Pages

30 July 2009

Kurang sihat


Masuk hari ni dah 2 hari rasa tak sedap badan. Hidung tersumbat, tekak perit, kepala rasa high semacam. Terasa di awang-awangan, di dunia sendiri..

Mungkin dah tiba giliran saya mendapat demam. Mula2 sekali Nadhirah, pastu hubby, kemudian Danish, pastu Danial. Dan sekarang saya.. huhu. Memang selalu macam ni. Takperla, at least saya kena last. Boleh jagakan mereka2 yang kena lebih awal.
Doakan saya cepat sihat yer?!! Sekian, wassalam.
*Peringatan untuk diri sendiri: Balik nanti, singgah klinik. Ambik ubat vontot utk Danial.. standby!

28 July 2009

Angkara 20sen...


Salam..

Amboi, lama gila tak ber update.. Sori la yer. Dok kat opis baru ni, kena usha line dulu. Takleh nak tunjuk taring, kang kena tendang keluar naya jer..hehe.

Ok.. mari kita mulakan ruangan gossip Cik Kiah Kecoh..

Kitorang kat umah ni dah 2 bulan tak tengok astro. Since ada kerja2 penambahbaikan kat umah, tv telah diangkut ke tingkat atas. Maka atas inisiatif hubby, dekoder astro juga dialihkan ke atas. Wayar cuma lalu kat tingkap, untuk sementara je kan.. ape kes nak tebuk menebuk lobang pulak.

Semuanya ok masa tu, boleh je layan astro.. cume yang payahnya, kena tgk kat atas. Menjadi sedikit masalah ketika aku nak masak kat dapur, budak 3 orang tu sumer kat atas. Askar aku yang 2 orang tu tak boleh di jangka. Silap2 boleh banjir tingkat atas ni, kalo diorang dah berkubang dalam bilik air tu.. Maka aku terpaksa menggunakan khidmat penyampai maklumat, iaitu Nadhirah. Kejap2 aku terpekik mcm ni "Kakak..!! Danish & Danial buat apa???!" Korang bayangkan, aku kena ulang menjerit ayat tu setiap 15 minit.. adoi.. macam tarzan dah ni. Mungkin penyelesaian terbaik masa tu adalah untuk memindahkan sekali dapur gas aku nak ke atas.. heheh

Sehinggalah pada satu hari, Astro aku takder signal. "No service is currently available.. bla.bla..bla" Ish.. apehal pulak ni? Mula2 ingatkan sebab hari hujan, maka tiada servis. Tapi bile matahari dah tegak atas kepala pun, keadaan masih sama.. so bukanler sebab hujan. Kemudian kitorang mula menuding jari kepada pekerja2 indonesia yang kerja kat luar umah. "Agaknya diorang ni ada usik kuali astro kita.. ntah2 diorang dah terpotong wayar astro kita.. " dan berbagai2 spekulasi lain. Aku sendiri telah menjadi suspek utama kes ni . Sebab, ada sekali tu aku tutp rapat2 tingkap yang menjadi laluan wayar astro tu. Dikhuatiri wayar tu tercedera dari dalam.. tak nampak dengan mata kasar...

Tension bila astro takder. Bukan apa, susah sket aku nak handle budak2 ni. Selalu tu diorang akan terpaku depan tv melayan Little Einstein, Dibo, Mickey Mouse Clubhouse dan lain2.. Masa tu la aku gunakan untuk bersilat kat dapur sediakan mkn malam. Bile sumer tu dah takder, maka diorang mula bermain mainan. Bermain=bersepah. Bila umah dah bersepah mulalah, suara cik Ponti aku pun keluar.. dah main, bukan reti nak kemas. Aku asyik la tersepak mainan diorang.. hadoi, menguji kesabaran aku yg memang tak sabar ni!

Nak mintak astro repair, rasa rugi pulak. Yelah, sekali datang je diorang caj RM50. Itu belum tukar barang lagi. Memang cekik darah betul. Aku try mintak tolong kat husband Kavitha. Tapi timing kitorang tak kena.. bila aku free, si Ganesh keja. Bila diorang free, aku pulak takder kat umah. Hmm, takder rezeki nampaknya nak jumpa si Ganesh tu.. :P

Aku dah hilang sabar ni.. aku amik gunting, ZASSSS aku potong wayar astro tu. Kononnya, bila dah potong dapatlah sambung sendiri, guna salotape ke, masking tape ke.. rupa2 tak boleh.. hahahaha.. mari gelakkan diri sendiri.

Akhirnya, semalam aku terpaksa juga call astro. Mintak technician datang tengok. Selang 2-3 jam pastu sampaila technician diorang ke umah aku. Dia kata kalo reconnect wayar yang putus tu, takder caj apa2. Cuma RM50 tu je. Aku pun lega. Tiba2 hubbby aku pulak nak split astro ke tingkat bawah.. aduiyai, kena tambah pulak lagi RM50. Dah jadi RM100.. takperla, esok2 senang la kalau ada tv 1 lagi kat bawah..

Bila diorang habis je buat wayering, cuba lah ON kan astro tu.. keadaan masih sama. NO SIGNAL. Aku dah pelik.. ape hal pulak ni. Suspek kuali astro prob kot... gi godek2 kuali astro tu, ok pulak. Takderla longgar ke, bengkok ke. Last2 technician tu gi amik dekoder lain dalam kereta dia utk test, kot2 dekoder aku yg problem.

SAH!!! Memang dekoder aku yg bermasalah rupanya.. bukan pasal wayar mahupun pasal kuali astro. Sekali dia goncang2 dekoder aku tu, ada bunyi duit syiling.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?? Bila masa pulak dekoder astro aku berubah jadi tabung pulak ni?? Aku tak percaya, aku amik dekoder tu, pastu tonggeng kan dia.. maka jatuhla syling 20sen cam gambar kat atas tu.. Uwaaaaaaaaaaa.. nak nanges pun ada, nak marah pun ada, rasa nak terjun sungai pun ada..

Aku dah boleh agak sapa suspek utama dalam kes ni. Tak lain tak bukan adalah DANISH. Dia ni memang minat menabung. CD player kereta aku pun dia dah masukkan, ntah baper sen aku tak tahu. Tapi memang takleh nak pasang CD dah. Pastu, kat radio kereta Atok Salleh pun dia dah buat, cuma kitorang dapat keluarkan balik sebab masa dia buat tu kitorang ada kat situ. Kat radio innova pun samer gaks.. tapi dia tak masukkan syiling, dia cuba masukkan kas touch & go.. Sib baik le kad t&g tu besar. Kalo sama saiz macam sim kad, tak selamat innalillah le radio tu...

Okey, sambung balik kes astro aku tu. Oleh kerana dekoder aku dah rosak, maka perlulah dihantar repair. Kos repair pulak adalah RM80. Kalu nak beli dekoder baru, RM200++. Aduiyaiii, Danish.. Danish!!! Lari budget mak ko bulan ni nak..

Nasihat aku, kepada korang yang mempunyai anak seusia Danish, dah sebijak Danish.. korang tampal la lobang smart card astro yg ke 2 tu.. jangan dibiar melopong. Nanti ada pulak entiti2 yang tak diperlukan bertapa dalam dekoder korang..


Sekian alkisah 20sen..

* dari aku yang tensen. Tak pasal2 pekerja indonesia kat luar tu kena tuduh.. isk, kena mintak maaf le japgi. Camner nih??? heheheh.. bg kad raya je boleh tak??

20 July 2009

Bersiaran dari pejabat baru

Salam semua,

Nantikan update dari mami-sue ke? hehe.. sori la yer. Kalo weekend memang tak sempat nak update. Banyak sangat kerja kat rumah. Tunggu weekdays baru le free sket. Ni pun sementara mengulor..., esok nanti kalo dah masuk tempat baru.. entah macam mana. Harap2 masih ada masa untuk mengular.. hahah.

ini lah dia bilik meeting tempat menunggu tu...
penuh tu sbenarnya. sbb ramai w17 lapor diri hari ni..
masa ni kosong sbb diorang kuar makan.. dan aku lah yg jadi penuggu.. huhuhu

ni la port aku.. sensorang dok sini layan skype dan ym.
sbb aku pilih tempat ni adalah kerana terdapat plug kosong disini.
bateri notebook aku abes...

saksikan muka bosan saya..
hehehe

16 July 2009

Sengal...



Nak password? PM la saya.. saya tak kedekut punyer. :)

Aksi anak-anak di Taman

Ahad lepas sempat bawak anak2 beriadah kat taman permainan. Kesian diorang dah lama sangat ajak main buai. Tapi memandangkan weekdays sampai rumah pun dah lewat, maka kena tunggu hujung minggu.
Sebelum turun kereta kena pakai seliar dulu ye kawan2.
Daddy belikan saya selipar baru. Selipar saya hilang kat Alamanda masa tgk movie hari tu.. sape ntah curik selipar saya.. jahat betul dia.

Jom kita menari style Mr. Bean... ikut Danial buat yer!
Gajah berkaki empat, gelek-gelek..
Hidung tersangat panjang, gelek-gelek...
Gading besar yang dua, tapi gajah tak makan orang...
GELEK-GELEK!!!


Ramai orang kata saya gem*k.. jadi hari ni saya nak excercise supaya kurus. Lepas ni sapa kata saya gem*k lagi, saya taknak kawan dia!!

Ini adalah ajaran songsang seorang abang kepada adiknya.. hehehe. Turun slide secara songsang jer.. jangan ingat yg lain pulak yer.. babab nanti!!

"Eh, kita boleh dengar bunyi puting beliung la kat bawah tanah!!"
Dialog palsu jer nih.. ntah ape dia buat sebenarnya aku pun tak tahu..hehe

"Kakak, mata kita masuk kayu la.. Adoi, sakitnya!" Danial.
"Ha.. padan muka. Dari tadi mummy dah pesan jgn main kayu tapi Abg taknak dengar.. " Mummy membebel.

Juri profesional pada hari itu.. Daddy!
:)

Pink roses


Saja nak tayang pic hasil rakaman kamera kecik saya. Cantik tak?? Kalo ada yang berminat nak buat wallpaper, saya boleh bagi. Sila tinggalkan alamat email di ruangan komen. Saya akan berikan anda gambar asal yang beresolusi tinggi dan tiada watermark. FOC!

Paling banyak pernah saya dapat bunga ros adalah sebanyak 21 kuntum, pada hari lahir saya yang ke-21 beberapa tahun yang lalu.. beberapa ke? heheh.. Siapa yang bagi? Tak lain dan tak bukan, pakwe saya la.. yang kini menjadi suami saya. Terima kasih ye Abg!! I lap u.

Rasanya, bila umur semakin bertambah, ni peluang untuk mendapat bunga di hari ulangtahun kelahiran adalah amat tipis sekali. Memandangkan bilangan bunga akan bertambah dari tahun ke tahun. Maka kos membeli bunga juga akan turut meningkat. Saya dapat membaca pikiran suami saya "Daripada Abg bagi Sue bunga sejambak, balik Abang belikan bunga ros hidup yang dalam pasu tu bagi Sue tanam!". Hehehehe..

15 July 2009

BUCK!

heheh.. aku tgk muka si BUCK ni jer, aku nak ketawa.. lawak betul la ko ni BUCK!
Kepada korang yang belum menonton Ice Age 3.. pergi cecepat. Boleh hilang stress tgk citer ni.. lenguh gak la mulut dok ketawa jer dari mula sampai abes.. tapi mmg best! best! best!

Kejadian di sebalik Lapor Diri

Salam,
Hari ni hari pertama aku lapor diri kat opis baru. Jbatan mana?? Err, rahsia.. untuk keselamatan sejagat. :P

Aku sampai kat opis baru lewat, kul 9.00. Pergi awal² nanti bukan ada orang nak entertain aku pun.. so baik g lewat sket. Kalo korang berani leh la tiru cam aku, tapi ape2 hal sendiri tanggung la. Aku tak bertanggungjawab. heheh

Parking kereta punyerlah jauh... pergh. Hampir sahaja aku parking kat dlm terowong.. ngeri betul. Sib baik leh selit² lagi parking tepi jalan. Kalo bwk innova, mau agaknya aku tersagat kereta orang.. hui, tak dapat dibayangkan akibatnya... .

Sampai kat guard, amek pas utk masuk ke opis. Pehtu menapak la g cari blok 8. Kat opis baru ni sana-sini bersepah polis.. ngeri je aku. Laen macam je rasa... rasa bersalah sebab lom bayar saman speed trap pun menjelma.. tetiba... je kan. Tula ko, lenkali bwk kereta macam pelesit lagi.. tak padan ngan kecik.. hahaha

Okay, sambung citer.. pastu aku g la ke HR dept. Jumpa ngan sorang akak tu, dia tgk belek telek surat aku, pastu interview aku sket2.. then dia suruh aku lepak kat opis lama balik sementara tggu dia kuarkan surat utk penempatan ke agensi. Walahwei, best gila la camni.. takder la aku nak melangok sesorang kat situ... paling best bila aku bole request nak di Putrajaya. Harap2 dia perkenankan permintaan aku..

Dengan itu, aku pun blah la ke opis lama di INFRA.. dan disambut oleh kumpulan Komunis Malaya.. hahaha.. takderla. Disambut oleh member2 aku dgn kutukan.. takper, aku dah imun pun. Dalam hati, jaga ko Lan..! Ni mesti idea ko!! Ciss... Siap amik gambar lagi tu.. vangga rasanya. Mcm VIP pulak. Aku tau korang sedih sebenarnya dengan kepergian aku.. sbb tu bila aku datang korang sumer excited kan?? kan? kan?? eleh,, malu pulak nak ngaku.


gambar ni aku cilok kat blog Lan

Sekian berita untuk hari ni. Jap gi aku nak g makan.. pastu sambung lagi ngulor. Kalo bwk notebook best sket.. ni kene menumpang tempat orang.. tu yg leceh tu.. aduii..

13 July 2009

Durian Runtuh @ INFRA

AMARAN: Entry ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua masalah yang pembaca alami setelah membaca entry ini. Sila kawal emosi dan perasaan anda ketika menatap gambar yang dipaparkan.



Tu dia... selori orang tu bawa.. Mekasih la ye encik. Macam tau-tau je mlm semalam saya mimpi makan durian..


Pergh.. dreams come true! I lap u lah pakcik.. heheh. tetiba pulak..


saksikanlah donia.. kuning tu...


acara membelasah durian beramai-ramai oleh kakitangan infra. hampir kesemua lupa diri bila mengadap raja segala buah itu.. hahaha.. ampun ye!


Boss sampai lewat ke tempat kejadian. Tu sumer sebab staffnya dah lupa diri bila nampak durian.. bilik bos belakang dia pun lupa nak ketuk... sapa tu?? heheh.. sendiri mau ingat..


Amboi, mentang² durian tengah banyak, korang memilih pulak yer. Buah yang cenggini sumer dipandang sepi.. kejam..kejam!

tapi bila dapat yang sleeping cat macam ni, sumer SERBU..
heheh.. aku pun sama la tu

Orang tua² kata, lepas mkn durian mesti buat mcm ni. Utk sejukkan badan.
Aku pulak kata, kalo nak sejukkan badan.. naik atas g minum air sejuk. Tak pun cari le air Badak.. komfem sejuk badan tu!! heheh


Habis madu sepah dibuang.. cis..cis!
Aku nak tolong bersihkan tadi, plastik sampah pulak takder.. maka aku pun meninggalkan tempat kejadian dengan harapan orang yang membersihkannya nanti tidak le maki hamun kami.. heheh

Lagi cerita pasal makan..

Sedey woo.. hari ni diorang buat majlis sempena penghijrahan aku ke tempat baru. Siap ada pulut kuning lagi, macam mengalu-alukan pulak yer?? hahah... gurau jer.

Apapun, terima kasih banyak² atas majlis yang sederhana tapi meriah ni. Susah² aje! Eceh.. merendah diri pulak. Tapi sebenarnya dalam hati girang tak terkira, sebab dapat hadiah.. huhuhu. Best pulak pindah randah ni. Bole kumpul hadiah.. :P The best moment bila dapat sejambak bunga dari Miss N.. uwaaa.. touching betull!


Puan Kavitha dengan pesen rambut terkini beliau.. Malu le pulak.


Yeay.. dpt hadiah dari Bos aka Tepung Dedak. tocei.. tocei



dan lagi.. dari Bhgn Latihan pulak.. thanks!
Something from sembonia brand..


Lagi... dari batman. Tenkiu!

dan lagi... from sweet miss N.. a bouquet of roses.

Boring ke ayik tgk aku pegang hadiah?? Jangan la camtu. Ni pun aku dah siap 'sephia'kan gambar2 tu. Supaya korang tak berapa perasan muka aku yg agak riak tu.. hahaha.

Batman di sebelah kiri aku tu tgh pegang durian sebenarnya.. tu yg aku cuak. Abesla bunga ros aku nanti bau durian pulak.. jauh sket la weii... huhu


Makan time..! Khusyuk nampaknya kak Ina kita.


i'm gonna miss u sis.. jgn lupa date kita nanti yer.


teka, apekah yang sedang dilakukan oleh beliau...
hadiah makan mlm di rumah sendiri menanti ada

Sebenarnya itu cuma acara disebelah pagi. Di sebelah petang lebih havoc dan menarik... apa dia?? Tunggu...!!

Ini lah bunga nya.. cantek tak?? Ni kali ke-3 saya dapat bunga tahun ni..
seronoknya...

10 July 2009

Mai Pekena Bariani...


Semalam kitorang beramai-ramai pekena bariani kat JM Bariani.. Amacam?? Ok ke korang rasa? Kalau tak puas hati, sori la yer.. Next time kalau ada rezeki kita pergi tempat lain pulak.
Tapi ada kejadian yang pelik berlaku semalam.. jeng, jeng, jeng! Nak tahu apa...?? Layan gambar bawah ni dulu...


Perhatikan dalam pinggan Hj. Azri, masih ada lebihan nasi yang tak dihabiskan.. huhuhu. Ini merupakan pengalaman pertama aku melihat keadaan begini. Sebenarnyabukan apa, dah ramai sangat yg tak habis, sumer pass kat dia.. sampai tak larat pakcik tu nak makan.. hehe. Apapun, air limau depan Hj. tu mmg marbeles.. sedap. Korang mesti cuba..

09 July 2009

Melaka Shirts

Apa ntah mimpi diorang ni sumer pakai baju cap Melaka.. pastu kecoh soh aku masukkan dalam blog. Kalau tuan blog dapat komisen takper jugak. Ni tolong promote percuma jer.. ceh. Hampagas betul... hehehe

Nadhirah's Handwriting

so sweet! sangat comel..
klik di atas gambar utk view yang lebih jelas.

yang ada 3 segi macam tanjak atas kepala kartun nadhirah tu adalah princess crown yang dibeli semalam di Nilai. Suker sangat dia pakai crown tu, pastu acting macam princess. Tergedik-gedik.. heheh.

Gardenia Delicia

image: googled


image: googled

Korang dah pernah mkn Gardenia Buttescotch?? Kalo belom, rugi la korang. Sumpah sedap..! Yg Choc Raisin pun boleh tahan.. tapi yg butter lagi menawan.. eceh.. heheh.


Meh sini aku nak citer sket, pasal Danial dan roti gardenia:

Lokasi: Dlm kereta (on the way ke Nilai Square)
Masa: Lewat petang
Tarikh: Semalam

Sebelum bertolak, Daddy beli air dan roti Gardenia Choc Raisin utk mkn dlm kereta. Danial ambil sekeping roti tu..nak mkn. Sekali aku perati, dia cubit kecik2 roti tu pastu buang kat tepi pintu.. aku tanya kenapa?? Dia kata dia buang TAHI LALAT. Ada tahi lalat kat roti tu katanya... hahahaha.. lawak betul. Tu bukan tahi lalat la Danial. Itu kan choc chip!! Kenapa Danial buang?? Muka Danial blur jer, mcm tak percaya.. mmg dia mati² igt ada tahi lalat kat roti tu. Ngeri agaknya dia nak mkan...

Kitorang sumer pakat gelak beramai-ramai.. Tensen je mamat tu. hehehe.

Nilai Square


Korang pernah tak pergi Nilai Square? Kat sini banyak gila kedai² yang menjual kain. Tak kira lah kain baju ke, kain langsir ke, kain cadar ke, kain pelekat, segala jenis ada.

Kalo ke sana, make sure korang tawar sehingga setengah dari harga di pamerkan. Rajin² la sket, berjalan pilih kedai. Sbb ada sesetengah kedai yg tak bagi langsung tawar menawar.. Pastu, kedai yg aku pergi smlm tu bgtau.. harga upah jahit langsir, dikira RM9.00 sekeping. Ini langsir biasa je, takder kepala punya.. kalo yg ada patern² kepala tu, harga lain pulak. perkaki. Sama gak macam reel langsir. Pendek kata, datang bawak duit jer la. Kalau simple, 1 jam dah boleh siap.. ekpress rakyat betul....

Kat sini juga ada banyak kedai permainan.. askar² aku bila jumpa je kedai mainan, siapla. Boleh nanges guling² kalo tak dapat mainan yg dia nak. Especially Danish. Dia ni mmg tak mkn saman langsung.. Hasilnya, tiap sorang dapat 1 mainan. Nadhirah pilih set mencantikkan diri ala 'princess'.. dan utk hero yg 2 orang tu, penyodok sorang satu.. hehe. Tak paham aku, dalam banyak² mainan, penyodok yg korang beli?? Musykil...musykil. Ni mesti sebab tgk Bob The Builder banyak sangat...

Mlm semalam, Danial tido dengan pnyodok sekali kalo korang nak tahu.. aduh, tensen aku. Boleh dipeluknya penyodok tu macam bantal peluk?? Hmm, macam²!

08 July 2009

I love you

i love u so much!
more than words can say..

Cerita di hujung minggu yang lalu

Cerita mungkin yang telah sedikit basi terlewat. Agak bz di awal minggu ini. Ape benda yang dibzkan pun tak tahu ler..


Alhamdulillah, planning makan² sambil bergossip di Selayang berjalan dengan jayanya. Ditambah pula dengan kehadiran tetamu tambahan, maka bertambah havoc umpama pasar borong jadinya. Tak rugi korang datang wei, licin menu kitorang hari tu. Kalo tak mau 2-3 hari jugak mkn menu yang sama...hehe. Cuma kami selaku tuan tanah kedaung rumah mintak mahap le kalo ada yang sakit perut gara² sambal kicap aku tu.. melampo pedasnya. hahaha.. saya belum layak dpt sijil sambal kicap, fail!




Sebelum acara melantak makan², kena nyanyi lagu hepi besday dulu. Sempena belated besday si kecik manis Humairah Putri yang ke-2 tahun, exact date: 19 Jun. Overall, semua seronok.. cuma rasa ralat sket sbb tak der belikan hadiah utk besday girl. Yela, mama + papa dia buat secara mengejut.. kan dah rugi disitu. Kalo tak kompem jimat bajet utk beli baju raya selai dua... selamat poket aku...hehehe


Seronok kalau selalu dapat macam ni. Gathering together-gether. Mengeratkan hubungan silaturrahim gitu... peace!

03 July 2009

Best Gilllerrrrrrr...!

Tgkla sumer muka yg cuak dengan Dino itu..


i love u Sid....!!!
huhuhu


Baru je lepas tgk citer ni tadi.. best gila! Highly recomended to all of u.. Tak sabar nak bawa anak² tgk.. Tergelak dari mula sampai penghujung cerita.. hehehe.

Ada satu scene tu membuat naluri keibuanku tensentuh.. hampir menitiskan air mata.. tahan beb, tahan! Kang kena kutuk plak ngan si 'N'.. "tgk citer kartun pun bley nangis.. " Aku dah boleh agak ayat tu keluar dari mulut 'N'...hehehe. Sori..

Tag dari Rina

1. Bekas kekasih saya adalah
MSS
(Mat Semat Sementol kah?? :P u know who u are)

2. Saya sedang mendengar
kekecohan di opis saya umpama pasar borong

3. Mungkin saya patut
bangun lebih awal pagi tadi, supaya boleh gorengkan sosej utk anak².. dah janji smlm.
Sib baik diorang lupa...hahaha

4. Saya suka
kehidupan saya skrg, dikelilingi insan tersayang

5.Sahabat-sahabat baik saya
yang boleh paham saya.. dan ikhlas kawan ngan saya
dan boleh tlg cover line bila saya lambat sampai opis.. huhu.. keji gila

6.Saya tak paham
kenapa saya dah request kat pjaya tapi dihantar ke KL juga.. aduhh!

7.Saya kehilangan
kata-kata bila tau diposting ke KL..

8.Ramai yang berkata
err, takleh citer la. Nanti korang tensen.. huhuhu
naik lift tekan sendiri

9.Makna nama saya
'yang mudah dan memudahkan'
atau kata lainnya.. 'EASY GOING" hehehe.

10.Cinta itu adalah
wujud sejak dilahirkan

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
memerhati monitor aku dari belakang, dah menarik kerusi aku sambil berkata: Jom jalan²..!
grrr!

12.Saya akan cuba
menyimpan.. boros ajer selama nih.. hahah

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
takkan berakhir..

14.Telefon bimbit saya
baru je KONDEM lepas jatuh dari katil. Sib baik boleh repair..
pergh. selamat poket aku..

15.Bila saya terjaga dari tidur
tgk jam dan berharap janganla pukul 6.00am.. rasa mcm baru je tido.

16.Saya paling meluat apabila
orang buang sampah merata.. tanpa segan silu. rasa nak je sumbat sampah tu dlm mulut diorang

17.Pesta/Parti adalah
kenduri.. boleh ker? eheheh

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
ladybug gergasi.. yg saya jumpa dlm mimpi semalam.. comei!

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
6 tahun/tadika... rasa sume org sayang saya. cikgu tadika tu hari2 hantar saya balik umah naik beskal beliau..

20.Hari ini
saya nak g tgk ICE AGE 3 dgn kawan2 saya.. tak sabar!

21.Malam ini saya akan
setelkan laundy.. esok nak holiday to my hometown..
abah, mak, owang datang nih.. sob..sob!!

22.Esok pula saya akan
makan macam2 di acara makan2 sambil bergossip..

23.Saya betul-betul inginkan
anak yang ramai dan berjaya!
amin..

24.Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini
hmm, cantik jugak aku yer walau belum mandi..hahaha

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
masa bujang dulu pusat beli belah, skrg ni arked permainan la.. of course sbb anak2

26.Makanan Barat atau Jepun
Jawa!

27.Bilik yang terang atau gelap
err, yg suram..

28.Makanan segera adalah
makanan yang tidak berkhasiat

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Jom woii! G tgk wayang...

30.Siapa yang anda nak Tag?
mama-ieja, azlan, kavitha, mak-et, WG, najwa
dan lain2 yang rasa rajin nak buat..

* rasa cam dah pemes pulak bila dapat tag2 ni.. :P

02 July 2009

Duren..duren


Baru je sebentar tadi saya mengendurikan durian yang dibawa oleh 'N' (identiti dirahsiakan). Pergh.. sedap. Makan tepi longkang pun okey, janji durian fresh dari kebun.. marbeles!!!

Kepada N, terima kasih daun keladi. Lain kali bawa le lagi. hehehe