Pages

30 January 2014

Dejavu

Alhamdulillah.. sekejap je dah sampai penghujung bulan Januari 2014. Masa berlalu bergitu pantas. Rasa macam baru semalam hantar Danish orentasi.

Esok ulang tahun kelahiran Danish. Punyelah tak sabar. Asyik membilang hari je. Bila tanya nak apa, dia kata nak RC Helicopter lepas tu nak skateboard. Amboi, permintaan tak agak2 ko ni dik. Baru 2 minggu lepas beli Nerf. 

NERF - SUPER SOAKER SCATTER BLAST
Danial's

NERF - SUPER SOAKER THUNDERSTORM
Danish's

Beli guna duit tabung masing2... Yg lawaknya, Danish punya duit cuma ada RM35.00 while Danial ada Rm81. Daddy suruh combine aje duit diorang and bahagi dua. Hujung2 bila pilih mainan, Danish ambik nerf yg mahal sementara Danial pulak terpaksa mengalah ambik yg murah sikit. Danish selagi boleh, mainan paling gempak, paling besar dan paling mahal yang dia pilih...

Danial pulak, mainan yg ikut citarasa dia kadang2 agak pelik sikit. Haritu dia mintak set memanah utk budak umur 3 tahun. Adeh, ko ni dah kenapa bang?

Bagus jugak pistol dan senapang nerf nih. Kualiti sperb. Memang sesuai utk budak2 yg ganas. Untuk mak budak yg ganas pun ok. Aku dah banyak kali jugak banting senapang nerf diorang yg lama tu.. sbb bersepah sana sini. Steady je tak pecah langsung. haha..


ni la dia rupa senapang tahan lasak itu. Yg tak tahan cuma peluru dia aje. peluru dia dari span, supaya tidak mendatangkan kecederaan. tapi masalahnya anak2 aku ni, peluru lembut macam tu dia sengaja pulak pijak2, gigit2, dan koyak2 kan peluru tu... hoiii.. sabar aje la mak incik nih.

------------------
ok, citer lain pulak.

Hari tu daddy bawak balik D Apple Frozen Chicken Chop. Beli kat opis. Tak silap harganya cuma RM7.90.

Kotak yang tengah tu la. Dalam dia ada peha ayang yg telah di debone, tepung untuk menggoreng ayam, fries dan sos blackpepper.

Senang sangat nak masak ayam ni. 



Komen:

Ayam fresh, perisa tepung yang sedap. Tak masin. Selalu nya tepung serbaguna kalo beli mesti masin. Sos blackpepper pun sedap. Pendek kata, panjang kata memang sedap la. Nak2 kalau ada salad atau coleslow.

Boleh tengok website diorang utk lebih lanjut:

http://www.dapplefrozenfood.com.my/

Photo: Semalam punya

No comments: