Pages

30 December 2011

Hujan? Tiada Masalah Lagi...

Dengan adanya peti hikmat doremon ini. Kerja menjadi lebih mudah. Sangatttt mudah! :)

Perkara baik harus dikongsi bersama... omputeh kata sharing is caring. Tak gitu??

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penaja. Sayang banyak².. muahhh

Err, takde peti hikmat pun sayang jugak. Hehe

Terkesan di hati

image

“Dhia, ko pilih… ko nak bermadu atau nak kena cerai??”


 

 

 

image

Akhirnya, Zikir dan Dhia bersatu jua… tapi Allah lebih menyayangi mereka.


Adeh, bercucuran air mata membasahi bumi. Memang terkesan di hati.

28 December 2011

27 December 2011

Jalan-jalan Kolumpo


Bawak Cik Olin, Uncle Mat dan Afiq pusing-pusing kolumpo. Cara paling murah mudah adalah dengan menaiki perkhidmatan awam.

 

Perjalanan kami bermula dari Stesen LRT Seri Petaling.

image
Ini lah rupa STAR LRT. Gambar dari Wikipedia.


2011-12-26 15.33.29
Cik Olin sekeluarga yang begitu teruja.
Kami? Biasa2 aje… hehe


Turun di stesen Titiwangsa. Kemudian menapak sedikit ke stesen bersebelahan iaitu stesen Monorail.


image

Stesen Monorail Titiwangsa sewaktu pembinaan. Waktu ni memang hazab, sesak hampir sepanjang masa. Dah siap ni pun, jalan ni memang sesak juga. Bila yang tak sesak? Waktu hari Raya aje agaknya…


image
Kecik dan comel aje monorail ni. Kitorang panggil ketapi ulat gonggok. Ini kali pertama aku naik monorail. Sebelum ni tak berani nak naik sebab masa awal2 dulu ada kes tayar monorail jatuh hempap kepala orang. Aku takut masa aku naik, bukan tayar je yg jatuh… dengan monorail2 tu sekali jatuh. Hehe.  Pemikiran yang agak ekstrim. Tapi semalam, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


2011-12-26 16.26.13

Dalam monorail. Titiwangsa – KL Sentral.


Sampai KL Sentral, jalan2 kat dalam tu sekejap. Tak selesa langsung. Panas, macam takde air-cond. Dah rupa macam shopping complex pun ada. Dulu masa aku pergi ok je. Lapang. La ni sesak. Sesak dengan orang, sesak dengan booth/gerai… Tak berminat untuk ke sini lagi.


Dari KL Sentral, plan asal kami nak naik komuter ke stesen Bandar Tasik Selatan untuk transit ke Star LRT. TAPIIIII, punye la ramai manusia yang menunggu Komuter. Lebih best lagi, komuter kami pulak delay 2 jam. Hebat. Afiq dah mula berkaraoke.

Maka, naik semula… refund tiket komuter dan beli tiket KLIA Transit. Yeaah, lega teramat menunggu di ruangan KLIA Transit. Tak ramai orang, sejuk, selesa… toilet pun bersih.


image

Ruangan menunggu yang lengang, lebih kurang macam dalam gambar ni.

Sumber gambar seperti di watermark.

image
Rupa sebenar KLIA Ekspress/Transit. Lajuuuuuuuuuu je. Takde la ter-hegeh-hegeh macam komuter. hehe


2011-12-26 18.30.08
Danish yang selama ini sangat teruja naik ketapi, kali ni dia surender. Siap ajak balik. Penat sangat le tu. Lepas ni setahun kita puasa, takyah naik ketapi lagi ye nak?

2011-12-26 18.28.48

WGS dan Afiq. Banyak gambar yang WGS ambik masa dalam ni. Malangnya, semua gambar tu terdelete masa transfer ke PC. Sedih. Ape nak buat… Sabar je la.

KL-Sentral ke Badar Tasik Selatan. Kemudian balik naik STAR LRT semula ke stesen Seri Petaling. Berdendangkan tangisan yang maha gempak dari Afiq yang kepenatan. Hehehe. Glemer le kejap kitorang masa tu.. Afiq nangis macam kena dera je….

2011-12-26 18.47.12
Hope Cik Oline berpuas hati. Lepas ni takyah naik ketapi lagi ye. Kita naik cable car pulak. Takpun naik kapal terbang aje. Kumpul duit jom.

Sekian.

Pusing² Kuala Lumpur

Tetamu pada kali ini ingin menikmati panorama Kuala Lumpur. Cara mudah, dengan menaiki keretapi. Perjalanan bermula dari stesen LRT Sri Petaling.

24 December 2011

Ostrich Farm, Port Dickson.

Beberapa gambar ketika di sana..

 

2011-11-28 14.16.49
Sekali pandang, Nadhirah nampak macam budak lelaki… Rambut pendek macam tu bukannya apa, supaya lebih mudah nak urus. Pakai tudung pun senang, takde la rambut terkeluar sana-sini. Btw beruk itu bernama JIJI. Jinak…


2011-11-28 14.18.18
Danish bersemangat mengejar itik.


2011-11-28 14.18.37
Dapat pulak tu! Hisssh… memang kampung boy betul.


2011-11-28 14.23.41
Daddy bersama ostrich yang kelaparan. Pantang nampak orang pegang bungkusan, kepala dia dah keluar pagar dulu.. mentang2 leher panjang!


2011-11-28 14.22.28
Sangat comel. Tapi bau bahan buangan ostrich adalah tidak comel ye adik2…


2011-11-28 14.41.26
Telur ostrich. Agaknya kalau buat gulai, penuh satu periuk.


2011-11-28 14.45.54
Danial yang takut. Tapi kami paksa jugak dia naik. Selama kat atas ostrich tu, muka dia ketat je. Senyum pun taknak… kat gambar tu senyum sikit sebab ostrich belum berjalan. Hehe.. apela Danial nih!


2011-11-28 14.47.19
Bertentangan dengan Nadhirah. Cool je dia. Sempat buat peace lagi. Kakak memang hebat! :)


2011-11-28 14.31.59
Daddy dipanjat oleh peminat misteri. Kami gelarkan beliau Ceplos. Ikut kami berjalan ke sana sini.


2011-11-28 15.02.16
Danish paling teruja.. tak cukup itik, dipeluknya arnab pulak. Jangan mintak mummy bela arnab sudah. Dah cukup banyak dah binatang kat umah kita tu, tak termasuk katak, semut dan lipas…. huh.

Insya Allah, kalau ke PD memang nak pergi ke sini lagi. Seronok melihat gelagat haiwan2 disana… hilang segala tekanan.

PD Ostrich Farm

Ostrich Farm Farm Port Dickson
Batu 9, Jalan Pantai
71050 Port Dickson.
Tel: 06 – 662 7496

Jika pergi ke PD, rugi tak singgah sini. Anak-anak pasti teruja. Err, mak bapak pun sama... hehe.