Pages

30 May 2009

Update 30th May 2009

Laman kitorang tengah berkecah dan bersepah sekarang ni. Tak boleh nak tinggalkan rumah sbb diorang buat kerja sepanjang siang hari. Harapan saya agar tidak hujan agar kerja-kerja ini boleh diselesaikan secepat mungkin. Kalo ujan malam ok la.. sejuk sikit!!! ehem..ehem... hahahah.. keji!!





25/5/2009
isk, sayang pulak tengok rumput tu buang mcm tu ajer.. ni kalo maniam tgk sure sedih. Sbb dia yang tanam...hehe


28/5/2009
Budak 3 orang tu dah tak sabar nak pijak simen tu.. belum keras lagi oii. Kang ada pulak footprint korang kat situ.


30/5/2009
Tu dia... lobang sudah mari. Danial kata, nanti dia boleh mandi kat situ..hehe. Nak kena gigit dgn ikan kat bontot tu, try la...


30/5/2009
2 orang jer yang buat kerja-kerja menggali nih.. saspect aa.. kuat cam badang. :)


Ada banyak air kat dalam tanah yang telah digali.. mungkinkan ada mata air, atau sebab kitorang siram rumput hari-hari maka air bertakung di situ? pelik..pelik


29 May 2009

I love my Mamee Monster

Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.


Jem di Sg. Merab

Smlm sangkut dlm jem dekat 20 minit. Huh, dah lama tak kena jem macam ni. Lenguh kaki, tu pun sib baik kereta auto. Kalo manual ntah mcm mana..

Dah le air-cond pulak rosak, dugaan betul. Sabar, sabar.... harap² lepas service nanti ok la. Tak tahan ler, dengan cuaca panas semacam nih...

Caption:-

1-5:
Keadaan jem yang panjang berjela itu adalah kerana terdapat kerja² pembinaan.. sungguh merbahaya, melalui sebelah jengkaut yang garpunya melentok ke kiri ke kanan.. pastu ada pulak lobang bapak besar kat tepi tu.. isk, jangan le si City ni tergesel pulak ngan jengkaut tu. Jenuh nak menjawab nanti...hahaha.

6-8:
Land mark jalan Sg Merab. Sekolah kiblah tu aku taktau camana rupanya. No 7 tu adalah kapal angkasa yang tersangkut di situ sejak 5 tahun lepas. No 8 pulak adalah bistro yang aku baru 2 kali makan kat sana.. tak termasuk sekali kitorang pergi, duduk 15 minit pastu BLAH, sbb takder orang layan... huhu.

9:
tengok la tu, ngeri woo.. petang kang lalu sini lagi. Harap2 diorang dah katop lobang yang mengerikan itu. Lagipun aku baru 2 hari cuci kereta tau... isk. Abesla nanti comot balik...

28 May 2009

Update hari ini

Hari ini saya memakai tudung Ekin ke pejabat.. cun tak?
:p

Uji Kepantasan Anda Menaip

48 perkataan

Speedtest



Korang cuba lah.. sapa paling terer dapat mkn free kat umah aku.. hehehe.

26 May 2009

Makan² @ Bus Stand Muar

Lepas jalan² tengok monyet kat tanjung, kitorang pekena pulak mee bandung kat Bus Stand Muar.. tepi sungai tu. Panorama yg sangat indah.. (kecuali pendatang asing yang begitu ramai di situ.. takut woo)


Sabar menunggu ketibaan makanan... Danish over excited sbb dibenarkan order ABC utk pertama kali dalam hidup beliau. Selama ni ditegah!


Rojak petis utk AbgMamat.. 5 * sbb sedap!


Nasi goreng ayam berlada utk apis dan gapar..
hmm, 2.5 * kureng sodap


ABC utk Nadhirah dan Gapar.. 3 * oklaa


And Mee Bandung for me!
So sad, 1* jer.. sbb manis gilo. Ngilu gigi haku.. chet!!


Mintak maaf kepada sesiapa yang terasa dengan entry pasal makanan ini. Terutama kepdaa mereka yang sedang berada di seberang laut. keh keh keh.. balik kampung jom!!! Pekena mee bandung entol..

Kenangan manis bersama keluarga

Tarikh: 4 Oktober 2008
Majlis Harijadi Azim di McD Rawang

Seronok tgk movie ni, happy je semua.. budak2 pun seronok. Tapi bila keluar je maskot McD, semua baby menangis.. takot + terkejut. hehe





25 May 2009

Kasih Ibu

Tersentuh melihat gelagat si Ibu bersama bayi beliau yang dikendong ke sana ke mari.. Jika ada bahaya yang datang, cepat² si Ibu mendakap anaknya membawa lari ke tempat yang selamat. Betapa utuhnya kasih si Ibu.. Melihatkan keadaan baby yang comel itu, rasanya si Ibu ni belom 'habis pantang' lagi... :P



Sila zoom-in.. Si anak sedang menghisap susu ibunya.
"Susu ibu adalah yang terbaik utk bayi"



Menyelamatkan si anak dari beruk² nakal di sekelilingnya...


Alahai, comel nya baby awak.. CAK!!


Pandai pulak baby tu tgk kamera... hehehe


Sila dengar di saat ke 0.09.. dengar dengan teliti yer.. hahaha. Ada sedikit lawak disitu.. atau mungkin ianya benar??


Danish bermesra bersama monkey. Tak takut langsung. Last sekali sebelum balik, Danish usap kepala monkey tu.. monkey tu cubit lengan Danish..hehe. Terkejut gak dia, tapi tak nanges pun.. anak daddy kan...

22 May 2009

Makan² @ INFRA

Hari ni besday man and besday woman INFRA bermurah hati membuat makan². Ada kek, bihun goreng, pizza, jajan dan yang sewaktu dengannya.

Inilah dia orang yang meraikan kawan² sempena hari kelahiran mereka pada bulan Mei.
Termasuk Farah (tiada di dalam gambar)

Sebaik sahaja kotak di buka, SERBU!!!!!!!


Lan: Kak Nang, kita bahagi 2 orang. Cepat² masuk tupperware..
Kak Nang: Eih, jangan la Lan. Akak malu ko buat camtu..
Lan: Peduli hape kak, saya lapo nih...
hehehe

"Siapakah orang pertama yang mencipta pizza? Adakah beliau adalah orang yang sama yang mencipta lempeng kelapa di kampung saya??? " pikir Aisyah ketika mengunyah pizza.


Normi: Agak² boleh jadi model pizza hut tak?
Aku: Boleh...boleh... boleh blah!


Beginilah cara makan pizza yang sebenarnye adik².. takyah le guna garpu ngan pisau.. eksen je sumer tu.


Pengadil pertandingan Sapa Makan Paling Banyak. Hj Azri dan En. Zai.


Ustaz Naim sedang membacakan doa. Tengok orang baju kuning tu, doa.. doa jugak. Tapi dia dah standby rembat kopok Cheezels. Nampak tak depan dia tu?? hehehe.. ampun!



Overall, makanan yang sedap. Terima kasih kepada pihak penganjur yang bersusah payah menyediakan majlis ini. Saya wakil dari para tetamu dengan ini merasmikan penutup majlis sambutan harijadi ini dengan lafaz Alhamdulillah... Brrpp! Ops, terlebih sudah..


Tag dari Mama-Ieja


1. Do you thing you are HOT?
Takderla, biasa2 je. (Ayat cover..baek punya. Nanti org kater perasan pulak..)

2. Why do you like this picture?
Sbb dari dulu teringin nak ada potret sendiri.. dapat buat dlm photofunia pun jadila..

3. When was the last time you ate pizza?
Lama dah.. bulan lepas kot. Abg, jom pizza malam nie? hehe

4. The last song you listen to?
Lelaki Ini- Anuar Zain (Hot FM- masa drive pagi tadi)

5. What are you doing right now besides this?
Dokumentasi PTD dan YM ngan kakak

6. What name you prefer besides yours
Shila, Siz, Sizuka.. ramai yg panggey Sue jer.


7. People to tag

1. Lan Komunis
2. Najwa
3. Kavitha
4. Rina
5. Tepung Dedak

8. Who is no 1?
Member komunis paling pailang pernah aku jumpa.. Suka berkubang, dan diminati oleh lintah2 seantero alam... Kenal dari KPDN, jumpa lagi kat INFRA..

9. No. 3 is having relationship with?
Ganesh..

10. Say something about no. 5?
Cakap je lubuk mana banyak ikan, sure dia terjah punyer..hahaha.

11. How about no. 4?
Sepupu, skrg keje kat Arab Saudi.. dulu ada blog, skrg dah katop.

12. Who is no. 2?
Best fren yang paling best and the bestest dalam donia.. kawan susah dan senang. Love u friend!

13. Others?
tarak...

Kasut Baru

Untuk pertama kalinya, saya ingin menayang memaparkan kasut yang baru dibeli semalam. Selalu baca / tengok blog orang, beli kasut harga beribu2 pastu citer kat blog. Saya pun nak cuba gak le, best ke dapat buat citer pasal kasut dalam blog..?

Ni ler dia kasut saya. Cantik berkilau lagi.. selesa dipakai. Dan yang penting, M.U.R.A.H. Orang lain beli kasut sampai RM3,000.00... saya beli cuma RM30.00 jer.. hehehe.



Ape kes beli kasut pun nak masuk blog? Haa.. itula penangan blog. Semua benda kalo boleh nak citer. Citer pasal beli ketip kuku pun boleh masuk blog jugak tau...hahahah.. Utk yang belom ada BLOG, cuba la buat.. best tau. Segala benda mak nenek ko nak citer pun, orang pedulik hapa.. pasal, AKU ADA BLOG, KO ADA???

Sesungguhnya saya tidak sihat skrg ni. Jadi beginilah rupa entry saya dikala tidak dapat berfikir dgn waras.. :P

Thank you sweetheart!

Minggu lepas Nadhirah bagi kad ni. Terlupa nak citer.. thanks sayang. Mummy loves Nadhirah too..

Pandangan depan


Oh, bentuk strawberry rupanya.. so sweet!


Ada gold dust... cantek. Thanks again.. :)


*Best tau anak dah pandai celebrate mothers day nie.. Mak ET, cepat2 hantar Balqis dan Insyirah masuk tadika..

21 May 2009

Buah Hati Pengarang Jantung

Lama pulak tak tayang gambar boipren² Mami-Sue. Untuk mereka yang merindui gelagat hero²ku ini.. layan..

Macam ni la cara pakai songkok yang betul.. kene sengetkan sikit macam atok salleh selalu pakai...hehe




Sila abaikan objek yang berdiri tegak ka belakang tu. Itu adalah entiti yang tidak disengajakan masuk dalam ceropong kamera... :P



Satu hari masa aku outstation kat Perak, borak ngan Danial dalam talipon.
Danial: Mummy kat mana ni?
Mummy: Mummy kat Perak la..
Danial: Haaa?!!!! Mummy BERAK? kikikiki..
(Kedengaran suara Danial mengekek gelak bersama Nadhirah.. Sambil mengulang ayat, "Mummy Berak...Mummy Berak...)
Adoii........

Akhirnya... Yesss!

Hehehe.. akhirnya berjaya jua. Usaha tangga kejayaan ye adik-adik!

Level: Expert
Times: 396 seconds (396 tu pasal terpaksa hide kejap bila bos lalu kat belakang.. bos ilang jer, sambung le balik..hehe)

20 May 2009

Hish.. sikit je lagi!


Nampak tu... hish. Geramnya!

Boring betul

Hish.. bosan betul hari ni. Main games ni pun tak menang2.. argh!!

Remote ASTRO


Beginilah rupa remote astro kitorang. Siap berikat dgn getah, sbb penutup bateri dah takleh lekat. Pastu cover remote signal kat atas tu pun dah kopak.. Walaupun rupa remote ini amat menyedihkan sekali, namun ia masih berfungsi dengan elok. Ni sebenarnya semote ke-3 (kalo tak silap aku la..), yang ori punye dah lama K.O. Beli kat Nilai 3, RM15.00..heheh. Semua ni gara² ninja aku... dah tak terbilang baper kali jatuh terhempas atau sengaja dihempaskan.. panjang umo ko ye remote!


Dan apa pulak persamaan remote kopak aku ngan handphone pink kat sebelah tu?? Perasan tak apadia...?? Haa, samer kes la ngan remote aku. Belah atas tu KOPAK. hahahaha.. kesian betul aku tgk hp nih. Saper punyer la agaknya eih?? Kalo aku tau ape model hp kopak ni, boleh la aku tolong belikan casing yang baru.. hehehe. Kesian...kesian!!


Terkenang di masa lalu...


19 May 2009

Sepintas lalu...

Saje mengimbau kenangan lalu.. Berikut adalah gambar Nadhirah masa kecil. Rindunya dengan bau baby dia.. :0)


Usia: 7 bulan


Usia: 10 bulan


Usia: 1 tahun.



Usia: 1 tahun 1 bulan



Usia: 1 tahun 2 bulan


Usia: 1 tahun 3 bulan



Usia: 1 tahun 4 bulan. Mula belajar suap makanan sendiri.



Usia: 1 tahun 5 bulan. Jalan2 di Zoo Negara.




Usia: 1 tahun 10 bulan


Usia: 1 tahun 11 bulan


Usia: 2 tahun 4 bulan

Usia: 2 tahun 2 bulan... dah pandai bergaya tau. Dah pandai mintak sunglasses. hehe


*Sampai sini dulu. Tak larat nak explore hardisk. Beratus folder nak belek.. sambung lenkali yer..