Pages

Showing posts with label makanan arab. Show all posts
Showing posts with label makanan arab. Show all posts

19 June 2011

Restoran Half Moon

Minggu lepas dah datang sini.. hati dah terpikat, lantas ajak WGS ke sini lagi. Nasib baik le dia nak layan selera anak tekak mem besar nih... hehe.

Makan apa? Nasi Khabsa dengan ayam panggang dan kebab kambeng.. minuman, jus buah yang sungguh menyegarkan.

Nasi sedulang, cukup untuk kami sekeluarga. Ayam pulak sekor. Huh, bunyi mcm byk sgt je.. tak pun, just nice! Dapatlah bungkus bawak balik sikit.

Kedai ni terletak di Seri Kembangan, berdekatan dengan South City Plaza. Semua pekerjanya adalah orang Arab. Nak order kena cakap omputih, tapi kalau tahu cakap Arab lagi bagus. Tulis order pun guna tulisan Jawi. Burtuqalliyun: oren (sempat skodeng dia tulis.... hehe.)

Kedai ni sentiasa penuh (melalui pemerhatian aku yg baru 2 kali dtg). Suasana nya lebih kurang mcm kat restoran mamak. Cuma pelanggannya terdiri dari orang arab. Orang kita pun ada juga.... tapi minor la.

Yang paling best, harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Tak semahal di kedai makanan arab di tempat lain. Kalau pergi, jgn lupa order jus buah. Memang terasa buahnya yang diblend. Tanpa ais. Kira penuh la 1 gelas dengan jus buah yang pekat melekat. Yummy.

Okey, takboleh nak citer panjang. Nak bersiap bawak budak kecik byk cakap (Danish) naik ketapi. Dah 3 jam bising2 nak naik ketapi... penat nak dengar. Wassalam.

Published with Blogger-droid v1.7.1

12 June 2010

Baghdad Kafe @ BSP

 

IMG_9105  IMG_9064
Dekat dengan rumah.
Sesuai meraikan tetamu disini jika malas memasak gas didapur sudah kehabisan.
Sediakan $$$ aje banyak-banyak.


IMG_9092 IMG_9066
Non-alchoholic drink-Bavaria 


 IMG_9100 IMG_9101
Secial Bread (Chicken Kebab) kalau tak silap la..


IMG_9097 
Special Baghdad Rice (Ada nasi di dalam roti itu) beserta kuah kari+dal yang cair.
Agaknya mmg stail timur tengah macam tu kot.


IMG_9102 
Tu dia, nasi dalam roti.. rasa macam nasi beriani.
Sedap, tak muak. Lauk di tengah nasi itu boleh pilih samada daging/ayam.


Ikut selera anak tekak aku, masih boleh terima. Sekali-sekala ok le.
Selalu-selalu?? Tak le kot. Tak banyak pilihan, terutama bab minuman.

Sape nak try, roger la. Nanti aku bawakkan korang ke tempat ni.

09 April 2010

Makanan Arab, korang pernah cuba?

Ini semua adalah idea En. WGS. Dia tu, tanyalah ape sahaja tempat makan yang spesial. Insya Allah dia leh tunjukkan. Ko nak makan makanan Arab? Makanan Cina? Makanan Siam? Makan atas daun pisang? Nak makan rumput aje (vegi)? Tempat yang dia tunjuk bukan calang-calang. Sediakan aje $$$$ cukup2.. :P

IMG_0093 Lokasi: Sri Petaling

Antara menu yang ditawarkan…

IMG_0056

IMG_0057 IMG_0058 IMG_0059 IMG_0060 IMG_0061

Dan yang paling tak boleh bla adalah….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_0062

Sekor kambing elok je terduduk atas nasi beriani korang.

Tak sanggup aku nak makan. Lain macam je rupa dia..

hehehe

Jadi apa yang kitorang order?

IMG_0073

Tomato Soup by En. Wgs

IMG_0080

Samosa by Kojek

IMG_0082

Sepaigeti by En. Danial..

(Danial mmg panggil sepaigeti…not spaghetti)

IMG_0091

Lamb grill

Sedap.. berebut makan dengan Danish.

Suka kambing rupanya budak kecik tu…

IMG_0092

Tu dia..

Muka happy dapat makan kambing.

IMG_0081 IMG_0083

IMG_0071

Suasana di dalam restoran.

Sila abaikan wanita berbaju merah itu.

Tak sengaja ter-interprem. Tido pulak tu..

IMG_0072

Hiasan dinding yang sungguh tidak mesra kanak-kanak

IMG_0068

Cubaan mempelbagaikan gaya subjek

IMG_0075

Oh.. saya suka berkeadaan begini.

Si Dia melayan si kecil manakala saya dengan senang hati menyuap makanan ke mulut sendirii..

Sedikit keji disitu.. sila jangan tiru.

IMG_0086

Beginilah selalunya..

Saya mengambil gambar orang lain dengan begitu cantik, tetapi gambar saya hanya sipi2 begini. Tangan pun hilang. Isk.. DSLR, bile agaknya ko boleh menjelma dalam hidupku?

IMG_0063

Saksikan gelagat Danial. Tak kira makan kat warung ke, McD ke, KFC ke, Hotel ke, Sukahati dia aje nak buat apa. Toksah kata makanan bertabur kat lantai, sudu garfu pun ikut sekali.. Meja kitorang dah macam kena langgar garuda aje. Nasib le kan. Apa guna bayo service tax mahal2.. wakakaka. Tu pasal aku suka makan kat kedai.

Sekian