Allahyarham Jeff bersama keluarga
Kami menerima perkhabaran sedih ini petang semalam sewaktu sedang berasa di Tesco. Rasa bagai nak gugur jantung ini. Mengenangkan Cik Ju seorang yang sangat ‘happy go lucky’ dan mesra dengan semua orang. Sungguh besar ujian yang diterimanya.
Berita dari Harian Metro hari ini:
DUA MAUT KERETA GAGAL MEMOTONG
JASIN: Seorang pelajar Politeknik Merlimau, di sini, sempat memasak juadah terakhir untuk dimakan bersama rakan serumahnya sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Melaka-Muar, Sebatu, dekat sini, semalam.
Mangsa, Muhammad Jeffrey Jamian, 20, memasak nasi goreng sebagai sarapan untuk dia dan tiga rakan di rumah sewa mereka di Taman Muhibbah, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.
Rakan arwah, Mohd Izwandi Azamey, 20, berkata sebelum ke kelas, Muhammad Jeffrey memasak nasi goreng untuk dia dan dua lagi rakan makan bersama.
“Saya tidak sangka nasi goreng itu juadah terakhir dimasak arwah untuk kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, kereta Proton Wira dipandu Muhammad Jeffrey cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya menyebabkannya bertembung sebuah pikap Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.
Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan. Turut terbunuh seorang lagi rakannya, Mohammad Yazair Ingan, 20, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan manakala seorang lagi rakan mereka, Mohd Ikhmahisham Ibrahim, 20, yang berada di belakang parah.

Mereka pelajar tahun akhir Sijil Ukur Tanah (Jabatan Kejuruteraan Awam) Politeknik Merlimau.
Sementara itu, ibu Muhammad Jeffrey, Jumiah Hashim, 46, berkata anaknya itu hampir setiap minggu pulang ke rumahnya di Taman Bakri Jaya, Muar, Johor.
Luahan rasa sedih teman-teman Allahyarham di FB beliau
Semoga Cik Ju sekeluarga tabah di atas pemergian anakanda tersayang. Redha di atas segala yang berlaku. Doa kami semua mengiringi pemergian Jeff. Semoga Jeff ditempatkan bersama hamba-hamba yang dikasihiNya.
Al-Fatihah.
1 comment:
Semoga rohnya tenang disama bersama orang2 yg beriman,AMIN.
Post a Comment