Pages

30 March 2012

Genting Skyway

Kejadian pada cuti sekolah yang lepas.

Lama punye cerita.

4 tahun lepas (kot), kami sekeluarga pernah ke Genting, tapi cuma sampai Goh Tong aje.. pastu turun balik sebab budak2 muntah pening agaknya, jalan bengkang bengkok. Masa tu cuma dapat tengok cable car dari kejauhan aje.

 

Jadi bila ada peluang macam ni, memang seronok sangat la budak bertiga tu. Yang emaknya pulak, dah kecut2 perut, gayat derr..

2012-03-17 14.44.51

Di stesen kereta kabel. Tu orang tengah beratur nak naik.

 

2012-03-17 14.47.59

Berlepas keluar dari bangunan tu. Waktu tu aku pejam mata rapat2, ngeri nak tengok… masa zuuuppp dia turun tu, aku dah siap2 mengucap dalam hati… hehehe.

WP_000743
Di dalam. Waktu pergi, tak ramai sangat orang. Boleh la satu cable car tu utk family kitorang aje… tapi waktu balik, sumbat sampai penuh… (max 8 pax)

WP_000749
Begitulah rupa nya bergantungan di atas sana. Tinggi tau.

WP_000654
Sayup2 kelihatan cable car lain di belakang.

Selagi belum landed, memang dag-dig-dug aje la haku.

 

Sampai kat atas tu, pergi makan, and jalan2.. tak masuk pun theme park. Sebab dah lewat. Layan budak2 main bumper car aje la..

 

2012-03-17 16.58.36
Nadhirah & Danish

2012-03-17 16.58.47
Danial (kanan sekali)

 

2012-03-17 17.33.04
Menikmati stroberi coklat. Nadhirah dan Danial suka sangat. Danish rasa sikit  je, pastu takmo. Tekak melayu betul. Mana taknya, sarapan pun nak nasi lemak.. while abang dan kakak makan cereal je. Sama la macam mak ko masa kecik dulu. Dah tua2 ni baru tekak universal sket… hehe

 

Itu aje kisah percutian kami ke Genting selama lebih kurang setengah hari.. eh mungkin cuma suku hari. Jadila. Yang penting masa cuti sekolah terisi dengan aktiviti family macam ni. Sudah pastinya periuk dan kuali bole berehat. Gas pun jimat. Lagi best tukang masa cuti memasak satu hari. Horeeey!

No comments: