Pages

13 August 2010

Saya sudah di banci… anda???

image 

Baru sebentar tadi 2 orang kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia datang ke rumah. Mujurlah keduanya wanita, kalau tak segan juga. Err, curiga pun ye jugak. 

Sebagai langkah keselamatan, kami hanya menjalankan sesi soaljawab di luar rumah je. Kat gazebo, kira ok la tu kan? Sesi soaljawab berlangsung dengan penuh santai. Wah, ayat majalah.

Antara soalan yang ditanya:

  • Bilangan isirumah
  • Nama dan tarikh lahir setiap isirumah
  • Pekerjaan dan pendapatan
  • Pemilikan harta (rumah dan kereta)

Itu aje.. simple. Ingatkan banyak sangat soalan yang nak ditanya.

Lepas ni, jika ada yang mengetuk pintu / tekan loceng rumah korang dan mereka kelihatan serupa seperti jurujual, janganlah terus tutup pintu. Tanya dulu tujuan diorang. Kesian tgk petugas banci ni, berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah… berpanas terik, puasa lagi.. sabar la ye adik2, COBAAN!

Eh, tapi jangan pulak korang simply bukak pintu jemput diorang masuk sebelum membuat pengesahan. Cek dulu pas diorang tu. Kalau berlaku perkara yang tak diingini, aku tak bertanggung jawab ye.

Sedikit info untuk dikongsi bersama:

METODOLOGI/KAEDAH PEMBANCIAN

Dalam pelaksanaan Banci 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan kaedah pengumpulan data yang pelbagai iaitu:

i.Temu ramah bersemuka:

Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat.

ii.Pengisian sendiri

a) Drop-off and pick-up (DOPU)

Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi.

b) e-Census

Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan www.statistics.gov.my. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diakses.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

No comments: