Pages

29 March 2011

Nasib Baik Ada Panel….

IMG_5303
3 orang punya ubat. Mummy, Nadhirah & Danish.

Seluruh badan Danish ada ruam2 halus. Demam panas… sirap Paracetamol pun tak jalan. Supp Voren baru ok. Doktor bagi antibiotik. Tapi kalau esok masih demam, kena buat ujian darah. Ditakuti demam denggi. Issk, harap2 bukan la yang itu.

Nadhirah pulak sakit tekak.. tonsilitis. Malam semalam tak makan langsung, sakit nak telan. Maka hari ni MC….

Mummy cuma mintak ubat alergy aje. Biasalah, kulit high-maintenance. Jenis kulit ngada-ngada. Pantang silap sikit, gatal la, menggelupas la.. sabo je la aku.

Syukur sebab kompeni WGS tanggung semua bil perubatan kami sekeluarga. Bulan ni je, 4 kali ke klinik…  tu kalo kena bayo sendiri… isk, kempis jugak poket..

Doakan kami sihat sejahtera seperti biasa ye!

Luv u all..

28 March 2011

Crispy Fired Bread

Selamat pagi Isnin ye kakak-kakak semua. Hari ni saya nak berkongsi resepi istimewa yang saya dapat dari myresipi.com.

Resepi yang mudah, ringkas dan yang pasti hasilnya tidak mengecewakan. Rasa sekali pasti nak lagi.. betul, tak tipu punya.

IMG_5293
saya namakannya:
”Segitiga Emas tegak Berdiri”



Resepi seperti di bawah:

Bahan-bahan
8 keping roti
Serikaya – Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula (gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng) warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa.. nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

    sumber dari SINI 

IMG_5295
Hidang bersama secawan nescafe ‘o’ kaw punya
memang mantop!

25 March 2011

Kisah Kerbau, Kelawar dan Cacing

Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibril pergi menemui seekor kerbau dan meminta Malaikat Jibrail bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril mematuhi perintah itu.

image

Oleh sebab hari panas, kerbau itu berendam di dalam sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Wahai kerbau, adakah kamu gembira dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”.

Kerbau menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku seekor kerbau. Ini berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”.

image

Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril pun segera pergi menemui kelawar di dalam gua lalu bertanya, “Wahai kelawar, adakah kamu gembira dijadikan Allah sebagai seekor kelawar?”.

Kelawar menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku seekor kelawar dan tidak menjadikan aku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan bergerak menggunakan perutnya”. jawab kelawar.

image

Kemudian, Malaikat Jibril pun pergi menemui cacing pula dan bertanya, “Wahai cacing, adakah kamu gembira dijadikan oleh Allah sebagai seekor cacing?”.

Cacing itu menjawab, “Masya Allah, aku bersyukur dijadikan sebagai cacing daripada seorang manusia. Jika mereka memiliki iman dan tidak beramal, mereka akan diseksa selama-lamanya.”.


Manusia yang tidak beriman adalah hina disisi Allah SWT berbanding makhluk yang sentiasa bersyukur atas nikmat Allah SWT.



Sumber cerita: Koleksi Cerita Teladan Islam (Ladybug Publishing and Distribution)
Sumber Imej: Google

22 March 2011

Kontrol Ayu


FotoFlexer_Photo1
lupe nak shave la.. sori eh.
hehe

21 March 2011

Pesta Makan Ayam


IMG_5159
3 ekor dah penuh sedulang


IMG_5160
zoom sket..
Seketul peha je bole penuh sepinggan. Terpaksa kerat 3.


FotoFlexer_Photo
Tu dia.. peha.

Selepas di kerat kepada 32 bahagian, maka ayam-ayam tersebut telah berubah bentuk, bau, rasa dan warna.

IMG_5177
Kita bako aje, kita bako!!


IMG_5183
Buruh kasar pada hari itu.
Tensen je brader dua orang ni, tuan umah beli arang dah expired.. Nasib baik oven baru tak jadi mangsa.
Smile


IMG_5193
Diam-diam curik makan ye???!


Menu pada hari itu:


Kari kapla ikan

IMG_5215
Ayam BBQ



Sup ayam
Oii, periuk mahal masuk blog. Satu donia leh tengok periuk Pak Lah.
Hehehe

image
Ayam goreng
Pic dari incik gugel


IMG_5208
Juri jemputan
Atok Andak


IMG_5202
Walau pun ayam ber’kaki ayam’.. tapi bile kaki ayam itu dijadikan SUP, huh… terangkat!!!

Semua tu ayam belaan abah, yang selama ni menjadi kontroversi. Bukan ape, bila abah bela ayam, susah betul nak ajak abah berjalan. Risau ayam tak makan la, anjing liar makan ayam la.. Ikut Abg Dee senang aje, bagi semua ayam tu MAKAN LUAR, abes citer.. hoho. Nangis le abah kalo camtu.

Sekali Abah sembelih, ha kauu! Semua senyum sampai telinga. Dapat mkn ayam free. Yang sedap.. tak kena injek, takde bau hanyir. Ayam yang makan “nasi ayam.” Sape bela ayam mesti tau makna lain “nasi ayam”…

Thank u abah, sebab belanja kitorang makan. Lepas ni Abah bela lah rusa pulak. Boleh kita buat sate rusa…

Terima kasih juga kepada chef sepanjang zaman, Kaklong. Masakan yang super duper sodap. Sehingga menjilat jari kaki….ayam.


2 ,3 ayam berlari,
Mana nak sama Ayam Pak Lah,
Sesekali berkumpul meriah begini,
Gelak sampai rumah macam nak roboh pun, aku tak kisah.

ha.. jawab la kalo berani

Sekian

Jamming 3 Generasi

IMG_5230
Atok Andak yang rancak bercerita pengalaman beliau jamming ketika muda-muda dulu.


IMG_5238
Kak N yang khusyuk mendengar. “Kini Atok Andak adalah IDOLA kak N. Bukan lagi PAPA. Sori ye Pa!”.


IMG_5240
Gitar sudah bertukar tangan.


IMG_5225
WGS dan YB terkasima mendengar petikan gitar Atok Andak. Goreng… jangan tak goreng!


IMG_5244
Tu dia.. gaya seorang sifu memegang gitar. Orang lain menggelabah tengok kord, Atok Andak dengar je terus goreng… Hebat!!

Broery Marantika, Spring, A Ramli, Aizat, Awie, Ibnor Riza dan lain2… Macam2 jenis lagu diperdendangkan oleh WGS dan diiringi oleh petikan gitar Atok Andak dan Abg Dee.

Untuk makluman, waktu kejadian adalah 12:32:06 AM. Kepada jiran sekeliling, maafkan kami. Harap tidor anda tidak terganggu.
Smile

17 March 2011

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011


image

IMG_5121
Lokasi di padang berhadapan MOF.


IMG_5097
Sempat posing sekejap sebelum masing2 menggelupur sebab kena serang dengan kerengga. Hahaha…


IMG_5115
Dari rumah lagi Danish dah bising…
”Danish taknak naik belon panas……!! Danish takut!”


IMG_5116
3-4 orang dewasa untuk satu sesi. Takde la tinggi mana pun, sebab belon2 tu sebenarnya dah kena tambat kat pokok.
Bayaran – Dewasa: RM10.00; Kanak2: RM5.00.
Tak pasti tiket mula dijual mulai pukul berapa. Tapi tadi budak tu kata, pukul 6.00am dah ramai yang beratur… pergh..

IMG_5117
Danial yang bengang sebab tak boleh naik pasal takde tiket. Esok kita datang lagi yer?? Yo-yo-o aje la.. Yg pasti malam ni semua pasti terbongkang kepenatan.


IMG_5128Acara mengempiskan belon. Pertunjukkan sesi pagi tamat pada pukul 11.00 pagi. Sesi petang bermula pukul 4.00 ptg.


Mungkin sebab baru hari pertama, tidak banyak belon yang dipertontonkan. Mengikut perkiraan hamba, cuma ada 3 sahaja. Tak pasti jika belon itu tersorok di tempat lain.


Tak dapat naik belon, kita beli belon aje la..


IMG_5135IMG_5142IMG_5132

16 March 2011

Jom makan Pop-Corn

IMG_5088

Menghabiskan stok jagung yang dibeli tahun lepas.

Berhati-hati ketika membuat pop-corn. Pastikan periuk ditutup. Jika tidak budak2 pop-corn tu akan melompat keluar kegirangan.

Bila semua dah pop! bolehlah sira dengan karamel. Sedap!!

Cara-caranya ada di SINI.

Ladybug

IMG_5052
Payah betul nak snap gambar Cik Puan Ladybug ni. Ligat ke sana ke mari. Satu-satunya serangga yang aku berani nak pegang. Sebab dia kecik dan comel. Tapi kalo cikLi, konfem aku orang pertama yang lari dulu.


*CikLi = Cik Li*pas

15 March 2011

Tolong Saya

IMG_4976

Ntah kenapa pulak boleh dapat skrin biru ni. Tak boleh load windows langsung. Try boot dari CD pun takleh. Apatahlagi nak re-install…

Beribu-ribu gambar ada kat dalam hardisk desktop ni.

Harap2 hardisk tak de masalah.

Uwaaaaaaaa…

T T

14 March 2011

Saya juga ada BB.. Jom BB Messanger dengan saya!

Orang lain guna Blackberry, tapi aku guna Blueberry. Atau lebih tepat, BLURBERRY.

 

image

CSL Blueberry-i
(Pic from here)

Ini contoh BB baru. Berkilat lagi tu..

 

Ini BB aku

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_4991
Kan dah kata Blurberry.
Skrin dah pecah. Nak tengok menu pun susah, apetahlagi nak baca sms. Dengan tahap kegeniusan yang tinggi, aku main agak2 aje ape teks yang terselindung disebalik bayang hitam itu.


So, sape nak ber Blurberry Mesanger dengan saya?

T T

11 March 2011

11 Mac 2005 @ Jumaat

Seawal 8.00 pagi dah check-in di DEMC, Shah Alam. Kontraksi sudah terasa sejak tengah malam sebelumnya. Kontraksi sela 5 min.

Sampai hosp, Doc Norleen pecahkan air ketuban. Then, mulalah episod sakit yang teramat. Berkerut-kerut muka menahan sakit. Tak dapek nak kontrol ayu lagi..

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apabila nurse berkata:
”Awak ni boleh tahan sakit ke tak nih? Saya tengok muka awak pun dah lain macam aje. Kalau tak tahan, kita ada Epidural kalau awak nak….”

Hehehe.. terus pandang muka WGS sambil mata bersinar-sinar. Syukur mempunyai suami yang baik hati dan hensem. Sign borang. Dan zassssss! Cocok kat belakang…. Pergh! Lebih sakit dari kontraksi.

Tapi…

Lebih kurang 5 minit lepas tu, dah tak terasa apa2. Memang ajaib sungguh Epidural. Siap boleh senyum2 dan tido… padahal graf kontraksi melonjak naik sampai terlebih garisan maximum. Terima kasih kepada para doktor dan saintis yang telah mencipta Epidural ni.. hehehe.

Lebih kurang pukul 2, nurse kata dah boleh push. Nurse pun ajar teknik2 yang sesuai. Push punya push, macam tu jugak. Baby masih tinggi. Tak turun2. Nurse ada jugak urut2 perut supaya baby turun, tapi non-ada….isk.

Doc. Norleen yang sangat tenang itu, menyarankan untuk menggunakan vacum. Kita cuba semua cara yang ada since aku memang mintak nak cuba bersalin normal. Dulu 1st baby dah ikut tingkap.

Bermulalah episod mem-vacum… hehe. Agak sukar jugak. Last2 Doc cakap, ni mungkin terbelit tali pusat. Sbb tu ‘tersangkut’..Rupa-rupanya jangkaan doktor memang tepat.

Keluar-keluar je, Danial tak nangis. Sunyi sepi labour room tu. Tahu dah…konfem ada masalah ni. Baby tak nangis!

danial
Segar dari ladang.


Selepas dibersihkan, Danial di bawa ke tingkat atas (tak igt unit apa) untuk diberi pemeriksaan rapi. Dan.. Danial diberi bantuan oksigen sebab pernafasan tak stabil. Malah, Danial turut diberi antibiotik sebab terdapat luka di kepala akibat di vacum… huhu. Sabo aje la.


101_0104
Danial terpaksa ditahan di hosp untuk menghabiskan antibiotiknya (5 hari). Maka aku pulang dahulu ke rumah tanpa baby disisi. Tapi tiap2 hari datang hantarkan susu…


101_0136
Luka di kepala tempat vacum. Now parut dah tak nampak. Dan kepala Danial bulat je macam bola.


101_0135
Putih eh? Sekarang tak berapa nak putih.
Smile with tongue out

101_0149
Muka ada sikit senyum sebab sudah boleh check-out dari hospital. Yeay!!


107_0720
4 bulan


107_0782
5 bulan

106_0614
6 bulan. Bersama kak Nadhirah.



109_0999
Setahun


129_2970
2 tahun

IMG_0816
3 tahun @ San Francisco Pizza, BBB.
Akal sudah panjang. Orang dok atas kerusi, dia dok atas tu. Masa ni jugak Danial toreh kerusi tu pakai pisau yg ada atas meja. Kesannya ada sampai sekarang…hahaha


IMG_1277
4 tahun. Tertidur ketika makan donut coklat. Hebat bukan?


IMG_3025
5 tahun

Hari ni, Danial dah 6 tahun. Alhamdulillah.Tahun depan dah darjah 1. Dah boleh membaca dengan baik. Now tengah ajar mengaji Iqra’ kat umah. Alhamdulillah, Danial sangat berminat mengaji. Tak susah nak ajak dia mengaji. Kadang2 dia sendiri yang ingatkan… almaklumle, mummy nya bz kedaung. Bz berblog.. bz berfb. hahaha

Semoga Danial menjadi anak yang soleh. Berjaya di dunia dan di akhirat. Beroleh keberkatan hidup. Sihat sejahtera dan dilindungiNya selalu. Amin.

IMG_4994
6 tahun.
Tengok tu. Dia lekat plastesin kat spek Nerf..
Adeh, kelakau betul la awak nih…


IMG_5000
Hehehe…

 

Sekian