Arwah Uyut (duduk di tengah) ketika bertandang ke BSP hujung tahun lepas. Kembali ke Rahmatullah pada 30 Mei 2011. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Uyut seakan tahu ‘masanya sudah tiba’. Dia telah memohon ampun dan maaf kepada semua yang menziarahnya ketika sakit. Uyut juga menentang untuk di bawa ke hospital. Wallahua’lam.
31 May 2011
Al-Fatihah
26 May 2011
Kisah semalam
Maka tersebutlah kisah….
Seorang budak kecik telah menghabiskan sebotol….
sumber imej: googled
dalam masa hanya 10 minit (atau kurang).
Hebat bukan? Sila berikan tepukan gemuruh untuk beliau…
”Saya okey, sila jangan risau. Saya ingat kalau dah makan sebotol, saya akan dapat power macam Otromen. Tapi takder. Mungkin vitamin brand lain lebih sesuai.. Oh, Vit.C Appeton ada gambar Batman kan?? Hehehehe.. saya akan POW mak saya esok!”
imej: googled
”Ko jangan macam² lah Danish oiii…”
25 May 2011
Thank You, I Lap You.
Peringatan: Segala gejala dan akibat yang anda alami setelah membaca entri ini, tidak ditanggung oleh penulis.
Al maklumla. dah petang² ni, sejuk pulak tu… perut mulalah buat irama pop-rock. Ehehe..
Ntah ape hal semalam, semangat ke dapur hilang. Dah cari semua tempat, bawah meja, atas lemari, dalam peti ais, tapi tak jumpa… (Ok ke alasan camtu, kalo rasa OK korang bole la tiru)
SMS kat WGS, bgtau ayat keramat ni:
”Adoiiii…. tak tahu nak masak apa…”
Dia balas:
”Nak makan kat kedai ke? Pizza Domino nak?”
ngeh ngeh ngeh
Senyum sampai ke telinga. Pucuk dicita, ulam mendatang.
Maka dengan ini, tataplah hidangan makan malam kami malam semalam…
Kotak sempena promo X-Men
Onion Rings
Kalo agak² ngences (=terliur) sila terjah Domino berhampiran anda. Dijamin puas hati.
Err, tak habis pun semua tu… sambung buat sarapan pagi tadi.
24 May 2011
Pendek sudah…
Sebelum kejadian. Gambar diambil pada 6/5/2010.
Ihsan dari kamera godang En. Kojek.
Selepas kejadian… Pendek sudah!
22/5/2011
Terima kasih kepada buruh kasar kita pada hari itu. Tak lain tak bukan, tuan rumah sendiri. Puan rumah tukang tengok aje. Eh, ada la tolong potong sesikit guna cutter. Berpeluh jugak ketiak nih… heh.
Multi-tasking gitu.
Memotong + merokok = mengokok.
Hebat! Adik² di bawah umur sila jangan tiru ya.
Selingan:
Rindu sangat sama ini budak…
Dahlia!!!! Bila nak datang umah amicu? Nanti amicu buatkan pizza, nak???
23 May 2011
Home Made Pizza
Budak kecik ni, kalau hari² makan pizza pun takpe. Bole kempis wallet kalau macam ni gayanya nak oiii…
Maka dengan itu, satu inisiatif telah diambil.
Beli ready made roti pizza di kedai, dan letak topping sendiri.
Ini le rupa roti tersebut. Mcam roti arab. Agaknya kalau guna roti arab aje pun bole….
Bahan-bahan:
Tomato puree (if guna sos Spaghetti lagi sedap), button mushroom, sosej, onion, capsicum, mozzarella cheese.
Letak tomato puree dulu ye adik²
Lepas tu, sukati le nak letak mana2 dulu. No rules! Last skali baru letak cheese.
Jom! Masukkan dalam oven…
Sebelom di bakar.
Hasilnya selepas dibakar.. Kekurangan cheese. Ni pizza edisi bajet. Haha
Ops, mana yang bikin sendiri punya???
Tada….! Menggunakan resipi crispy crust. Rupa agak menyedihkan. Rasa boleh tahan. Ni pizza le lempeng?? hahaha
Di hari yang lain, cuba resipi lain pulak.. Kali ni bikin crust yang tebal. Lembut dan gebu macam spongebob. Topping menggunakan bahan yg sedia ada dalam peti hikmat.
Hah! Kantoi, makan cheese aje ye??
Pizza sendiri bikin menambat selera semua. Walaupun rupa tak berapa cantik, rasa tetap meletop. Nak² kalau tengah lapar…
Sekarang ni, sana sini timbul isu tak halal. Nampaknya kena lebih berhati-hati jika makan di kedai. Dengar cerita, meatballs dah dikatakan sangat sedap itu, adalah tidak halal. Wallahua’lam..
Masak sendiri la… macam2 resipi ada di myresipi.com tu. Sila terjah sekarang.
^__^
Sila Ambil Perhatian!
Perenjis ASID kini di Sepang (Cyberjaya)
19 Mei 2011 : Dengkil, Sepang.
Berita terbaru hari ini yang sudah disahkan bahawa penyimbah asid yang berleluasa yang telah menyimbah asid ke lebih 30 wanita di Kuala Lumpur sudah berpindah operasi dan mula melakukan kegiatan jenayah di Daerah Sepang. Terbaru kejadian petang tadi seorang lelaki India telah menyimbah seorang wanita di jalan Cyberjaya - Seri Kembangan. Kenderaan dikenalpasti yang dinaiki suspek adalah Honda EX5 Hitam bernombor pendaftaran WPV4963.
Kepada semua ahli Skuad^Pemantau dan penduduk kawasan berdekatan, bantuan adalah diharapkan untuk menyalurkan maklumat jika terjumpa kenderaan tersebut yang dinaiki oleh seorang dari kaum India. Sila lapurkan kepada mana-mana balai polis terdekat.
*Sumber dari http://www.bandarseriputra.info/
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haish… macam² perangai manusia sekarang ni. Baca lah doa keluar rumah sebelum ke mana-mana. Ayat Kursi pun bagus di amalkan sebagai pelindung. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya.
Doa keluar rumah
22 May 2011
Tanah Runtuh di Hulu Langat
Semoga mereka yang terkorban dalam tragedi ini ditempatkan bersama mereka-mereka yang dikasihiNya.
Al-fatihah.
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat
- Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA
- Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala 9 mangsa yang terperangkap selamat.
Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya. Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.
Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.
"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.
- Bernama
Enam belas yang terkorban ialah:
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10
Sembilan yang terselamat ialah:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10
Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA
20 May 2011
Santai di sekolah Daddy
Sempena cuti Hari Wesak yang lalu, kami mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga. Dah lama juga tak layan budak2 ber-3 ni berbasikal di luar. Selalu pergi KUIS je, kali ni pergi jauh sikit… ke UPM @ sekolah WGS.
Nak angkut basikal, terpaksa la bawa kereta gemuk. (Kereta gemuk adalah panggilan Danish utk Innova). Selalu jalan dekat2 naik kereta biru je, laju dan senang mencilok.. heh.
Sebab apa ke UPM?? Apa yang best kat sana…?
Dapat tengok KLIA Express melintas….
Pemandangan yang cantik dan menghijau
Bunga ntah-ape-ke-nama-dia. Cantik.
Pemandangan pokok togel pun ada
Budak kecik ni kayuh lajuuuu je. Bila turun bukit, menggelabah kitorang kejar. Takut dia tak sempat brake, terus masuk tasik…
Budak suka bergayut. Tapi takut nak turun lompat sendiri. Budak gempak lebih… hehe
Danish meniru aksi koala bear.. Asal jumpa tiang je, mesti nak panjat. Nanti Daddy tanam pokok kelapa ye, senang korang bole prektis hari2.
Now senyum kena tutup mulot. Sebab pagar dah roboh… nanti lalat masuk.
Danish lumba lari dengan Daddy. Danial kalau lumba sekali, konfem dia yg kalah.. pipi berat sangat kot?
Huiiyo... Habis je lari, terus sambung pumping pulak.. Hebat betul Danish. Antara 3 beradik, dia yang paling ‘bertenaga’.
Layan jongkang-jongkit pulak. Best, takde orang.. jadi yang dewasa pun perasan jadi budak2 kejap… sapa la agaknya tu??
Oh.. ini la orang nya.
^_^
Sebelum balik, singgah kat pusat Ekuin UPM. Budak2 nak tengok kuda.. layan…
Danish tengah usap kepala anak kuda. Rupa2nya mak kuda tu tak suka. Dia keluarkan kepala dia nak gigit Danish. Nasib baik Pakcik Gafar sempat berundur… menggelabah jugak aku. hehehe… garang jugak kuda sebenarnya ye.
Sekian cerita hari ini. Esok2 cerita lagi. Jangan boring datang ‘rumah baru’ saya nih… kalau rajin, bole la klik2 kat iklan yang keluar kat atas tu. Lagi setahun dapat la aku RM50.. buat beli jajan. Hehe.
Selamat berhujung minggu.