Pages

30 August 2010

Brussels, Belgium.

Keadaan di hotel apartment. Lengkap dengan semua peralatan rumah. Dari dapur masak, pencuci pinggan, spongebob, penyapu, micorwave oven etc… cuma lesung batu aje yang tak ada.

25082010545

 25082010538 25082010541

Keadaan Persekitaran

24082010530 24082010531 25082010532 25082010537 25082010587 25082010588 25082010589

Ole-ole:
25082010562

25082010563 25082010564 25082010556

Sorry tak ada caption lengkap. WGS sedang sibuk berkemas dan masih lagi mengalami jet-lag, maka tak dapat le nak interview dia lebih2. Makan penampo pulak nanti. Korang buat la caption sendiri ye.


Dah.. nak keluar pegi beli barang. Bye!

26 August 2010

Selamat Jalan WG!

Image0420 
All my begs is pakced, im ready to go..


Image0421
WG sedang bersedia untuk bersedih sebentar lagi


Image0422
WG pasti merindui kami di bumi Malaysia.
Anak2 sedara pasti rindukan Ipod WG..hehe


Image0423
Keberangkatan WG ke KLIA.

 

Semoga perjalanan WG selamat dan dipermudahkan segala urusan. Nantikan kedatangan kami ke Korea pada 2012 nanti.
Gigih nak kumpul duit nih, nak merasa naik kapalterobang.

Sekian.

*pic adalah buruk kerana guna kamera hp. Isk, rindu lah kat kamera ku yg godang itu.. hehehe.

25 August 2010

Random PIc…

page

Semua gambar daripada hp. Mana-mana aksi Danial yang agak terlampau tu, sebenarnya dia yg snap sendiri. Jangan tak percaya. Sebijik la macam mak dia.. huhuhu.

 

image
Thanks to someone in Brussels for viewing my blog.
I love u lah…
:)

Err, thanks to someone in Country Homes for viewing my blog also. You know who you are.
:P

Menu Berbuka Yang Marbeles

Image0415
Sambal kentang + ikan bilis

 

Image0416
Telur mata kerbau + kicap

+

Nasi Panas…

Tak perlu lauk lain. Ini je dah cukup.
:)

24 August 2010

Biskut Raya

Since dah bersara ni, teringin la nak buat kuih raya sendiri. Tahun-tahun sebelum ni memang beli je. Tak sempat nak buat.. or malas sebenarnya. eheh..

Menu kuih raya dah ada. Hasil dari terjahan ke blog pakar masakan. Juga hasil testimoni yang meyakinkan dari mereka yang dah mencuba buat biskut tersebut.

Maka target saya nak buat biskut raya ini:

1. Almond Crunchy Cookies

image

 

 

 

 

 

 

2. Strawberry Fingers Coookies

image 


3. Snow Almond

image


4. Chocolate Almond Crunchy
image

Sumber semua gambar dari Blog Citarasawan. Kredit kepada beliau. Terimakasih Kak Wan sebab sudi berkongsi resepi dan tips kepada kami murid2 yang baru belajar ni..

Sila doakan kejayaan saya untuk membuat biskut di atas. Tak dapat 4 jenis, 1 jenis pun cukup la. Korang pulak mcm mana???

18 August 2010

Tragedi Ramadhan

Malam semalam, 5 orang kanak-kanak terkunci di dalam bilik atas. Diorang ramai-ramai main dalam bilik. Tapi tak bagi Danial join sekali. So, anak2 dara sume pakat lock pintu dari dalam. Danial pulak kat luar dah menendang-nendang pintu suruh bukak. Akhirnya, pintu pun jammed langsung tak boleh bukak walau menggunakan kunci.. meggelabah semua.

Kelamkabut si hero yang dipulaukan turun bawah… mencari penyelamat.. “Daddy, daddy.. diorang semua terkunci kat dalam bilik.. pintu dah tak boleh bukak.”

Nasib baik le semua dah selesai berbuka. Daddy masa tu tengah layan blues sambil membakar paru-paru. Merokok la..

Mangsa-mangasa yang terkunci adalah seperti berikut:

  1. Nadhirah (ketua)
  2. Balqis
  3. Insyirah
  4. Danish
  5. Dahlia

Lebih setengah jam diorang terkunci kat dalam bilik. Nadhirah dah panik, hampir menangis. Si Dahlia, rilex jer.. tapi mak dia yang risau. Aku pun risau gak dengan Danish.. sbb dia tak pakai diapers. Takut dia ter’lepas’ pulak kat dalam bilik… satu kerja pulak nak mengemop.

Nasib baik le grill tingkap kat bilik tu bukan grill mati. Maknanya gril tu boleh dibuka selaknya… So daddy panjat awning belakang, terus sampai ke tingkap bilik tu. Tingkap tu pulak dah sedia terbuka.

Alhamdulillah, semua mangsa dapat dikeluarkan selepas tombol pintu dikopak dari dalam. Huh.. geram betul dengan budak2 tu. Dah ramai2, langsung tak makan saman. Harap2 diorang dah belajar sesuatu daripada tragedi ini…

Sekian.

*Pic takder sebab penulis agak panik jugak masa tu. Risau pintu kena pecah, satu hal pulak nak ganti pintu baru…hahaha

Takder Ong lah.. :P

image

Bile nak dapat seploh jota chips nih…???

16 August 2010

Terima Kasih Daun Keladi, Lainkali Datang lah Lagi…

 

Assalamualaikum, salam Ramadhan, salam 1 Malaysia.

Sabtu lepas G.U.A. (Geng Umah Atok) telah berjaya mengadakan re-union pertama untuk tahun ini. Kali terakhir kitorang berkumpul adalah pada tahun 2009. Re-union seterusnya tidak dapat dipastikan bila. Mungkin kah pada tahun 2012 nanti?

Short notice.. jumaat petang discus lebih kurang, jumaat malam konfem. Sabtu diorang serbu.. Maka juadahnya adalah lebih kurang juga. 



9a
Custard Cream Puff
(sendiri bikin… sedang mengasah skill)


10a
Tepung pelita & Tako
(dah bercampur dan sukar dikenalpasti melalui imej)


8a
Kacang Buncis goreng perisa Udang


7a
Ayam masak merah kegemaran Angah dan juga my doter, Nadhirah.


Majlis makan-makan adalah berjalan lancar sambil mengimbau kenangan lalu. Abg Kental? Dr. Lolo’? kak Et? Atok yang panas baran? hehehe… hanya korang yang memahami.

3a
Bawah dari kiri: Me & Angah
Atas dari kiri: Wan, Sal & baby Qistina, Najwa
Tidak Hadir: Wirda & Zai.. (rugi le korang)



 5a
Baby Qistina Aleya yang sangat comel. Tapi bile dia mula bukak volume level 24, semua orang lari..heheh. Jenuh Umi dia pujuk. Nanti Mummy-Sue pasang air-cond yer Qis.. doakan  Uncle Sidek jadi Jotawan.



6a 
Adeh.. ada koboi sesat, naik rusa, pakai baju batik terengganu pulak tu. Koboi 1 Malaysia.

Ada beberapa gambar lagi pada kamera Angah dan Sal. Insya Allah, kalau dapat gambar2 tu, akan ada 2nd update pasal re-union GUA nih.

Seronok betul dapat jumpa korang. Aku tak kisah kalau aku jadi penganjur lagi, dan lagi, dan lagi dan lagi. Cuma aku takut korang pulak bosan asyik2 makan masakan aku je. Tapi aku lebih suka macam ni, sebab senang sikit nak kontrol 2 askar wataniah aku tu. Korang pun tahu camana ligat Danial & Danish tu.. sampai Wan pun geleng kepala.. hehe.


Sekian, selamat berbuka puasa kepada semua.

13 August 2010

Saya sudah di banci… anda???

image 

Baru sebentar tadi 2 orang kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia datang ke rumah. Mujurlah keduanya wanita, kalau tak segan juga. Err, curiga pun ye jugak. 

Sebagai langkah keselamatan, kami hanya menjalankan sesi soaljawab di luar rumah je. Kat gazebo, kira ok la tu kan? Sesi soaljawab berlangsung dengan penuh santai. Wah, ayat majalah.

Antara soalan yang ditanya:

  • Bilangan isirumah
  • Nama dan tarikh lahir setiap isirumah
  • Pekerjaan dan pendapatan
  • Pemilikan harta (rumah dan kereta)

Itu aje.. simple. Ingatkan banyak sangat soalan yang nak ditanya.

Lepas ni, jika ada yang mengetuk pintu / tekan loceng rumah korang dan mereka kelihatan serupa seperti jurujual, janganlah terus tutup pintu. Tanya dulu tujuan diorang. Kesian tgk petugas banci ni, berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah… berpanas terik, puasa lagi.. sabar la ye adik2, COBAAN!

Eh, tapi jangan pulak korang simply bukak pintu jemput diorang masuk sebelum membuat pengesahan. Cek dulu pas diorang tu. Kalau berlaku perkara yang tak diingini, aku tak bertanggung jawab ye.

Sedikit info untuk dikongsi bersama:

METODOLOGI/KAEDAH PEMBANCIAN

Dalam pelaksanaan Banci 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan kaedah pengumpulan data yang pelbagai iaitu:

i.Temu ramah bersemuka:

Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat.

ii.Pengisian sendiri

a) Drop-off and pick-up (DOPU)

Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi.

b) e-Census

Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan www.statistics.gov.my. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diakses.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

12 August 2010

Menjawab TAG

Adeh.. tak pasal-pasal pulak kena TAG. Tapi, bagus jugak. Sementara kekeringan idea ni, ada jugak bahan untuk update blog. Tag pun, tag lahh…

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT?
Yer… sebab belum mandi. Kena pulak tempias haba dari laptop ni..

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg

image
Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
Pc baru lepas format. Sebab tu guna default windows wallpaper je.

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Tak ingat, sebab dah lama sangat. Mungkin sebulan setengah yang lalu. Anak2 pun dah berzikir kat telinga ajak pegi makan PIZZA. Nak buat sendiri? Males, tunggu ada BibikMelayu dulu..

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Default ringtone Nokia. Deringan HP sendiri sebab ayahanda call, kejutkan sahur. Nampak nau aku suke yang default aje. Yess im a simple person... easy going. Eh, citer pasal lagu je yer. Sori.

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Ber MukaBuku… Zynga Poker Game.. Bilerlah nak dapat 10jota ni.

Soalan 7: Selain  nama sendiri  anda dipanggil name ape?
Sue, Shila, Mami-Sue, Siz, Sizuka, Maksu, Auntie Sue (gelemer nama i semuanya..)

Soalan 8: Tag lagi 5 orang…
    1. Lan Batman
    2. Kavitha
    3. Kak Jay
    4. Mama Ieja
    5. Kak Hasbuna

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
X office mate.. Selamber. Seronok berkerja dengan beliau. Bile cukup korum, dia boleh transform jadi memerang.. berkubang menangkap ikan. Oii.. nanti buat open house tau, aku nak datang.

Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
Opps, i owe u this:


Photo0717
Photo0720

*Kualiti gambar kurang menarik, guna kamera HP. Tunggu pic dari pro-photog.

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Selalu berhubungan dengan keluarganya yang menetap di Melaka.Dia pulak kerja di Selangor. Seorang ‘kakak’ yang memahami. Selalu menjadi tempat rujukan saya mengenai hal pejabat atau pun peribadi. Puding kastard saya adalah idaman beliau.... :P

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Juga x-officemate. Anak didik orang  No. 1. Baru berumah tangga awal tahun ni. Tak sabar nak tgk dia preggy, mesti comel.

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Mama Ieja, rindu le kat akak. Teringin betul nak tgk pic terkini akak. Dah lama kita tak outing sesama. Teringat dulu masa kita bisness brooch. Time nak kira untung, dedua sengal.. konpius how to bahagikan untung and pulang balik modal. Hehehe…

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag.?
Mereka adalah rakan saya di alam nyata. Semua ada blog, tapi update sekali sekala. Saya tahu diorang selalu teropong blog saya. Sebab blog saya comel, ada ladybug kiri kanan. Saya pun comel jugak.

Sekian.

11 August 2010

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan kali ini. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap selama ini, sengaja mahupun tidak.

Semoga Ramadhan kali ini akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Yang Maha Esa. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini. Adakah kita berpeluang berjumpa Ramadhan di tahun hadapan? Wallahua'lam.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. Amin.

09 August 2010

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1431H / 2010M BAGI NEG. SELANGOR

ZON I: DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG


HARI HIJRIAH MILADIAH IMSAK
(am)
BERBUKA
(pm)
Rabu 1 11 Ogos 5.43 7.28
Khamis 2 12 5.43 7.28
Jumaat 3 13 5.43 7.27
Sabtu 4 14 5.43 7.27
Ahad 5 15 5.43 7.27
Isnin 6 16 5.43 7.26
Selasa 7 17 5.43 7.26
Rabu 8 18 5.43 7.26
Khamis 9 19 5.43 7.25
Jumaat 10 20 5.43 7.25
Sabtu 11 21 5.43 7.25
Ahad 12 22 5.43 7.24
Isnin 13 23 5.43 7.24
Selasa 14 24 5.42 7.24
Rabu 15 25 5.42 7.23
Khamis 16 26 5.42 7.23
Jumaat 17 27 5.42 7.23
Sabtu 18 28 5.42 7.22
Ahad 19 29 5.42 7.22
Isnin 20 30 5.42 7.21
Selasa 21 31 5.42 7.21
Rabu 22 1 Sept 5.41 7.21
Khamis 23 2 5.41 7.20
Jumaat 24 3 5.41 7.20
Sabtu 25 4 5.41 7.19
Ahad 26 5 5.41 7.19
Isnin 27 6 5.41 7.18
Selasa 28 7 5.41 7.18
Rabu 29 8 5.41 7.18
Khamis 30 9 5.40 7.17

*Sumber: JAKIM
*Entry ini adalah sticky mode sehingga Raya.
*Sila scroll down untuk entry terbaru (kalo ada..)

06 August 2010

Reverse Psicho…

 

 image

Danial & Danish kalau ikut ke kedai, sure mintak mainan. Tak kira besar atau kecik mesti nak kena beli. Selalunya diorang nak kereta lumba atau pistol. Kalo tak dibelikan, memang menangis sakan le.

Tapi sekarang ni dah ok sikit. Since Mommy dia mendapat satu idea..

"Ok, Mommy boleh belikan Abang dan Adik mainan. Tapi Mommy kena pergi kerja. Adik dan Abang pulak kena stay kat Taska. Petang, balik kerja nanti baru Mommy ambil. Bolehla beli mainan banyak-banyak sebab Mommy dapat gaji……”

”Ala… Abang taknak Mommy pergi kerja! Abang nak Mommy duduk rumah dengan Abang.”

”Danish taknak pergi sekolah (taska le tuh). Taknak!! Taknak!! Taknak jugak!!”

Kedua-duanya menangis mendayu-dayu. Punyalah taknak pergi taska.

“So, nak beli mainan tak? Jom la.. kita pergi beli mainan. Tapi Mommy kena pergi kerja tau?”

“TAK NAK… TAK NAK BELI MAINAN LAGI…!!! NAK MOMMY DUDUK RUMAH AJERRR…!”

wakakakkaka..
menjadi trick mak ko