Pages

29 April 2010

28 April 2010

dan pemenangnya jatuh kepada…

Ibnu Mustakim

Aku tak heran camana Encik Ibnu Mustakim ni yang menang. Dia sememangnya seorang smoker yang aktif dalam ertikata lain perokok tegar. No wonder dia boleh tahu pasal gadjet tu.. hehe. Betul tak Encik Ibu Mustakim???

Jangan risau, hadiah akan diberi seperti yang dijanjikan. Sila beri no akaun m*ybank saudara kepada saya melalui button Hubungi Saya (kat bawah header) ataupun melalui email pun boleh…

Tahniah Encik Ibnu Mustakim. Sedikit persoalan untuk encik, dah pernah try ke electronic cig tu? Saya dah banyak kali cuba.. takder la best mana. Buat kebas lidah jer.. hehehehe.

IMG_0474

Rupa sebenar

IMG_0476

Isi

IMG_0477

Rokoknya.. Bila hisap, bhgn depan tu akan menyala seakan terbakar.. Ia juga menghasilkan asap yang berupa wap air.. lawak seii…

IMG_0480

The complete set

Bila charge on, indicator biru di atas kotak tu akan menyala..

Kalau tuan bijak bistari….

…apakah gerangan benda di bawah ini??

 

 

heaven

Sebuah kotak hitam berserta charger-nya sekali. Kotak apakah itu? MP3 player kah? Digital camera kah? Ipod kah? Dopod kah? Handphone kah?

Ops, terlebih sudah memberi clue

 

Mari..mari.. teka cepat. Jika anda berjaya saya akan menghadiahkan anda RM10.00 terus ke dalam akaun M*ybank anda. Dengan syarat anda sememangnya telah mempunyai akaun M*ybank ler....l

 

Ini betul-betul.. bukan cobaan!

 

*Peraduan hanya dibuka sehingga pukul 12.00 tengahari ini, 28 April 2010. Selepas waktu, itu sebarang rayuan tidak akan dilayan.. :p

21 April 2010

Buat apa tu hah???

IMG_0413Kelihatan Danish di situ.. Dia sendiri tarik kerusi ke situ. Ape benda agaknya yang budak kecik ni buat…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_0417

Ler…… dia main masak2 dalam peti sejuk rupanya. 2 biji telur menjadi mangsa.. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

IMG_0418

Bahan bukti

Aduhai…. Mummy ko dulu main masak-masak gak masa kecik2. Tapi takder la guna bahan betul. Petik daun2 pokok jer, konon sebagai sayur. Tak pernah terpikir nak rembat telur dalam peti ais. Dan tak pernah terpikir nak main masak2 kat dalam peti ais tu sendiri……

Uwa….

19 April 2010

Bakal Pelumba F1 Negara, Tahun 2025.

IMG_0348

Mengancam tak saya pose macam ni? Ini saya pose sendiri, bukan mummy ajar. Saya dah besar dan suka bergambar. Sila salahkan mummy untuk itu.

IMG_0345

Tunggu la saya besar sikit lagi. Tertinggal 10 tiang le korang…

IMG_0347

Aisey, sekali tenggelam pulak budak botak ni. Takpe dik, lenkali datang kita bawak bantal ye?

IMG_0349

Danish yg rambang mata, tak tahu nak pilih kereta mana satu..

semua nampak best. Kecuali kereta Daddy, sbb gemuk sangat.. tak bole laju.

IMG_0354

Lesen belom dapat, jadi penonton dulu la..

IMG_0369

Cheeeese!

IMG_0380

Adui… gaya tak bole blah. Anak sape la ni…

IMG_0378

I’m ready to race

IMG_0412

Pit stop?

IMG_0408

Gadis litar…

Alamak, pakai selipar jepon je? Potong betul la..

Sebenarnya, aksi2 di atas di rakam ketika menemankan Daddy berluma Go-Kart di Litar Go-Kart Sepang hari Jumaat yang lalu. Daddy race dengan kawan2 opis Daddy, ramai jugak. Paling best daddy menang tempat ke-3. Hehehe.. tak sia-sia Mummy datang, bagi sokongan. Gambar Daddy race? Err.. nanti ye.

Bapa Mertua ku…

Abah warded petangJumaat. Plan asal cuma ke klinik biasa, tapi doktor arahkan utk masuk wad sbb keadaan abah tidak memuaskan. Maka bermalamlah abah di Putra Specialist Hospital, Batu Pahat.

 

Pagi semalam, kitorang anak beranak bertolak terus ke sana menziarah abah. Ramai rupanya.. mak, apis, noren, kojek & family, kakak dan anak2, pejul & family, cik bedah, cik sal pun ada. Kecoh macam kenduri…

 

Sebab utama abah ditahan adalah asma. Then ada pulak kencing kotor. Hari ni katanya nak scan buah pinggang dan paru-paru.

 

Semoga Abah cepat sembuh, seperti sediakala. Tak seronok lepak ngan abah kat hospital.. rumah abah yang besar tu pun, tak cukup tanah cucu-cucu abah nak lari. Inikan pulak kat hospital yang comel tu.. :) Rajin2 makan ubat dan ambil neb yer..

 

 

 

IMG_0458 IMG_0459

IMG_0460

IMG_0461 IMG_0462

Sekian.

13 April 2010

Aduhh.. gi mana nih??

Image0064

Kualiti gambar tidak mememuaskan kerana hanya menggunakan kamera talipon yang tidak cukup canggih. Apapun saya berterima kasih dengan talipon free itu.

 

 

Tarikh: 12 April 2010 @ Isnin

Masa: Lingkungan waktu maghrib

 

Catatan:

Masa tu aku mandi kat atas. Lepas mandi bukak pesbuk jap sebab tak sabar nak tgk pic org BCH senor-keling kat Redang. Sambil layan fb, sayup2 kedengaran bunyi air bercucuran di toilet bawah. Selang seli dengan hilai tawa Danial dan Danish.. Rasa tak sedap hati.. budak berdua tu takkan hanya main air sampai excited sebegitu rupa. Terpaksa le meneropong diorang kat dlm toilet.

 

Terkejut gila bila nampak gunting di tangan Danial. Danish pulak dah basah kuyup dengan seluar baju. Ohhh.. Danial bukak saloon rupanya, dan mangsa adalah Danish. Hasilnya macam gambar tu le. Cantik bukan? Sopak rambut adik dikerjakan Danial.. sampai nampak kulit kepala. Ni kalo guna mesin tebas rambut macam kat kedai tu, yang NO 1 la.

 

Oh.. sangat tensi bila melihat rambut Danish skrg ini. Tak sabar betul nak pergi botakkan kepala dia. Tengokla esok kalo sempat..

 

Apapun, sangat2 bersyukur sebab tak terpotong telinga Danish. Kalau tak betul la ada yang kena ganti dengan TELINGA GAJAH.. hehe.

 

Lesson learnt!

09 April 2010

Makanan Arab, korang pernah cuba?

Ini semua adalah idea En. WGS. Dia tu, tanyalah ape sahaja tempat makan yang spesial. Insya Allah dia leh tunjukkan. Ko nak makan makanan Arab? Makanan Cina? Makanan Siam? Makan atas daun pisang? Nak makan rumput aje (vegi)? Tempat yang dia tunjuk bukan calang-calang. Sediakan aje $$$$ cukup2.. :P

IMG_0093 Lokasi: Sri Petaling

Antara menu yang ditawarkan…

IMG_0056

IMG_0057 IMG_0058 IMG_0059 IMG_0060 IMG_0061

Dan yang paling tak boleh bla adalah….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_0062

Sekor kambing elok je terduduk atas nasi beriani korang.

Tak sanggup aku nak makan. Lain macam je rupa dia..

hehehe

Jadi apa yang kitorang order?

IMG_0073

Tomato Soup by En. Wgs

IMG_0080

Samosa by Kojek

IMG_0082

Sepaigeti by En. Danial..

(Danial mmg panggil sepaigeti…not spaghetti)

IMG_0091

Lamb grill

Sedap.. berebut makan dengan Danish.

Suka kambing rupanya budak kecik tu…

IMG_0092

Tu dia..

Muka happy dapat makan kambing.

IMG_0081 IMG_0083

IMG_0071

Suasana di dalam restoran.

Sila abaikan wanita berbaju merah itu.

Tak sengaja ter-interprem. Tido pulak tu..

IMG_0072

Hiasan dinding yang sungguh tidak mesra kanak-kanak

IMG_0068

Cubaan mempelbagaikan gaya subjek

IMG_0075

Oh.. saya suka berkeadaan begini.

Si Dia melayan si kecil manakala saya dengan senang hati menyuap makanan ke mulut sendirii..

Sedikit keji disitu.. sila jangan tiru.

IMG_0086

Beginilah selalunya..

Saya mengambil gambar orang lain dengan begitu cantik, tetapi gambar saya hanya sipi2 begini. Tangan pun hilang. Isk.. DSLR, bile agaknya ko boleh menjelma dalam hidupku?

IMG_0063

Saksikan gelagat Danial. Tak kira makan kat warung ke, McD ke, KFC ke, Hotel ke, Sukahati dia aje nak buat apa. Toksah kata makanan bertabur kat lantai, sudu garfu pun ikut sekali.. Meja kitorang dah macam kena langgar garuda aje. Nasib le kan. Apa guna bayo service tax mahal2.. wakakaka. Tu pasal aku suka makan kat kedai.

Sekian

Ehem…ehem!

IMG_9976

Pheewit.. Tunggu siapa tu?

Jarang jumpe lelaki yang pakai baju FINK..

So sweet la u, Bro!

IMG_9974

Bro, lu tengah tunggu lu punye Blind Date ke?

IMG_9973

Aisey.. Sekali sudah ada 2 askar lah!

Potong betul..

IMG_9977

Eh, bukan 2 malahan 3!

Respek la lu, Bro!

hehehe

IMG_9979

Ish.. sekali keluar pulak muka Mem Besar ni.

Hish..

Saje-saje merepek. Menunggu idea datang mencurah-curah.