Pages

25 March 2011

Kisah Kerbau, Kelawar dan Cacing

Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibril pergi menemui seekor kerbau dan meminta Malaikat Jibrail bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril mematuhi perintah itu.

image

Oleh sebab hari panas, kerbau itu berendam di dalam sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Wahai kerbau, adakah kamu gembira dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”.

Kerbau menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku seekor kerbau. Ini berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”.

image

Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril pun segera pergi menemui kelawar di dalam gua lalu bertanya, “Wahai kelawar, adakah kamu gembira dijadikan Allah sebagai seekor kelawar?”.

Kelawar menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku seekor kelawar dan tidak menjadikan aku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan bergerak menggunakan perutnya”. jawab kelawar.

image

Kemudian, Malaikat Jibril pun pergi menemui cacing pula dan bertanya, “Wahai cacing, adakah kamu gembira dijadikan oleh Allah sebagai seekor cacing?”.

Cacing itu menjawab, “Masya Allah, aku bersyukur dijadikan sebagai cacing daripada seorang manusia. Jika mereka memiliki iman dan tidak beramal, mereka akan diseksa selama-lamanya.”.


Manusia yang tidak beriman adalah hina disisi Allah SWT berbanding makhluk yang sentiasa bersyukur atas nikmat Allah SWT.



Sumber cerita: Koleksi Cerita Teladan Islam (Ladybug Publishing and Distribution)
Sumber Imej: Google

2 comments:

Dr Singa said...

Kenapa kelawar macam tu?
Sebab dia tidur up side down eh?

Sue said...

Iye kot? Sebab dia tak reti wee-wee waktu terbang.