Tadi masa hantar Danial ke tadika, ternampak cikgu2 sedang sibuk menyusun peralatan di padang berhadapan tadika. Jadi, selepas hantar Danial, kitorang balik rumah dulu untuk menyelesaikan urusan pelaburan semulajadi….hehe. Kemudian keluar semula untuk skodeng apa aktiviti yang akan di lakukan di padang…
Park kereta jauh-jauh untuk mengelakkan dari dilihat Danial.
Korang pasti boleh cam yang mana satu Danial..
(berseluar hitam di tengah)
Wow, bagus Danial. Angkat tangan!
Alamak…. Danial sudah nampak kitorang ler.
Kantoi..
Sekejap2 dia toleh… siap lambai2 pulak tu.
hehehe..
Danial sangat sukakan tadika Al-Fatih. Taknak sarapan kat rumah, nak sarapan kat tadika. Dia kata sebab cikgu masak sedap.
Mummy: Cikgu masak sedap sangat ke?
Danial: Ye, seeeedap sangat!
Mummy: Mummy masak sedap tak?
Danial: Sedap jugak.
Mummy: Antara masakan Mummy dan cikgu, mana lebih sedap?
Danial: Mummy masak laaaaaaaaagi sedap!!!
Hehehe.. pandai jek mummy ye.
Syukurlah Danial seronok di tadika baru. Walaupun bulan lepas ada tragedi yang tidak disenangi. Tapi kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Semua orang buat silap. Dan sekarang ni, dalam perjalanan ke tadika, Mummy akan bekalkan nasihat berbakul-bakul sampai dia sendiri dah boleh hafal… Bagus! :)



