Pages

16 August 2010

Terima Kasih Daun Keladi, Lainkali Datang lah Lagi…

 

Assalamualaikum, salam Ramadhan, salam 1 Malaysia.

Sabtu lepas G.U.A. (Geng Umah Atok) telah berjaya mengadakan re-union pertama untuk tahun ini. Kali terakhir kitorang berkumpul adalah pada tahun 2009. Re-union seterusnya tidak dapat dipastikan bila. Mungkin kah pada tahun 2012 nanti?

Short notice.. jumaat petang discus lebih kurang, jumaat malam konfem. Sabtu diorang serbu.. Maka juadahnya adalah lebih kurang juga. 



9a
Custard Cream Puff
(sendiri bikin… sedang mengasah skill)


10a
Tepung pelita & Tako
(dah bercampur dan sukar dikenalpasti melalui imej)


8a
Kacang Buncis goreng perisa Udang


7a
Ayam masak merah kegemaran Angah dan juga my doter, Nadhirah.


Majlis makan-makan adalah berjalan lancar sambil mengimbau kenangan lalu. Abg Kental? Dr. Lolo’? kak Et? Atok yang panas baran? hehehe… hanya korang yang memahami.

3a
Bawah dari kiri: Me & Angah
Atas dari kiri: Wan, Sal & baby Qistina, Najwa
Tidak Hadir: Wirda & Zai.. (rugi le korang)



 5a
Baby Qistina Aleya yang sangat comel. Tapi bile dia mula bukak volume level 24, semua orang lari..heheh. Jenuh Umi dia pujuk. Nanti Mummy-Sue pasang air-cond yer Qis.. doakan  Uncle Sidek jadi Jotawan.



6a 
Adeh.. ada koboi sesat, naik rusa, pakai baju batik terengganu pulak tu. Koboi 1 Malaysia.

Ada beberapa gambar lagi pada kamera Angah dan Sal. Insya Allah, kalau dapat gambar2 tu, akan ada 2nd update pasal re-union GUA nih.

Seronok betul dapat jumpa korang. Aku tak kisah kalau aku jadi penganjur lagi, dan lagi, dan lagi dan lagi. Cuma aku takut korang pulak bosan asyik2 makan masakan aku je. Tapi aku lebih suka macam ni, sebab senang sikit nak kontrol 2 askar wataniah aku tu. Korang pun tahu camana ligat Danial & Danish tu.. sampai Wan pun geleng kepala.. hehe.


Sekian, selamat berbuka puasa kepada semua.

1 comment:

KaMi said...

untuk next re union, aku request ikan cencaru sumbat k... ngan sambal kerang
huhuhuhu