Kejadian pada Ahad lepas, 25 Mac 2012.
Kami sekeluarga bersama atok dan nenek menonton F1. Kata Daddy, sebelum ke Korea lagi Atok dah ajak Daddy tengok F1. Huii… semangat betul Atok ni. :)
Pagi Ahad tu, jemput atok dan nenek di LCCT. Landed lebih kurang pukul 6.45pagi. OTW balik BSP, Daddy suruh beli ticket online thru handhone. Nasib baik ada lagi, tapi tiket yang paling murah dah abes. Tinggal yang RM120 je. Hantam, beli utk 6 orang. Total kira lah sendiri. U nak bayar, I ok je. U nak tgk F1, I follow.. u pergi nyawit pun I follow. U masuk bilik termenung je I tak follow.
Sampai rumah, bersiap lebih kurang… kitorang keluar semula. Sebelum tu singgah cyber cafĂ© dulu utk print ticket dan beli kanvas buat alas tempat duduk. Maklumle, tiket murah dok atas rumput. Kena la ada alas.
Daripada tempat parking, perlu naik shuttle bas utk ke entrance. Budak2 punye la seronok dapat naik bas… very the jakun one!
Port kami pada hari itu. Melampau besau kanvas yang Daddy beli. Dah macam tikar utk rewang je gayanya. Masa ni orang tak ramai lagi… Dah dekat nak race nanti, orang bertambah ramai macam semut…
Penuhh. Waktu ni lagu negaraku sedang berkumandang. Automatik semua berdiri tegak, termaksuklah warga asing. Ecehh, terharu disitu.
Perlumbaan sudah bermula. Best juga duduk kat selekoh. Dapat la tengok kereta tu lama2 sket, sbb diorang perlahan kat selekoh… (lepas hujan, track licin.) Kalo jalan tegak, berdesup semua kereta mcm lipas kudung. Tau2 je dah hilang dari pandangan mata…. bunyi je yang tinggal.
Bunyi bingit dan suasana hingar bingar tidak menghalang Danial utk tidur lena. Mana taknya, telinga dia tersumbat dengan earplug. Kalo takde earplug, mmg boleh jahanam gegendang telinga.
Race habis agak lambat, sebab ditunda akibat hujan lebat, Tak kisah la, asalkan tak dibatalkan terus mcm Daddy kena 2 tahun lepas. Race baru mula 15min, dah batal sebab ujan lebat… Tula, sape suh tak bawak mem, kan dah hujan… hehe.
Overall, pengalaman manis utk kami yang pertama kali menonton. Menyaksikan kelajuan jentera F1, memerhati gelagat penonton, dan yang lebih best menghabiskan masa bersama keluarga. ♥♥
Danish cakap “Daddy, nanti kita tengok kereta lumba lagi ye?”
Mummy kata “Daddy, sila lah menabung dari sekarang ye?”
Daddy kata “Ok, you’re the boss!!” (gaya cakap orang dalam game Warcraft)
Eh, tapi kan.. ada jugak pengalaman pahit kat sini. Masa masuk, beg kita akan di cek oleh petugas utk memastikan tiada sebarangan minuman atau makanan di bawa masuk.
Kitorang bawak 2 bag pack. Ada lebih kurang 7 botol air dalam tu. Brader tu suruh kitorang minum habiskan kat situ jugak, or else tinggalkan or buang aje. Gila.
So, keluarkan 2 botol… minum sorang sikit. Belakon lebih kurang… dan seludup minuman2 yang selebihnya ke dalam. Hehehe.. selamat! Kalau tak merasalah beli air mineral botol kecik berharga RM5.00 kat dalam tu.
Eh, nak tau tak. Bukan sahaja berjaya menyeludup air minuman, tetapi kitorang berjaya juga menyeludup 10 keping roti canai + kuah dhal, kuih kopeng ke*** dan kacang cap tangan. Muhahahahahah….
Menonton F1 sambil berpiknik kekdahnya.
Canggih.
Eh, balik2 tudung nih… takde tudung lain ke? Ehehe..
Well, for me, kalo dah selesa, memang itu aje la yg aku pakai ulang2.. sampai bosan. Orang bosan nak tengok, nasib la. Ada aku kisah?
^_^
Chill…
2 comments:
wah best la kak...
kak nak bagitau.... saya dah nak kuar INFRA... naek pangkat.... huhuhu....
Assalamualaikum Ust. Rock,
Tahniah! Dah naik pangkat...pindah mana? Sunyi sepi la INFRA tu (or aman damai hehe) nanti. All the best. Semoga lebih berjaya di masa akan datang. Amin.
Post a Comment