Pages

Showing posts with label restoran arab sri petaling. Show all posts
Showing posts with label restoran arab sri petaling. Show all posts

09 April 2010

Makanan Arab, korang pernah cuba?

Ini semua adalah idea En. WGS. Dia tu, tanyalah ape sahaja tempat makan yang spesial. Insya Allah dia leh tunjukkan. Ko nak makan makanan Arab? Makanan Cina? Makanan Siam? Makan atas daun pisang? Nak makan rumput aje (vegi)? Tempat yang dia tunjuk bukan calang-calang. Sediakan aje $$$$ cukup2.. :P

IMG_0093 Lokasi: Sri Petaling

Antara menu yang ditawarkan…

IMG_0056

IMG_0057 IMG_0058 IMG_0059 IMG_0060 IMG_0061

Dan yang paling tak boleh bla adalah….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_0062

Sekor kambing elok je terduduk atas nasi beriani korang.

Tak sanggup aku nak makan. Lain macam je rupa dia..

hehehe

Jadi apa yang kitorang order?

IMG_0073

Tomato Soup by En. Wgs

IMG_0080

Samosa by Kojek

IMG_0082

Sepaigeti by En. Danial..

(Danial mmg panggil sepaigeti…not spaghetti)

IMG_0091

Lamb grill

Sedap.. berebut makan dengan Danish.

Suka kambing rupanya budak kecik tu…

IMG_0092

Tu dia..

Muka happy dapat makan kambing.

IMG_0081 IMG_0083

IMG_0071

Suasana di dalam restoran.

Sila abaikan wanita berbaju merah itu.

Tak sengaja ter-interprem. Tido pulak tu..

IMG_0072

Hiasan dinding yang sungguh tidak mesra kanak-kanak

IMG_0068

Cubaan mempelbagaikan gaya subjek

IMG_0075

Oh.. saya suka berkeadaan begini.

Si Dia melayan si kecil manakala saya dengan senang hati menyuap makanan ke mulut sendirii..

Sedikit keji disitu.. sila jangan tiru.

IMG_0086

Beginilah selalunya..

Saya mengambil gambar orang lain dengan begitu cantik, tetapi gambar saya hanya sipi2 begini. Tangan pun hilang. Isk.. DSLR, bile agaknya ko boleh menjelma dalam hidupku?

IMG_0063

Saksikan gelagat Danial. Tak kira makan kat warung ke, McD ke, KFC ke, Hotel ke, Sukahati dia aje nak buat apa. Toksah kata makanan bertabur kat lantai, sudu garfu pun ikut sekali.. Meja kitorang dah macam kena langgar garuda aje. Nasib le kan. Apa guna bayo service tax mahal2.. wakakaka. Tu pasal aku suka makan kat kedai.

Sekian

03 March 2010

Restoran Juara, Pt. Sulong

Sepertimana tajuk di atas, ia adalah restoran kegemaran seisi keluarga mertua saya. Mula-mula dulu saya rasa biasa ajer, tiada kelebihan berbanding restoran lain. Kecuali servisnya yang pantas itu..

Namun setelah berkali-kali saya menjamu selera di sini, akhirnya saya juga terpikat kepada 2 jenis masakan mereka. Iaitu:

IMG_9288

Kerabu Mangga

IMG_9292

Siakap Steam Halia

Rasa dua menu di atas sangat berbeza dengan restoran lain yang pernah saya kunjungi. Kalau order kedua-dua menu tersebut, haruslah kuahnya dihirup sehingga ke titisan yang terakhir. Yummieh….!

IMG_9296 IMG_9295 Bukti sebenar.. lapar sungguh mereka ni nampaknya..

Ok, itu cerita kerabu mangga dan siakap steam. Kalau ‘butter prawn’ dan ‘dried chilies squidward’ yang terbaekkk adalah di Restoran Tasik Shah Alam. berhadapan/di belakang Plaza Alam Sentral. Cuba lah rasa… memang terangkat.

Satu lagi, menu nasi goreng seafood. Paling sedap yang kitorang pernah makan adalah gi Restoran Kelana Seafood (dulu di cawangan Puncak Alam/Saujana Utama). Wah.. rindu betul suasana di restoran tu. Tak dapat nak mengimbau kembali kenangan silam sebab restoran tu pun dah tutup…

Apapun, ni semua terpulang kepada selera anak tekak masing-masing.