Pages

16 January 2014

Giliran Danish pula bersekolah

Alhamdulillah,

Tiba pula giliran Danish menjejakkan kaki ke sekolah. Berdebar juga, memandangkan Danish ni agak manja... anak bongsu la katekan (setakat ni..ehehe).


Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Sama macam Danial.



Dalam perjalanan ke sekolah. Ade la sikit adegan airmata pagi tu.. dia pergi tepi umah, diam2 rupanya menangis. Sayu agaknya hati nak tinggalkan Mummy kat umah.  



sedih benar muka ko dik. bertabahla yer. 

eh, mak pun nak interprem jugak.
ohh, beg duit gantung kat leher, tu memang trademark anak2 s1dek.
selain memudahkan beliau untuk ambik duit, ianya juga memudahkan mak nak spot Danish dari jauh. terumata waktu rehat or waktu balik nanti. kalau dah pakaian semua sama, tali merah tu memang menonjol dari kejauhan.. gituuu. 


sekolah agama tak bawak bekal, bawak duit. memang train abang dan kakak dia pun macam ni jugak dulu. sbbnya awal pagi, mak tak sempat nak sediakan bekal. (read: mak bangun lambat, haha) sarapan ringkas kat rumah sebelum ke sekolah, minum milo atau makan cereal. sbb nanti pukul 9.00 dah rehat.



alahai, hensem anak mak.
dia ni pesen senyum memang pelik sikit. maklumla, gigi rompong... 



tu diaaaa..... ini tahun satu sahaja ya. separuh dewan.
jumlah semua kelas ada lebih kurang 11-12 kelas. satu kelas lebih kurang 40 orang murid. silalah kira berapa jumlah murid tahun 1 kat sekolah ni. mujurla bulan depan sekolah bukit makhota dah buka. kurang la sikit kesesakan...


setiap hari, sampai je kat sekolah kena berkumpul kat dewan. lepas tu berbaris masuk ke kelas. untuk minggu pertama-kedua ni, elok je berbaris. tunggu la masuk sebulan nanti, memang bersepah. yang lari lain, yang jalan lenggang kangkung sambil bergossip lain, yg jln pegang2 tangan pun ada. lagi taiko, ada yang langsung tak masuk dewan, dia masuk kelas terus, tunggu dalam kelas. haha..


sekolah petang dia happy sikit.



waktu rehat. untung danish kelas bawah, si dia antara yang terawal sampai kantin. mummy sediakan bekal utk sekolah kebangsaan. supaya tak payah berebut2 beli makanan. maklumla, murid sek keb ramai. tak macam sekolah agama. utk jalan mudah, bawak aje la bekal. sesekali nak bawak duit, boleh. itupun tak boleh banyak2. nanti dia bagi kat kawan2. 

bekalan sosej  3 ketul.
sekejapan selesai. lapar sangat atau terlalu teruja makan bekal kat sekolah.

senarai nama murid kelas danish.
3 orang danish duduk sekelas. pepandailah cikgu nak kenalpasti danish2 tersebut ya.


danial, dah darjah 3. 
jangan tido kat kelas lagi tau.. jadi juara tido dalam kelas tahun lepas aje sudah la. cukup2 la tu 
(tengok tu, dompet gantung kat leher lagi....)


nadhirah,dah darjah 5.
begitu pantas masa berlalu.

tahun ni gigih menjahit lencana sendiri. kalau tak memang hantar kat kedai aje. 
aku upload gambo ni kat fb, habis kena kutuk. ada yg kata macam jahit guni beras. haha
fedulik hapa. ini pun dah kira okey tau. kalau yang dulu lagi teruk dari ni. takde kata2 yg boleh menggambarkan betapa horrornya jahitan aku. 

WGS takmo belikan mesin jahit. walaupun aku kata nak jahit langsir, jahit tegak aje.. bukan susah.

tapi WGS kata, nanti aku jahit langsir pun senget. dia tak percaya langsung bakat terendam aku  nih. 
ciskek betul... haha





2 comments:

KaMi said...

Akhirnya.... baru ada update,....

Nape kakak nye Nadirah nampak gelap ye..? Hehehe... Berjemur ni!!!

mamisu said...

Heheh.. ko rindu dengan bebelan aku ye? ;)

Mmg dah itam anak dara aku tu wa.. sabau ajela.