Pages

18 August 2010

Tragedi Ramadhan

Malam semalam, 5 orang kanak-kanak terkunci di dalam bilik atas. Diorang ramai-ramai main dalam bilik. Tapi tak bagi Danial join sekali. So, anak2 dara sume pakat lock pintu dari dalam. Danial pulak kat luar dah menendang-nendang pintu suruh bukak. Akhirnya, pintu pun jammed langsung tak boleh bukak walau menggunakan kunci.. meggelabah semua.

Kelamkabut si hero yang dipulaukan turun bawah… mencari penyelamat.. “Daddy, daddy.. diorang semua terkunci kat dalam bilik.. pintu dah tak boleh bukak.”

Nasib baik le semua dah selesai berbuka. Daddy masa tu tengah layan blues sambil membakar paru-paru. Merokok la..

Mangsa-mangasa yang terkunci adalah seperti berikut:

  1. Nadhirah (ketua)
  2. Balqis
  3. Insyirah
  4. Danish
  5. Dahlia

Lebih setengah jam diorang terkunci kat dalam bilik. Nadhirah dah panik, hampir menangis. Si Dahlia, rilex jer.. tapi mak dia yang risau. Aku pun risau gak dengan Danish.. sbb dia tak pakai diapers. Takut dia ter’lepas’ pulak kat dalam bilik… satu kerja pulak nak mengemop.

Nasib baik le grill tingkap kat bilik tu bukan grill mati. Maknanya gril tu boleh dibuka selaknya… So daddy panjat awning belakang, terus sampai ke tingkap bilik tu. Tingkap tu pulak dah sedia terbuka.

Alhamdulillah, semua mangsa dapat dikeluarkan selepas tombol pintu dikopak dari dalam. Huh.. geram betul dengan budak2 tu. Dah ramai2, langsung tak makan saman. Harap2 diorang dah belajar sesuatu daripada tragedi ini…

Sekian.

*Pic takder sebab penulis agak panik jugak masa tu. Risau pintu kena pecah, satu hal pulak nak ganti pintu baru…hahaha

3 comments:

k.long mami-sue said...

hahaha..lawak bulan ramadhan..biasala sekali skala brlaku tragedi..sib baik ada wgs..dia dh jdi superman tukang penyelamat budak2...okla tu.. :-)

Sue said...

Oh, janganlah perkara macam ni berlaku waktu ketiadaan superman tu. Mintak dijauhkan. Aku blom amik kursus superman lagi. hehe

makLong said...

jadik wonder woman ler mami sue... lps ni msti diaorg fobia nk main dlm bilik..