Pages

Showing posts with label tadika al-fatih. Show all posts
Showing posts with label tadika al-fatih. Show all posts

02 March 2011

Baik-baik Jalan ye..!

Hari ni Danial pergi lawatan yang dianjurkan oleh Tadika beliau.

Destinasi:
image
Pusat Sains Negara


image 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya 



Ini pengalaman pertama Danial mengikuti lawatan. Harap-harap Danial Ok. Kata-kata nasihat dan peringatan, dari minggu lepas lagi dah bagi. Antara ingat dengan tak aje..  :)

2 buah bas digunakan untuk sesi lawatan ini.

IMG_4893 IMG_4905
Wah, mak yang teruja. Siap ambik gambar bas dan no pendaftaran sekali..

 

IMG_4896  
Beratur menaiki bas. Sungguh tertib. Tapi kenapa orang dewasa sendiri berebut-rebut menaiki komuter/bas?? Agaknya diorang tu semua tak pernah ke tadika ye. heheh..


2-3 kali aku tawaf keliling bas, nak cari mana Danial.. Kot2 boleh nampak kat tingkap. Tapi tak jumpa. Isk, tak boleh jadi nih. Mesti nak jumpe jugak. “Danish, jom kita naik bas cari Abang Danial”.



IMG_4903
Owh! Danial duduk di tengah, sebab tu tak nampak dari luar.
2 seats, duduk bertiga. Takpela, semua pun kecik2 dan comel2. Mesti muat. Dalam bas, sempat jugak aku memberi pesanan penaja sepatah dua. hehe.. Well, Mak-mak memang macam ni kan??


Suasana dalam bas sungguh meriah. Teruja sungguh diorang nak berjalan. Tapi, ada jugak yang mengangis. Terpaksalah si ibu bawak turun… tak tahu la dia jadi ikut lawatan ke tak..

IMG_4900
Antara bekalan makanan yang di bawa


IMG_4909
Sebahagian ibu-bapa yang hadir memberi sokongan…

Semoga perjalanan pergi dan balik selamat, dan semoga semua urusan dipermudahkan olehNya… Amin.

 

11 February 2011

Skodeng

Tadi masa hantar Danial ke tadika, ternampak cikgu2 sedang sibuk menyusun peralatan di padang berhadapan tadika. Jadi, selepas hantar Danial, kitorang balik rumah dulu untuk menyelesaikan urusan pelaburan semulajadi….hehe. Kemudian keluar semula untuk skodeng apa aktiviti yang akan di lakukan di padang…

Park kereta jauh-jauh untuk mengelakkan dari dilihat Danial. 

IMG_4658 
Dari kejauhan,…


IMG_4629 
Kasi zoom sikit…

IMG_4640
Korang pasti boleh cam yang mana satu Danial..
(berseluar hitam di tengah)

IMG_4654
Wow, bagus Danial. Angkat tangan!

 

IMG_4633
Alamak…. Danial sudah nampak kitorang ler.
Kantoi..

IMG_4631 
Sekejap2 dia toleh… siap lambai2 pulak tu.
hehehe..


Danial sangat sukakan tadika Al-Fatih. Taknak sarapan kat rumah, nak sarapan kat tadika. Dia kata sebab cikgu masak sedap.

Mummy: Cikgu masak sedap sangat ke?
Danial: Ye, seeeedap sangat!
Mummy: Mummy masak sedap tak?
Danial: Sedap jugak.
Mummy: Antara masakan Mummy dan cikgu, mana lebih sedap?
Danial: Mummy masak laaaaaaaaagi sedap!!!

Hehehe.. pandai jek mummy ye.

Syukurlah Danial seronok di tadika baru. Walaupun bulan lepas ada tragedi yang tidak disenangi. Tapi kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Semua orang buat silap. Dan sekarang ni, dalam perjalanan ke tadika, Mummy akan bekalkan nasihat berbakul-bakul sampai dia sendiri dah boleh hafal… Bagus! :)