Pages

30 January 2014

Dejavu

Alhamdulillah.. sekejap je dah sampai penghujung bulan Januari 2014. Masa berlalu bergitu pantas. Rasa macam baru semalam hantar Danish orentasi.

Esok ulang tahun kelahiran Danish. Punyelah tak sabar. Asyik membilang hari je. Bila tanya nak apa, dia kata nak RC Helicopter lepas tu nak skateboard. Amboi, permintaan tak agak2 ko ni dik. Baru 2 minggu lepas beli Nerf. 

NERF - SUPER SOAKER SCATTER BLAST
Danial's

NERF - SUPER SOAKER THUNDERSTORM
Danish's

Beli guna duit tabung masing2... Yg lawaknya, Danish punya duit cuma ada RM35.00 while Danial ada Rm81. Daddy suruh combine aje duit diorang and bahagi dua. Hujung2 bila pilih mainan, Danish ambik nerf yg mahal sementara Danial pulak terpaksa mengalah ambik yg murah sikit. Danish selagi boleh, mainan paling gempak, paling besar dan paling mahal yang dia pilih...

Danial pulak, mainan yg ikut citarasa dia kadang2 agak pelik sikit. Haritu dia mintak set memanah utk budak umur 3 tahun. Adeh, ko ni dah kenapa bang?

Bagus jugak pistol dan senapang nerf nih. Kualiti sperb. Memang sesuai utk budak2 yg ganas. Untuk mak budak yg ganas pun ok. Aku dah banyak kali jugak banting senapang nerf diorang yg lama tu.. sbb bersepah sana sini. Steady je tak pecah langsung. haha..


ni la dia rupa senapang tahan lasak itu. Yg tak tahan cuma peluru dia aje. peluru dia dari span, supaya tidak mendatangkan kecederaan. tapi masalahnya anak2 aku ni, peluru lembut macam tu dia sengaja pulak pijak2, gigit2, dan koyak2 kan peluru tu... hoiii.. sabar aje la mak incik nih.

------------------
ok, citer lain pulak.

Hari tu daddy bawak balik D Apple Frozen Chicken Chop. Beli kat opis. Tak silap harganya cuma RM7.90.

Kotak yang tengah tu la. Dalam dia ada peha ayang yg telah di debone, tepung untuk menggoreng ayam, fries dan sos blackpepper.

Senang sangat nak masak ayam ni. 



Komen:

Ayam fresh, perisa tepung yang sedap. Tak masin. Selalu nya tepung serbaguna kalo beli mesti masin. Sos blackpepper pun sedap. Pendek kata, panjang kata memang sedap la. Nak2 kalau ada salad atau coleslow.

Boleh tengok website diorang utk lebih lanjut:

http://www.dapplefrozenfood.com.my/

Photo: Semalam punya

21 January 2014

21.01.2014

Alhamdulillah, bertambah lagi usia.. hari ni genap 34 tahun.  Syukur atas limpahan rezeki yang diberi Allah. Doa agar menjadi hamba Allah, isteri, ibu dan anak yang lebih baik dari sebelum ini. Amin..

Juga ucapan hari lahir utk anak buah tersayang:

Nur Farahin Roshdi

5 tahun kot masa ni.
melaram no 1.
pakai lipstik tak payah tengok cermin. ko mampu?


Ha.. inilah hasilnya.
Dia ni ko bagi la tudung 3 segi ke, 4 segi ke, alas meja ke,  dia lilit2 kat atas kepala dia, elok je cantik terletak. Kalo aku buat camtu, lilit2, terus jadi hantu bungkus. haha


Dear Farahin,

Semoga dipanjangkan usia, 
diberi kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki,
berjaya dalam pelajaran,
berjaya mencapai cita,
dan
berjaya dalam bercinta (eh?)

love u so much

*nanti kita potong cake sama2 ye?

Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa. Semoga kita semua beroleh keberkatan dari Nya.
Amin..


#nak ambik hadiah harijadi kat sekolah anak kejap lagi. baik betul guru kelas diorang, siap suruh datang sekolah ambik duit. mekasih la, susah2 aje cikgu. saya terima dengan hati yang terbuka.
(RM100 x 3 orang = RM300.  Yeay!!)





19 January 2014

Balik kampong oh!


Antara hasil dari kebun... nanas josaphine. Masak di pokok.. manis betul nanas ni, aku suka makan mcam tu je, tak perlu cicah apa2.




Budak2 main baling selipar. Best je tengok diorang main. Untung la korang, atok salleh ade halaman luas. Boleh main teng2, galah panjang, konda kondi... futsal pun boleh.




Sarapan famaous kat muar, lontong dan satey. Gambar satey x sempat snap, dapat je terus ngap. Sedap gils. Memang terasa rempah ratus nya. Daging pun kecil2, garing. Takde la gedabak2 mcm sate samurai tu...hehe. Apepun selera masing2 kan... tepuk perut tanyalah tembolok masing2.

Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.

16 January 2014

Giliran Danish pula bersekolah

Alhamdulillah,

Tiba pula giliran Danish menjejakkan kaki ke sekolah. Berdebar juga, memandangkan Danish ni agak manja... anak bongsu la katekan (setakat ni..ehehe).


Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Sama macam Danial.



Dalam perjalanan ke sekolah. Ade la sikit adegan airmata pagi tu.. dia pergi tepi umah, diam2 rupanya menangis. Sayu agaknya hati nak tinggalkan Mummy kat umah.  



sedih benar muka ko dik. bertabahla yer. 

eh, mak pun nak interprem jugak.
ohh, beg duit gantung kat leher, tu memang trademark anak2 s1dek.
selain memudahkan beliau untuk ambik duit, ianya juga memudahkan mak nak spot Danish dari jauh. terumata waktu rehat or waktu balik nanti. kalau dah pakaian semua sama, tali merah tu memang menonjol dari kejauhan.. gituuu. 


sekolah agama tak bawak bekal, bawak duit. memang train abang dan kakak dia pun macam ni jugak dulu. sbbnya awal pagi, mak tak sempat nak sediakan bekal. (read: mak bangun lambat, haha) sarapan ringkas kat rumah sebelum ke sekolah, minum milo atau makan cereal. sbb nanti pukul 9.00 dah rehat.



alahai, hensem anak mak.
dia ni pesen senyum memang pelik sikit. maklumla, gigi rompong... 



tu diaaaa..... ini tahun satu sahaja ya. separuh dewan.
jumlah semua kelas ada lebih kurang 11-12 kelas. satu kelas lebih kurang 40 orang murid. silalah kira berapa jumlah murid tahun 1 kat sekolah ni. mujurla bulan depan sekolah bukit makhota dah buka. kurang la sikit kesesakan...


setiap hari, sampai je kat sekolah kena berkumpul kat dewan. lepas tu berbaris masuk ke kelas. untuk minggu pertama-kedua ni, elok je berbaris. tunggu la masuk sebulan nanti, memang bersepah. yang lari lain, yang jalan lenggang kangkung sambil bergossip lain, yg jln pegang2 tangan pun ada. lagi taiko, ada yang langsung tak masuk dewan, dia masuk kelas terus, tunggu dalam kelas. haha..


sekolah petang dia happy sikit.



waktu rehat. untung danish kelas bawah, si dia antara yang terawal sampai kantin. mummy sediakan bekal utk sekolah kebangsaan. supaya tak payah berebut2 beli makanan. maklumla, murid sek keb ramai. tak macam sekolah agama. utk jalan mudah, bawak aje la bekal. sesekali nak bawak duit, boleh. itupun tak boleh banyak2. nanti dia bagi kat kawan2. 

bekalan sosej  3 ketul.
sekejapan selesai. lapar sangat atau terlalu teruja makan bekal kat sekolah.

senarai nama murid kelas danish.
3 orang danish duduk sekelas. pepandailah cikgu nak kenalpasti danish2 tersebut ya.


danial, dah darjah 3. 
jangan tido kat kelas lagi tau.. jadi juara tido dalam kelas tahun lepas aje sudah la. cukup2 la tu 
(tengok tu, dompet gantung kat leher lagi....)


nadhirah,dah darjah 5.
begitu pantas masa berlalu.

tahun ni gigih menjahit lencana sendiri. kalau tak memang hantar kat kedai aje. 
aku upload gambo ni kat fb, habis kena kutuk. ada yg kata macam jahit guni beras. haha
fedulik hapa. ini pun dah kira okey tau. kalau yang dulu lagi teruk dari ni. takde kata2 yg boleh menggambarkan betapa horrornya jahitan aku. 

WGS takmo belikan mesin jahit. walaupun aku kata nak jahit langsir, jahit tegak aje.. bukan susah.

tapi WGS kata, nanti aku jahit langsir pun senget. dia tak percaya langsung bakat terendam aku  nih. 
ciskek betul... haha





15 January 2014

2014...bertemu jua.

Assalamualaikum,

Haihh.. lamanya blog ni sepi. Selalu bukak, tapi lompat ke blog fav kat sidebar kiri kanan 

tu. hehe

Kita gunakan gambar 2 budak comel ini untuk entry permulaan tahun 2014. Insya Allah entry lain akan menyusul. Sedang mengumpul kekuatan mental dan fizikal untuk kembali meng-hapdet. Yeahhh...

Bismillah...