Pages

27 September 2010

Sekian Lama Menyepi

IMG_2233

Baru hari ni dapat online. Hampir sebulan menyepikan diri dari dunia siber. Rindu kat aku ke? Korang ni.. mentang2 aku lama tak online, ada pulak yg ingat aku ‘berisi’… kalo ‘berisi’ pun tidak menjadi masalah untuk online ye, adik2 sekalian.. :P

Kalau korang nak tahu, sejak bulan Ogos aku guna U Mobile Prepaid Broadband. Dah malas nak melanggan postpaid, selalu sangat takder coverage 3g. Kalau ada pun, slow macam siput. Baik Celcom, baik Maxis. Sama je 2 kali 5.

Pengalaman selama sebulan gunakan Umobile, memang ekselen. Hujan ribut taufan katerina melanda pun, masih ada line.. laju mcm kilat. Belum tekan dah sampai. Oh, itu tipu…

Habis 30 hari, WGS beli kad top-up baru. RM70 utk sebulan. Dia suruh aku topup sendiri, and dia pesan lepas topup kena ‘purchase’ broadband…  Orait bos, senang je tu. Aku pun masukkan le simkad broadband tu kat HP, and ikut arahan pada belakang kad tu. Setel, cek baki, Ada bih kurang RM70.. Selesai.

Kuarkan SIM card, masuk kat modem. Dan cucuk ke laptop. Eh, berjaya.. dah boleh online. Maka dengan rakusnya aku pun bukak le multi-tab kat Firefox ni.. jelajah umah maya peberet aku.

Tak sampai seploh minit, paling tepat 7min 15 saat, line dissconnected. Try connec tak boleh2. Aku pun call le Customer Service. Dia kata aku dah habis guna RM70 tu.. What The Fish???

Diorang kata, sepatutnya lepas top-up kena ‘purchase’ broadband. Jika tak, yg aku top-up tu dikira untuk ‘call’ bukan utk broadband. Maka cajnya adalah 1 sen per 1 KB. Termenung sejenak. Baru la teringat pesanan pihak penaja.. (WGS le).

Sebagai denda, WGS taknak topupkan lagi. Bulan depan je, katanya. Huhu.. redha aje la.

Itu je cerita sebab musabab aku tak dapat nak online. Terima kasih kepada korang yang masih ambil berat pasal aku. Byk cerita nak update. Tak tahu nak mula dari mana.

Sekian.

3 comments:

kavinesh said...

ahhhahah... tula lain kali ingat pada pesanan org tua.... kan dah sesat jalan...

kak jay said...

He3x...mcm tau2 je apa dlm fikiran akak. Anyway..buat cek list. Baru senang nak mulakan. Tak sabo nak tengok baju raya tahun ni.

Sue said...

Kavi: Sudah kembali ke pangkal jalan.

Kak Jay: Baju raya? Ish, tak pesen pun. :)