Selamat pagi Isnin ye kakak-kakak semua. Hari ni saya nak berkongsi resepi istimewa yang saya dapat dari myresipi.com.
Resepi yang mudah, ringkas dan yang pasti hasilnya tidak mengecewakan. Rasa sekali pasti nak lagi.. betul, tak tipu punya.
saya namakannya:
”Segitiga Emas tegak Berdiri”
Resepi seperti di bawah:
Bahan-bahan
8 keping roti
Serikaya – Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula (gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
- Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng) warnakan kuning dan ketepikan.
- Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa.. nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
- Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
- Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
- Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
sumber dari SINI
2 comments:
Sedapppppp....sekelip mata abis. Ade tinggal satu utk Anis
Eh...burung ni...lapar kot...tak berenti bunyi dr tadi :-D
Thanks Sis! Burung tu memang lapar sepanjang masa. U can mute the sound if u want... Nak bela real punya tak boleh, bela yg online aje la..hehe
Post a Comment