Seawal 8.00 pagi dah check-in di DEMC, Shah Alam. Kontraksi sudah terasa sejak tengah malam sebelumnya. Kontraksi sela 5 min.
Sampai hosp, Doc Norleen pecahkan air ketuban. Then, mulalah episod sakit yang teramat. Berkerut-kerut muka menahan sakit. Tak dapek nak kontrol ayu lagi..
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apabila nurse berkata:
”Awak ni boleh tahan sakit ke tak nih? Saya tengok muka awak pun dah lain macam aje. Kalau tak tahan, kita ada Epidural kalau awak nak….”
Hehehe.. terus pandang muka WGS sambil mata bersinar-sinar. Syukur mempunyai suami yang baik hati dan hensem. Sign borang. Dan zassssss! Cocok kat belakang…. Pergh! Lebih sakit dari kontraksi.
Tapi…
Lebih kurang 5 minit lepas tu, dah tak terasa apa2. Memang ajaib sungguh Epidural. Siap boleh senyum2 dan tido… padahal graf kontraksi melonjak naik sampai terlebih garisan maximum. Terima kasih kepada para doktor dan saintis yang telah mencipta Epidural ni.. hehehe.
Lebih kurang pukul 2, nurse kata dah boleh push. Nurse pun ajar teknik2 yang sesuai. Push punya push, macam tu jugak. Baby masih tinggi. Tak turun2. Nurse ada jugak urut2 perut supaya baby turun, tapi non-ada….isk.
Doc. Norleen yang sangat tenang itu, menyarankan untuk menggunakan vacum. Kita cuba semua cara yang ada since aku memang mintak nak cuba bersalin normal. Dulu 1st baby dah ikut tingkap.
Bermulalah episod mem-vacum… hehe. Agak sukar jugak. Last2 Doc cakap, ni mungkin terbelit tali pusat. Sbb tu ‘tersangkut’..Rupa-rupanya jangkaan doktor memang tepat.
Keluar-keluar je, Danial tak nangis. Sunyi sepi labour room tu. Tahu dah…konfem ada masalah ni. Baby tak nangis!
Segar dari ladang.
Selepas dibersihkan, Danial di bawa ke tingkat atas (tak igt unit apa) untuk diberi pemeriksaan rapi. Dan.. Danial diberi bantuan oksigen sebab pernafasan tak stabil. Malah, Danial turut diberi antibiotik sebab terdapat luka di kepala akibat di vacum… huhu. Sabo aje la.
Danial terpaksa ditahan di hosp untuk menghabiskan antibiotiknya (5 hari). Maka aku pulang dahulu ke rumah tanpa baby disisi. Tapi tiap2 hari datang hantarkan susu…
Luka di kepala tempat vacum. Now parut dah tak nampak. Dan kepala Danial bulat je macam bola.
Putih eh? Sekarang tak berapa nak putih.
Muka ada sikit senyum sebab sudah boleh check-out dari hospital. Yeay!!
4 bulan
5 bulan
6 bulan. Bersama kak Nadhirah.
Setahun
2 tahun
3 tahun @ San Francisco Pizza, BBB.
Akal sudah panjang. Orang dok atas kerusi, dia dok atas tu. Masa ni jugak Danial toreh kerusi tu pakai pisau yg ada atas meja. Kesannya ada sampai sekarang…hahaha
4 tahun. Tertidur ketika makan donut coklat. Hebat bukan?
5 tahun
Hari ni, Danial dah 6 tahun. Alhamdulillah.Tahun depan dah darjah 1. Dah boleh membaca dengan baik. Now tengah ajar mengaji Iqra’ kat umah. Alhamdulillah, Danial sangat berminat mengaji. Tak susah nak ajak dia mengaji. Kadang2 dia sendiri yang ingatkan… almaklumle, mummy nya bz kedaung. Bz berblog.. bz berfb. hahaha
Semoga Danial menjadi anak yang soleh. Berjaya di dunia dan di akhirat. Beroleh keberkatan hidup. Sihat sejahtera dan dilindungiNya selalu. Amin.
6 tahun.
Tengok tu. Dia lekat plastesin kat spek Nerf..
Adeh, kelakau betul la awak nih…
Hehehe…
Sekian
6 comments:
Happy Birthday Danial....!!!!
Kalau ada kek... makan2 jgn lupa ajak auntie...
Happy Birthday Danial...
pergh gaya bercerita ingatkan akak branak lagi 1.....
ghopenyer sambut birthday danial ke henam... epppi belated danny
Kami: Kek belum ada lagi. Kalau Autie Najwa nak sponsor, ape salahnya. :)
Kavi: Thanks! Ur turn tak lama lagi.. nantikan detik2 kelahiran yang penuh bermakna itu... enjoy!!!
Ibn Mustakim: Terima kasih Pokcik. Memory bersalin akan segar dalam ingatan sampai bila2. Insya Allah.
hassan pun ingat sue bersalin lagi..muka danial tak bnyk berubah kan..
Yeke? Hehehe. Belom lagi la Hassan. Mengadung pun belum, camana nak bersalin? Bersalin baju boleh la...
:)
Post a Comment