Bawak Cik Olin, Uncle Mat dan Afiq pusing-pusing kolumpo. Cara paling murah mudah adalah dengan menaiki perkhidmatan awam.
Perjalanan kami bermula dari Stesen LRT Seri Petaling.
Ini lah rupa STAR LRT. Gambar dari Wikipedia.
Cik Olin sekeluarga yang begitu teruja.
Kami? Biasa2 aje… hehe
Turun di stesen Titiwangsa. Kemudian menapak sedikit ke stesen bersebelahan iaitu stesen Monorail.
Stesen Monorail Titiwangsa sewaktu pembinaan. Waktu ni memang hazab, sesak hampir sepanjang masa. Dah siap ni pun, jalan ni memang sesak juga. Bila yang tak sesak? Waktu hari Raya aje agaknya…
Kecik dan comel aje monorail ni. Kitorang panggil ketapi ulat gonggok. Ini kali pertama aku naik monorail. Sebelum ni tak berani nak naik sebab masa awal2 dulu ada kes tayar monorail jatuh hempap kepala orang. Aku takut masa aku naik, bukan tayar je yg jatuh… dengan monorail2 tu sekali jatuh. Hehe. Pemikiran yang agak ekstrim. Tapi semalam, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Dalam monorail. Titiwangsa – KL Sentral.
Sampai KL Sentral, jalan2 kat dalam tu sekejap. Tak selesa langsung. Panas, macam takde air-cond. Dah rupa macam shopping complex pun ada. Dulu masa aku pergi ok je. Lapang. La ni sesak. Sesak dengan orang, sesak dengan booth/gerai… Tak berminat untuk ke sini lagi.
Dari KL Sentral, plan asal kami nak naik komuter ke stesen Bandar Tasik Selatan untuk transit ke Star LRT. TAPIIIII, punye la ramai manusia yang menunggu Komuter. Lebih best lagi, komuter kami pulak delay 2 jam. Hebat. Afiq dah mula berkaraoke.
Maka, naik semula… refund tiket komuter dan beli tiket KLIA Transit. Yeaah, lega teramat menunggu di ruangan KLIA Transit. Tak ramai orang, sejuk, selesa… toilet pun bersih.
Ruangan menunggu yang lengang, lebih kurang macam dalam gambar ni.
Sumber gambar seperti di watermark.
Rupa sebenar KLIA Ekspress/Transit. Lajuuuuuuuuuu je. Takde la ter-hegeh-hegeh macam komuter. hehe
Danish yang selama ini sangat teruja naik ketapi, kali ni dia surender. Siap ajak balik. Penat sangat le tu. Lepas ni setahun kita puasa, takyah naik ketapi lagi ye nak?
WGS dan Afiq. Banyak gambar yang WGS ambik masa dalam ni. Malangnya, semua gambar tu terdelete masa transfer ke PC. Sedih. Ape nak buat… Sabar je la.
KL-Sentral ke Badar Tasik Selatan. Kemudian balik naik STAR LRT semula ke stesen Seri Petaling. Berdendangkan tangisan yang maha gempak dari Afiq yang kepenatan. Hehehe. Glemer le kejap kitorang masa tu.. Afiq nangis macam kena dera je….
Hope Cik Oline berpuas hati. Lepas ni takyah naik ketapi lagi ye. Kita naik cable car pulak. Takpun naik kapal terbang aje. Kumpul duit jom.
Sekian.
No comments:
Post a Comment