Pages

29 December 2010

Aktiviti Pembakaran Terbuka

IMG_3957

Alhamdulillah.
Majlis pembakaran telah berlangsung dengan jayanya pada  26 Disember 2010 bersamaan hari Sabtu.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir:

  1. Mak & Abah
  2. Puan Sanisah sekeluarga
  3. Puan Norena sekeluarga
  4. Puan Elley sekeluarga
  5. Cik Nora & Apis
  6. Ayu sekeluarga
  7. Atok dan Uyut (Moyang)
  8. Paman Daud sekeluarga

page1
Mereka yang menjamu selera di luar


page2
Sebahagian yang menjamu selera di dalam

Jumlah tetamu pada malam itu seramai 30 orang. Wah. rekod paling hebat setakat ni!  

Menu:

1. Nasi Lemak oleh Pn. Sanisah
2. Ikan bakar bersambal oleh Pn. Sanisah
3. BBQ ayam oleh Amicu
4. Kerang bakar oleh WGS
5. Nugget & kentang goreng oleh Cik Nora
6. Sambal kicap edisi spesial juga oleh Cik Nora
7. Buah tembikai kuning sebagai pencuci mulut
8. Puding koktel sebagai penyejuk tekak
9. Air anggur ais & nescafe panas.

food


Majlis berjalan dengan lancar sekali. Setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang bertungkus lumus memastikan hidangan tersedia. Terutama kepada ‘orang dapor’. U know who u are. I love u very strong lah! Mmuah..

Err, terima kasih juga kepada pihak penaja bersama iaitu Kakak, Cik Olin dan juga Cik Ola. Kejayaan ini adalah milik kita… Hoyeehhh!

Pohon maaf atas segala kekurangan. Kurang sedap /  kurang banyak/ kurang best / kurang ajar / kurang asam dan sebagainya.

Smile

24 December 2010

Nur Farahin

IMG_2052

Nama panggilan manja Kak N. Ntah sape punya idea panggil N, tak tahu le. Langsung terlekat sampai besar. Dia sebenarnya adalah anak kakak aku. Satu-satunya bunga yang dikelilingi kumbang 3 ekor.

Apa istimewanya dia nih?

Uihh, istimewa sangat. Sebab kitorang share tarikh lahir yang sama. Perangai pun lebih kurang sama. Terutama part tak suka makan sayur. Eh, tapi part gedik tu tak sama la.. sebab maksu dia tak gedik. Lebih kepada ganas. Smile with tongue out

Sejak kecil, dia memang menjadi kesayangan ramai. Yelah, satu2nya cucu perempuan masa tu. Keletah dia masa kecik memang menghiburkan. Bayangkan, umur baru 3/4 tahun dah pandai pakai lipstik sendiri. Tak tengok cermin, selamba je dia tenyeh lipstik kat bibir dia. Yang peliknya, tak comot pulak tu. Memang magic.

Lagu kegemaran dia masa tu adalah Awallah Dondang oleh Noraniza Idris. Bila dengar je lagu tu ke udara, dan-dan naik syeikh. Dia act sebijik macam Noraniza Idris sedang menyanyikan lagu itu di Juara Lagu.

Satu lagi persamaan kitorang, kami pernah terkena penyakit muntah-berry-muntah-berry sampai lembik, Sehingga kena tahan di hospital. Pada usia yang lebih kurang sama juga.. Macam tak percaya. Agaknya sapa yang lahir 21 Jan memang macam tu kot. Alhamdulillah, sekarang dah membesar dengan sihat.

Sebenarnya, nak ucap tahniah je kat dia. Atas keputusan yang baik tu. Usaha lebih lagi di masa akan datang. Jadi yang terbaik. Senang sket Maksu nak canang nanti, “Kak N tu pandai sebijik macam maksu dia la…”. Hohoho..

Okla. takleh puji lebih2 sangat budak nih. Nanti dia berjalan rasa di awang-awangan pulak.

Jaga diri baik-baik tau. Kami semua sayangkan Kak N. Jangan leka di usia muda, kelak menyesal ketika tua. Eh, peribahasa baru.
hahaha..

Muaaaah.

21 December 2010

Hasil Seni Ini Bukan Untuk Dijual

lukisan_danialPelukis: Muhammad Danial
Keterangan: Menunjukkan adegan tembak-menembak sedang berlaku. Kelihatan peluru bertabur di sana-sini. Keadaan agak mengerikan ketika itu. Mangsa telah di hantar ke Hosp. Serdang dan suspect masih diburu.



dari nadhirah
Pelukis: Nadhirah
Keterangan: Budak lelaki bertopi itu sedang beriadhah bersama anjing beliau di taman yang dikelilingi bukit yang menghijau. Objek berwarna putih di sebelah kanan adalah tulang mainan anjing tersebut. Ikan-ikan di kolam turut gembira melihat kemesraan mereka.



ikan paus makan planton
Pelukis: Nadhirah
Keterangan: Seekor ikan paus yang sangat comel sedang menjamah beberapa ekor plankton sebagai hidangan tengahari beliau.


danial yanng lukkkis
Pelukis: Muhammad Danial
Keterangan: Mengikut keterangan Danial, beliau sebenarnya cuba melukis watak WaterGirl dan FireBoy. Lukisan ini mendapat kritikan hebat dari kakak beliau, Nadhirah. “Asyik2 orang lidi, buatla orang betul pulak!” Amboi, komplen tak hingat.


Keluarga saya. saya ialah Nadhirah.
Pelukis: Nadhirah
Keterangan: Luahan rasa sayang beliau kepada ahli keluarganya. So sweet. I love u too, kakak!


mummy
Pelukis: Mommy
Keterangan: Kehidupan di dasar lautan yang tenang dan bahagia. Semua watak ditonjolkan dengan begitu comel, secomel pelukis lukisan ini.. ngehngehngeh.

17 December 2010

Rapunzel: A Tangled Tale

Kami sekeluarga tengok movie ni Sabtu lepas di GSC IOI Mall. 
Layan jugak tengok cerita ni. Repunzel yang comel dan hero yang perasan hensem. Hehe.. nak tahu lebih lanjut kena lah tengok sendiri. Bawak anak2 sekali. Pasti mereka terhibur.

image
Watak utama filem ini:
Rapunzel, Flynn Rider dan Maximus si kuda.


image
Antara babak menarik

   
image

Maximus adalah penyeri cerita ini


Jom tengok trailer:



15 December 2010

Keteringinan

Di saat ini, tiba2 tekak teringin nak makan:

image
@ Kyros Kebab
Kali pertama makan di food court KLCC, ketika masih muda bergelar student U. Eheh…

image
Mee Rebus without the bean sprouts nama tak gelemer, TOGEH.
Teringat satu ketika dulu pekena mee rebus kat belakang Globe Silk Store, Jln TAR. Rindu kat Mak.. dan mee rebus juga. Smile


image
Pizza Hut fruit salad
Ohh.. yummieh.


image
Asam Haw Flakes dalam bentuk kiub. Susah sangat nak jumpe. Kat pasar malam pun, kadang2 je ada. Hot item kot, tu pasal cepat abes. 


OK, cukup2 la tu berangan. Nak bawak budak2 pi kedai, beli aiskerim. Dengan cuaca yang panas membahang, pekena aiskerim memang best. My fav is:

image 
Sangat sedap. Aiskerim nya dah habis pun, tekak masih terasa sejuk.. cubalah rasa. Murah je, cuma RM1. kalau tak silap ler..

Bye!

13 December 2010

10 December 2010

Samb lagi: Taman Burung, Kuala Lumpur.


Selepas bermesra dengan Nuri, perjalanan diteruskan untuk melihat spisis burung2 yang lain.


IMG_3611_thumb Anak2 membontoti si bapak. Yela, dia kan ketua geng bas sekolah rombongan.


IMG_3610_thumb
Danial menggelabah buat u-turn sebab burung tu kejar dia.. hahahah. Sangat lawak masa ni. Muka Danial dah pucat semacam. Asalnya, dia yang nak kejar burung tu. Aleh2, dia pulak yang kena kejar… Ish, tak macho le macam ni bang. Kalo awek nampak, kena gelak jer..


IMG_3622_thumb 
Merak yang bersepah di sana sini. Kiri kanan depan belakang, dia saje.. jinak pulak tu. Boleh la kalo nak pegang2 manja.


IMG_3651_thumb
Itik pun ada…

Dan akhir sekali, dipaparkan.. burung yang tak ingin kita lihat di waktu malam. Mungkin kerana namanya yang begitu menakutkan. Walau pada hakikatnya ianya haiwan yang comel.. tetapi sedikit misteri…


B.U.R.U.N.G. H.A.N.T.U

IMG_3587_thumb1  Dia ni kalau dalam citer kartun, selalu dapat watak guru besar.. mungkin sebab kening yang begitu. Sian dia, di ambil kesempatan atas rupa parasnya yang eksotik itu.


IMG_3683_thumb1 Ini pula spesis lain. Renungan yang menyeramkan.. eii. Dia macam marah je aku snap pic ni.



IMG_3679_thumb1

   Dia ni pulak cuba membuat aksi comel. Tetapi tidak berjaya, kerana di kakinya terdapat seekor anak ayam yang baru sahaja disambar. Mana nak comel macam tu?! Sorok2 la sikit habuan makan malam engko tu… issh. Memang ganas le dia ni.



IMG_3687_thumb1

Ha.. yang ini memang pemalu. Susah betul nak eye-contact ngan dia, Aku dah gegar2 pagar tu, still dia tunduk jer.. issh. Tapi dia ni comel la.. Mata tu macam pakai celak je.


IMG_3680_thumb1

“Oii.. aku nak tido pun susah. Bising je korang ni.”
getus En. Owel ini di dalam hati.


Dan kitorang pun balik…

 IMG_3693_thumb “Best tau tempat ni. Danish sukaaaaaaaa sangat. Kalau boleh tiap2 minggu Danish nak datang sini. Tapi Daddy kata tak boleh. Nanti poket Daddy kempis... Ape la Daddy nih!!”

 

Sekian.

Samb: Taman Burung, Kuala lumpur.

Lepas tengok pertunjukkan, kitorang sambung lagi jalan2. Macam2 jenis burung ada kat sini. Macam2 nama.. sampai tak ingat semua. Eh, ada satu nama burung yang terpahat di sanubari…
“Enggang Gatal Birah”.
Hehehe.. pelik betul namanya.


IMG_3596 
Tak tipu tau.. ini buktinya.

IMG_3597 
Inilah dia Enggang Gatal Birah.. Susah betul nak capture gambar dia. Sentiasa tergaru-garu. Gatal sangat ye? Patut la nama ko macam tu..

IMG_3593_thumb1 
Tidak perlu diperkenalkan lagi. Inilah diri Burung Kakak Tua, Hinggap Di Jendela, Nenek Sudah Tua, Giginya Tinggal Dua..


IMG_3539_thumb1 IMG_3534_thumb2 IMG_3535_thumb2
IMG_3537_thumb1

IMG_3578_thumb1
Cuba teka ini burung apa? Sebenarnya ini adalah Burung Gagak.. tapi Albino. Sebab tu putih melepak. Ni kalo dilepaskan, konfem gagak lain taknak kawan ngan dia. Lain pesen.



IMG_3549_thumb1

     Burung Nuri. Berwarna warni.


IMG_3563_thumb8

Masa ni burung2 tu tengah minum susu. Untuk memberi makan & minum kepada burung2 Nuri ni, kena bayar RM2. Kira ok la..

 


IMG_3560_thumb1

Hamik ko! Ni baru separuh.. Tak kurang dari 15 ekor bertenggek kat badan, bahu, kepala dan lengan aku.. Bingit bila burung2 ni berkicau betul2 sebelah cuping telinga. Amboi, yang sekor tu elok je landing atas tutt… hahah. Ni sah le burung Jantan. Gatai ye.

 

IMG_3565_thumb1 Kurang asem, kepala aku ko pijak ye? Tapi, tak kisah la kan, best punya pasal. Satu terapi jugak ni. Release tension…


IMG_3567_thumb1 
Gambar peberet.. So romantic!!


IMG_3569_thumb Aku, dia dan Nuri..
Eheh.. macam tajuk novel pulak.


Bersambung di bab 3…
:)

Taman Burung, Kuala Lumpur.

Ini adalah kali ke-2 saya menjejakkan kaki di sini. Kali pertama dulu, cuma bertiga. Sekarang dah berlima. Jadi, sila bayangkan… mana nak tengok burung.. mana nak tengok anak sendiri. Takut ada lari masuk tasik. Takpun ada pulak burung yang mati kena cekik.. Al maklumla, anak-anak Sidek ni sukar dijangka.

Eh, panjang pulak intro. Jomlah tengok gambar. Apa guna entry kalo tidak bergambar. Peribahasa baru.

image_thumb Peta untuk ke Bird Park. Sape ada Wak Garmin, sila search. Mudah sajo.


IMG_3478_thumb2

Landskap menarik yang menanti kedatangan pengunjung ke Taman Burung.


IMG_3481_thumb1

Sebaik sahaja melangkah masuk, mata kami terpaku melihat penyambut tetamu 3 ekor kat atas ni. Comellll… Ni yang buat tak sabar nak masuk….



IMG_3484_thumb1

Tu dia.. Si Merak memberi pose paling menarik. Selama berada kat sini, dia sekor je yang sudi kembangkan ekor dia lama2. Yang lain, semua bz tergaru-garu jer… byk kutu agaknya.


IMG_3485_thumb1

Hero kesayangan ramai ni tak berani nak pergi lebih dekat. Takut ke Danial?? Amenda la lu nih.. Dulu masa beraya rumah Ucu Enah, Adlee citer Abang pijak itik sampai tempang. Betul ke? Itik kecik berani la, kan???


IMG_3493_thumb

Besar gila taman nih. Harus study map dulu sebelum masuk. Lagipun masa ni kitorang sebok cari tempat pertunjukkan burung. Lagi 5 minit nak mula. Pergh, semput jugak la nak sampai ke sana. Sib baik sempat. Walaupun duduk kat tangga je..


IMG_3516_thumb


Sedang menyaksikan burung2 beraksi. Burung kakak tua mengayuh basikal, mengira nombor, membawa kereta… aksi helang menyambar makanan. Huh, memang best. Helang terbang betul2 atas kepala… ngeri jugak. Kot2 tercakar kepala, mau tersagat pulak tengkorak aku…



IMG_3518_thumb

Tu le helang yang dimaksudkan. Pandai diorang ni train helang. Sebaik saje abes show, semua helang2 tu terbang bebas sekeliling taman. Bila nak show, just tiup wisel.. diorang pun datang. Hebat..


image_thumb[1] Si kakak tua ni pulak pandai susun blok mengikut bentuk dan warna.


image_thumb[2]

Burung ini pandai mengira tau.. Cuma hasil tambah tak lebih dari 15. Let say, 7+5. So burung tu akan bunyikan loceng sebanyak 12 kali sebagai jawapan. Camana agaknya diorang ajar burung mengira ye? Musykil…


Habis show, kitorang sambung berjalan sekeliling taman. Sambil di temani burung2 yang bersepah sana sini. Pengalaman yang menarik. Tapi, risiko najis burung landing atas kepala juga amat tinggi. Harus berjaga-jaga. Sila bawa signboard, “Jangan berak atas kepala saya”. Harap2 burung2 tu pandai membaca…

Oleh kerana terlalu banyak gambar, maka terpaksa bersambung di bahagian ke-2.

Bye!