Sabtu, 25 Sept. 2010. Seawal jam 8.30 pagi kami dah keluar dari hotel mencari sarapan di pekan Sungai Besar. Terjumpa sebuah restoran berhampiran Pasar Awam Sungai Besar.
Roti canai telur di kedai tu sangat unik. Bukan sahaja dicampur bawang, tetapi terdapat juga sayur kobis di dalamnya. Bagus, sarapan yang berhasiat. Tapi jenuh la pulak aku kena korek keluarkan semua kobis2 tu. Anak2 Sidek semua tak suka sayur. Sebijik le macam aku kecik2 dulu.
Selesai sarapan, misi Jejak Kasih diteruskan. Kami dimaklumkan Kg. Tebuk Pulai terletak berhampiran JPJ Sabak Bernam. Tak susah nak cari JPJ, betul2 tepi jalan besar.
Pusing punya pusing, jumpa jugak kampung yang dicari.
Pusat Pentadbiran Kg. Tebuk Pulai. Dihadapannya terdapat sebuah kedai runcit.
Kami bertanya kepada salah seorang pelaggan yang ada di kedai tu. Rupa2nya beliau ada hubungan persaudaraan dengan orang yang kami cari. Alhamdulillah. Syukur. Urusan kami dipermudahkan Allah.
Dan kami di bawa terus ke rumah saudara yang dicari itu. Kebanyakkan rumah disini macam ni. Tinggi. Park kereta bawah rumah je. Selamat dari panas dan hujan. Konsep yang bagus.
Alhamdulillah! Jumpa jugak.
Sesi mengimbau kembali kenangan lalu.
Sambung pulak lepak kat bawah rumah. Sejuk je kat sini.. sentiasa berangin. Paling best bila ada pulak buai kat bawah tu… berebut-rebut kitorang nak naik.
Memang terbaek.. Harus cari kat mana ada jual buai ni.
Ayam Belanda ni sebenarnya kepunyaan tuan rumah. Aku rasa lepas kitorang balik, ayam ni gerenti sakit tekak. Sebab sepanjang kitorang kat sana, Danial dan Danish asyik la menyakat ayam ni. Bile budak berdua tu menjerit, ayam ni akan menyahut… “Klok…klok.. klok.. klok”. Sampai ke sudah. Aku sampai naik kesian tgk ayam ni. Macam tercekik tulang aje.
Jalan-jalan sekitar kampung..
Bestnya kalau dapat umah camni. Tepi sawah. Cuba bayangkan bila sawah padi sebelah mula menguning… issk. Kena datang lagi 6 bulan ni.
Tali air. Macam best je mancing kat sini.
Ada rumah di sebalik pohon yang merimbun tu. Pandangan yang sungguh klasik. Tak sangka tempat mcm ni ada di Selangor.
Di sesetangah tempat, padi dah mula di tanam.
Close-up sket. Untuk korang yg jakun tak penah tgk padi.
Termasuk aku.. hehe
Sekumpulan bangau sedang mencari makanan. Cacing ke, ikan ke, tidaklah teman tahu.. Tak payah pergi Zoo. Kat sini macam2 fauna boleh kita jumpa.
Si Burung Bangau.
”Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, Ikan sudah pupus.”
Pelbagai spesis burung ada disini. Burung ni tgh lepak di wayar letrik.
Gambar kurang jelas. Dah guna optical zoom 10x, and digital zoom 10x. Tunggu aku sambar kamera belalai gajah tu, hasilnya pasti lebih memuaskan :)
Kitorang terpaksa hentikan kereta untuk beri laluan kepada itik2 ni melintas jalan. Pandai beratur!! Kagum, kagum… Yang depan sekali tu Abang Long agaknya.
Dah sampai seberang jalan pun masih beratur lagi.
Comelllll sangat!!
dan lagi.. ciptaan Allah. Manusia pun tak tertib macam ni. Masuk komuter berebut mengalahkan kambing keluar kandang.
Di tempat yang lain, terserempak pulak dengan Cik Bee. Berdiri bulu roma kejap.. yeeeww..
Sekian dulu cerita di Kg. Tebuk Pulai. Bersambung di episod seterusnya.
1 comment:
bestkan rumah kg..pastu anak2 kita sure macam kejutan budaya bila pergi kg2 mcm ni..
Post a Comment