Rindunya dengan Mak. Rindu nak borak2 dengan Mak, nak peluk cium Mak, semuanya lah… Tak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Semalam ajak Abah ziarah Mak. Dah ramai rupanya jiran Mak. Dulu rumah Mak tepi jalan je, sekarang ni dah lapis ke-3 dari tepi. Tak susah nak cari rumah Mak, dah ada tanda nama. No Lot pun ada, 773.
Yang depan tu semua ahli baru.
Abah letak sejambak bunga atas pusara Mak. Bunga tu semua Abah petik dari laman. Abah yang tanam sendiri..
Nama Mak memang unik. Mungkin 1 dalam sejuta. Dan Mak tetap no. 1 di hati kami.
*speechless
Sayu sangat masa ziarah mak semalam. Hampir menitik juga airmata ni. Tapi kita tahan. Lebih baik hadiahkan doa dan Yassin untuk Mak.
Rasa lega sangat lepas dapat ziarah Mak. Macam dapat lepas rindu. Walaupun rindu tu takkan padam sampai bila-bila. Semoga Mak ditempatkan bersama mereka yang dikasihiNya. Semoga Mak berbahagia disana. Harap dapat ziarah Mak lagi minggu depan.
Al-fatihah.
01 September 2010
Rindu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Amin...
Thanks Kak Jay. Sayangilah orang tua kita sementara mereka masih ada. Pesanan untuk diri sendiri dan pembaca semuaa..
syahdunye mami sue... tersentuh hati.. terimakasih kerana mengingatkan utk menyayangi org tua kita... Sayang mak & abah....
nasib baik dah raya aku nie... kalau tak batal puasa , dah genang air mata nie... rindu mak jugak...
Post a Comment