati.

Err, tak habis pun semua tu… sambung buat sarapan pagi tadi.

23 May 2011

Home Made Pizza

IMG_6065
Budak kecik ni, kalau hari² makan pizza pun takpe. Bole kempis wallet kalau macam ni gayanya nak oiii…

Maka dengan itu, satu inisiatif telah diambil.

Beli ready made roti pizza di kedai, dan letak topping sendiri.

IMG_5839
Ini le rupa roti tersebut. Mcam roti arab. Agaknya kalau guna roti arab aje pun bole….

IMG_5834
Bahan-bahan:
Tomato puree (if guna sos Spaghetti lagi sedap), button mushroom, sosej, onion, capsicum, mozzarella cheese.

IMG_5840
Letak tomato puree dulu ye adik²

IMG_5842
Lepas tu, sukati le nak letak mana2 dulu. No rules!  Last skali baru letak cheese.

IMG_5846
Jom! Masukkan dalam oven…

IMG_5849
Sebelom di bakar.

IMG_5853
Hasilnya selepas dibakar.. Kekurangan cheese. Ni pizza edisi bajet. Haha

Ops, mana yang bikin sendiri punya???

 

 



IMG_5861
Tada….! Menggunakan resipi crispy crust. Rupa agak menyedihkan. Rasa boleh tahan. Ni pizza le lempeng?? hahaha


IMG_6061
Di hari yang lain, cuba resipi lain pulak.. Kali ni bikin crust yang tebal. Lembut dan gebu macam spongebob. Topping menggunakan bahan yg sedia ada dalam peti hikmat.

IMG_5856
Hah! Kantoi, makan cheese aje ye??

Pizza sendiri bikin menambat selera semua. Walaupun rupa tak berapa cantik, rasa tetap meletop. Nak² kalau tengah lapar…

Sekarang ni, sana sini timbul isu tak halal. Nampaknya kena lebih berhati-hati jika makan di kedai. Dengar cerita, meatballs dah dikatakan sangat sedap itu, adalah tidak halal. Wallahua’lam..

Masak sendiri la… macam2 resipi ada di myresipi.com tu. Sila terjah sekarang.

^__^